Thursday, September 23, 2010

Mengong.

Blogpost live dari makmal komputer level 2 Bangunan CS1 Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Apabenda aku ni macam dah takde keje je posting kat sini.

Tapi hakikatnya yang hakiki, AKU BANYAK KERJA SIUTZ. Tersangat amat banyak sampai taktau nak bereskan yang mana satu. Fine, I blame myself for the constant procrastination, never-ending slacking off dan cubaan mengabaikan esaimen yang mengundang mental illness. Salah satu contoh adalah seperti yang tengah dilakukan sekarang. HARHARHAR.

Macam tak masuk akal koooot melambak sistem nak kena buat dalam satu sem je. Tapi nama pun KEJURUTERAAN SISTEM MAKLUMAT. Padanlah muka kau. HAHAHA. Yang penting aku tak payah pegi praktikal lagi hujung semester nanti. Yeay di situ.

Boleh tak nak poyo poyo sekarang fikir tajuk untuk proposal Final Year Project ? 8D HAHAHAHA. Sumpah poyo high class kau !

Okay. Checklist minggu ni nak siapkan projek anak wayang Jepon, upgrade e-Kiosk dan study untuk test kuiz minggu depan. Apa motif aku bagitau kat sini pulak?

MAICHARAAA KAU MESTI START KEMBALI KE DUNIA NYATA SEKARAAAANG !!!! PEGI STADI MOLEK MOLEK ~ !!!!

P/S : Aku macam nak try pakai contact lense. Hee hee ngade ngade.

Friday, September 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA !

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!!!

Aku nak citer laju laju je lah raya tahun ni punye kisah. Pastikan korang baca dengan pantasnya okey. HAHAHAA. So tahun ni macam biasa balik Batu Pahat empat orang je : mama, abang sulung aku, kakak aku dan aku lah. Balik 1st day of Raya, macaaam biasa. Dan macam biasa jugak raya ke-3 balik Klang semula. Memang kebiasaan yang biasa dibiasakan. HEH.

Macam biasa jugak ade konvoi beraya rumah sahabat handai. Tapi tahun ni punye luar biasa sikit. Sebab bukan aku organizer. Hahaha padehal selalunya manade aku jadi organizer sangat pun alahai. Raya ke-5 Fareez ade mengomong kat FB yang dia nak datang raye umah aku. Fine lah kan datang beraya. Esoknya aku pun siap siap kan lah air, kuih raya, kerepek segala macam juadah (takdela banyak pun, tu je yang ade) sambil menunggu ketibaan Fareez and the geng. Aku slamber je la pakai t-shirt dengan seluar track.

Pukul 2 tu, Izzat Midon call aku.

"Hello, Mai. Aku kat luar rumah ko ni. Cepat!"

"Lah, masuk lah. Tunggu kat luar buat pe."

"Woi aku datang nak ambik ko la. Fareez suruh ambik ko."


WHAT DAA!?


"Apebendaaaa! Aku tak ikut konvoi laaa."

"Ahh takde takde cepat pakai baju siap siap terus jalan!"

"Weeeii aku tak siap mender lagi ni baju tak gosok blablabla"

"Alaaa pakai je la pape tak payah gosok~"

"Gila ko!"

"Alaa cepat!!!"

"Tak naaak!"

"Cepaaaaaaaaaaaaat!"

"Kalo ko nak aku ikut bagi aku 20 minit nak bersiap!"

"Lamanye! 10 minit !"

"20!"

"15 MINIT!!!"

"OKAY!"



Jadi macam tu lah aku kene culik join konvoi raya tahun ni. WAAAAAAAA. Baru raya ke-5 koot, ramai member tak balik dari kampung lagi kan! Tapi berjaya jugak laa kitorang serbu LAPAN buah rumah (termasuk rumah aku lah). HEBATNESS.



Anyway, tahun ni first time dapat beraya rumah cikgu sekolah rendah : PUAN NORIHAN. Yeah ! Nasib baik ada nombor contact Daus, member sekelas dulu merangkap anak cekgu Norihan ni. Masuk masuk rumah cikgu terus kata;

"Amboi...dah besar comel comel semua ni"

*hmmph hmmph muka kebanggaan*

Banyak jugak la cerita kisah semasa dengan cikgu. Rupa-rupanya cikgu tak tau Syidi dah kaweeen ~ hahahah.



Cikgu Norihan : "Lepas ni siapa pulak antara korang yang kawen ye"

Daus : "Maisarah kot yang kawen dulu..hehehe."

*menjeling tajam kepada dia*

KENAPA SEMUA NAK AKU KAWEN DULU HA? D:

By the way, rumah Dinie last yang kitorang serbu. Dah malam kot gua dah tak larat lagi nak serbu rumah sesiapa. Hohoho. Sempat main mercun roket depan rumah Dinie. It was a fun convoy.

Dah habis cerita. Laju tak korang baca? 8D


P/S : ASSignment tak siap lagi. Ade kabar tak best kata Isnin ade test Web Prog. NOT COOL!

Monday, September 6, 2010

Crazy night with crazy comrades.


Petang semalam Izzat Midon sebok call aku ajak berbuka puasa sama-sama. Padahal aku dah cakap aku cam malas ajer, tapi takpelah aku pegi jugak...sebab kau Jat..sebab kau ! HAHAHAH. Nasib kau lah, kau dah ajak aku, kau kena lah ambik aku kat rumah. Haih mamat ni, masuk masuk kereta je aku dah kena dengar bebelan pot pet pot pet ~ takpe jaaat.....ko lepaskan aje semua kepanasan hati ko tuh. Aku dengar.....aku kan pendengar yang baik. CEYWAH!

Pon laa dah ajak aku buke pose, tapi taktau nak makan kat mana. BERTUAH PUNYA MAKHLUK. Lepas dah angkut si Syazwan sama Din, terus pecut gi Jusco Bukit Tinggi. Hajat konon nak makan kat apebenda nama restoran tom yam tuh, skali masa on the way nak ambik Din lalu situ tengok satu meja kerusi takde langsung. Tu balik kampung ke dah gulung tikar? No choice la terus pegi Jusco tuh.

Sampai sana dalam pukul 7, konpem lah takde restoran kosong lagi. Tetiba si Suri pun sampai. Alih-alih gerak laa pegi ke Big Apple sana, berbuka donat manis manis you ~ Suri buat hal lagi. Belum time nak buke pose tapi dia dah sedut air strawberry dengan selamba badaknye. HAHAHAH. Sumpah lawak dowh kau !

Lepas solat kitorang pegi makan kat Mekdi pulak. Izzat dengan Din la sebok sangat nak makan BCG lah BGB lah GCB lah. Dalam kol 8.30 camtuh si Syidi pulak sampai. Memang ajak dia lepak skali pun. Punye sakit perut hamba bergelak ketawa sakan dengan makhluk makhluk ni. Adohaiiii ~ banyak betul nostalgia lama dikorek semula. Maklumlaa....Syidi dengan Din balik Malaysia jarang-jarang. Skali jumpa time tu lah nak cerita pasal kenangan kad pokemon laa...cerita zaman sekolah laa...tapi takpe. Aku memang suka mengimbau kenangan lama nih. Ahahah !!

Apa saja yang kau orang suka sangat ni ~ XD

Macam biasa, bila air-cond Mekdi tu dah tutup baru reti bahasa nak berambus balik rumah. Haih ! Apapepon, aku memang enjoy lepak dengan korang malam ni. Lepak-lepak macam ni kira macam annual event kot, setahun sekali je boleh berlaku. Haih. Cepat lah korang habis belajar kat oversea tuh. Nanti dah kawen mana ada lagi nak lepak-lepak macam ni.


Eh eh, bila tengok gambar ni, baru teringat. Ni laa mamat-mamat yang menjadi teman aku menonton Transformers 1 dulu tuh. Ahahahah ~! Dah 2 tahun lepas dah...besar betul perubahan. Bezanya sekarang ni, Syidi dah jadi suami orang, yang lagi tiga tuh sekarang dah in a relationship masing-masing.


LEPAS TU ADA HATI SURUH AKU YANG SINGLE MINGLE AVAILABLE NI KAWEN DULU KAN !!! HAISHHH PAPIS BETOL ! nih kalau adik aku nih dah lama aku lempang ! XD

P/S : Suri blah awal sape suruh. Kan dah takde dalam gambar. HAHAHAH :D

Saturday, September 4, 2010

the hateful 'ism' - RACISM.

Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah aku menuntut ilmu kat sekolah kebangsaan.

KE-BANG-SA-AN.

Sekolah yang bercampur semua kaum Melayu, Cina, India, Sikh, Portugis, macam-macam lagi. Dari kecik aku dah bercampur dengan budak-budak berlainan bangsa dan agama. Aku rasa bertuah sebab dapat mengenali dan bersahabat dengan mereka.

Tak ada istilah racist/racism dalam kamus aku. Aku happy je ada kawan berlainan bangsa. Kitorang cool je lepak sama-sama, girls hangout sama-sama. In fact, masa kat kelas dulu seat aku dikelilingi member-member berlainan bangsa. Tapi semua bergaul mesra macam biasa. Macam bila kau bergaul dengan member-member sebangsa.

Aku macam rasa terkilan bila baca banyak article racism, video-video racism yada yada. Ok ok memang wujud laa orang-orang racist kat Malaysia ni. Kalau tak macam mana boleh ada mende-mende alah semua tu kan? Aku nak je kata orang-orang macam tu semua CETEK AKAL. Pegi belajar balik Sejarah la. Kenapa orang dulu boleh bersatu padu nak capai kemerdekaan tapi sekarang ni semua nak pecah belah berbalah antara kaum pulak? Masa subjek Sejarah mesti kau tido kan. Haih !

Dah la. Malas aku nak bising bising. Semoga Malaysia aman dan damai. 1Malaysia kan.


Kaaaaaaan. :(


P/S : teringat masa darjah 4 dulu, ada sorang member cina main-main kejar kitorang dengan roti berinti daging babi. Lintang pukang semua lari. HAHAHA !