Sunday, December 27, 2009

IJAZAH NAK MULA.

Dah malam tadi ade laa kan makhluk tu mintak aku update blog ni. So ini lah dia post terbaru dari Maidemoiselle the Great 8D Bukan ape...banyak je benda rase nak membebel tapi tiap kali online jadi malas pulak nak taip-taip. Hehehee !!! Memandangkan skolah dah nak start ni, baik aku "memanfaatkan" blog aku selagi ade kesempatan..tak gitu? Ye gitu gitu. Haha sadap yu ol! XD

Oh ye. Aku lupa nak wat pengumuman kat sini bahawa aku akan sambung pengajian ijazah Sarjana Muda aku dalam bidang KEJURUTERAAN SISTEM MAKLUMAT atau INFORMATION SYSTEM ENGINEERING kata orang putih. (Ye lah kau tak nak kalah jugak tu). Kalau kau tanye aku lah kan perasaan dapat course tu......memula cek result tu hati macam berbunga-bunga la jugak. Tapi bila pikir punya pikir punya pikir ~ ADUH SAYE. Biar betol aku amik kos ni? TOING TOING WENG WENG. @___@

Walobagemanapung, aku totap nak cuba. Susah tak susah tu blakang cerita hokey ! Yang penting semangat dan keazaman yang jitu dan kegigihan yang tak berbelah bahagi OH HEY SILA MUNTAH SEKARANG. XD Hahahaha. InsyaAllah, MAI BOLEH !! Uyeaaaah ~

Dah tu pulak, terang-terang kat surat tawaran tu tulis : TEMPAT TINGGAL TIDAK DISEDIAKAN. SILA URUSKAN SENDIRI. Oh jujur dan ikhlas kata-kata kau wahai UiTM. Mak aku slambe cakap "Jahatnye ayat..." HAHAHAH!!!! Agak serabut jugak carik umah sewa dol. Sekarang ni masih mencari. Esok nak koling-koling NR Dept. Dapat ke tak...HENTAH LA.


Mama : "Kalau ulang-alik balik rumah, kena belikan kereta la ni."
*aku tersentap dengan gembira dan tersenyum macam bongok*


HEEEEY SAYA MAU ITU !! Ain, adekah MyVi kelabu ku dalam mimpi ko itu akan menjadi realiti? WOOTS WOOTS !!! XD

Jadinya...2hb Januari ni aku gi daftar. SUMPAH TAK RELA JIWA RAGA LAGI NI. Mau cuti lama-lama lagi wuwuwu ~



Pesanan bibik dari Makassar. Bagus betul peringatan kau macik. HAHAHA !!!


Bilekah penjenayah-penjenayah ini dapat menjalani aktiviti huduh sebegini lagi? "Dalam berbulan-bulan lagi lah gamaknyer ye", ujar Inspektor Sahhab.Muehehehe!!



SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !!!!!

Friday, December 11, 2009

Diploma tammat.

Sebelum apape, aku nak bagi amaran post kali ni adelah pendek je ye. Sebabnye aku ngantok dan nak tido lepas ni. HAHAHA.

Semalam result keluar. Dan saya lulus praktikal. Juga CGPA saya naik (mendadak). Tapi bukan tahap dekan mahupun 1st class okay. Alhamdulillah sudah tammat ini diploma. Lepas ni apa? Degree? Oh nehiii. Sumpah cuak gell nak tau result nyer minggu depan. Aduh saye.

Dan Selasa lepas, classmate aku Mohamad Anif Abd. Ghani telah pulang ke rahmatullah. Al-Fatihah. Aku taktau camner nak react. Sebab aku tak penah ade pengalaman kehilangan sahabat. Tapi jujur la aku bagitau, aku nanges. Sedih. Bila aku view page fesbuk arwah, rase sebak gila2.Walaupun aku takde la rapat sangat dengan arwah, tapi aku sedar kehadirannya setiap masa aku di Jengka. Arwah jugak laa CLASSMATE LELAKI PERTAMA YANG TEGUR AKU masa memula masuk sana.......

....dah aku taknak taip banyak2 lagi nanti airmata bercucuran.

P/S : Oh hey hey. I'M HOME ALOOOOONE !! Family aku pegi Terengganu sampai Ahad ni dan aku serta abang sulung aku tertinggal. HAHAHAHA PARTI BUIH JOOOOOM!!! XD *ke-fa-la-ho-tak-kau!* (curi ayat kawan Sari. Boohooo!)

Friday, November 27, 2009

Ge-ge-GENTING '09!

Patut nak blogging malam smalam tapi blogger wat hal OH DAMN? Hilang karya bernas aku cis. Takpe takpe, aku cuba mengimbas memori yang lepas dengan chemerlangnya okey. 8D

Haha nasib ah gamba same dengan blog ko Sari~ aku curik! XD Gamba2 lain tunggu nnt I tuntut sama you~

Rabu lepas kami (seperti yang tertera di gambar atas) *eh teruknya BM aku?* pegi berfoya-fuiyo ke Genting Highlands. Yaa...seperti yang telah diwar-warkan oleh Cik G-ha di blog beliau, sbenanye sejak lepas SPM ni dah plan konon2 nak pegi berjeemba beramai2. Bajet nak celebrate SPM yang dah habis la kan. Hehehe. Tapi Rabu lepas lah kiranya tercapai impian nak berjeemba ramai2 nih. Ape weh aku dah habis diploma baru nak terlunas? XD WAKAKKAKAKA!!! Takpe lah, at least jadi jugak kan.

So plan awal ingat nak naek kereta je gi sana, tapi disebabkan masalah teknikal serta plan A dan B yang tak kesampaian, kitorang pun stuju nak gi sane ikut plan pakej tu. Ala yang naek kete kabel & outdoor games tu. Satu kerisauan yang timbul mase nak pegi tu adelah CUACA YANG TAK MENENTU. Tapi Alhamdulillah hari tu tak hujan walopun nampak mendung gak ah.

Sampai2 sana je game Space Shot & Corkscrew tak bukak lagi. Makanya, kitorang pun main la mende alah kayuh2 kat tasik tu. HAHAHA. Wahh busuk sungguh jaket keselamatan kau ya ampun! XD Pastu main rollercoaster naga. Kot. Cam biase la..tunggu bukan main lama tapi mainnya kejap nak mampus. Tapi yang haritu tak la seteruk masa aku gi dengan geng2 Jengka, ramai sungguh manusia tak hengaaat `! Pastu tak ingat ah gi mane plak...adekah Motion 4D animation kejadah tu? Heehehh hamba ilang ingatan jap.

Lepas lunch gi maen Flying Coaster. Rasenye baru lepas hujan kot time tu. Sebab SEJUK GILA HOKEY O_O Aku yang pakai baju berlapis2 pun rase sejuk sampai vertebrata. Tapi kami nampak sesuatu yang mengagumkan : Ade sorang aci tu pakai SAREE BIRU. Yaa SAREE!! Sungguuh selamba die beratur nak main game superman ni. Haha kulit apekah beliau itu?

Ain : "Kulit durian."

Respek gile doh ~ saree saree pon ade hajat nak jadi superman 8D Hmm...pengalaman jadi superman tu sangat beeeeest ~ walopun agak ngeri jugak tapi best ah. Cabaran cabaran! Kehkeh. Dan akhir skali kitorang maen game Space Shot : game kegemaran aku ! Walopun aku macam kecut jugak, tapi tak serik2 doh aku ini. Muahahahaha!!! Aban sangat kelakar seblom nak naek mende alah tu XD Tapi syabas lah kawannn....kau sudah bjaye melawan ketakutan itu. Yaaaa pendekar Tanah Melayu usah gentar! XDD *dah ape ni aku mrepek*

Balik naek kete kabel tu pulak, masing2 suke benar sakat2 si Awie. Hahaha lawak gile. Ahh aku pon kalo tengok "jurang Mariana" camtu rase cuak jugak. Tapi boleh pulak berdiri dalam kete kabel. Gilo-gilo. XD

Kami berpisah mase kat KL Sentral. Aku and the geng gi lepak jap kat McD sentral nu. Tetiba terjadi pulak satu insiden. Ade laa sorang aunty ni datang mintak sedekah dengan muka kesian gilebabengnya. Kata nak duit wat beli makanan la ape la...tapi kat tangan die ade plak handbag & payung cantik. Baju die pun lawa je. Aku pulak bijak pandai nye letak duit atas meja camtu je. Alah, tangan aku mase tu melekit makan eskrem, so aku letak jap duit tu atas meja lahhhh. Dan-dan tu pulak aunty tu datang. Aku pon bagi la die singget, sambil simpan balance duit dalam wallet. Yang tragisnye, blom sempat aku nak capai 30 sen aku, aunty tu dah kutip pastu blah dari meja kitorang. Aku macam, "WAH SOPANNYA YOU AUNTY...." (monolog dalaman lah tapi.) XDDDD;; Siriyes kitorang gelak kaw-kaw !! Aku kene "rompak" dengan penuh sopan dan santun oleh seorang aunty. Yeaaaaah 8D

All in all, ROMBONGAN DELEGASI SMKRM KE TANAH TINGGI GENTING MEMANG MARVEILLES !! Walopun ade beberapa orang yang cancel di saat2 akhir, tapi best jugak la. Next time kite pegi trip tempat lain pulak yeh? Oh oh. Aku dengar ade yang cakap nak pegi Tioman ye? Hahaha nak ikooooot ~ (ke?) XD

P/S : Aku memang takleh la kalo member sedih2. Nanti aku pon rase tak senang duduk. Aiii.. awak. Cepatlah jadi happy balik ye. Kesian la bace status FB awak arini, asyik gloomy aje. Yaaawww`!!! XD

Monday, November 23, 2009

21-21 JAMBO AIIRR`!

Saya dah 21 tahun. Yeah yeah. Terima kasih la kepada semua yang wish besday tu yeh. I sayang yu ol lbey la ini macam. Hahaha! Malam besday aku tu Qilah nyanyi lagu untuk aku. Hakhak terima kasih Qilah ~ memang kiut suara ko :P Kira lepas la satu wishlist aku. "Jacko Young" tak nyanyi pun takpela. Kehkeh!

Ropol-ropol kesayanganku agak men-surprise-kan aku dengan besday celebration kat Old Town sebagai salah satu agenda berjeemba kami smalam. Tiramisu tu sumpah sedap Sariii~ pandai ko pilih walopun kami sekor2 tak angkat phone mase ko kol nak tanye. Kami tengah bahagia melantak roti bakar kot. HAHAHA!


Kek Pn. Seri. Lain-lain gambar di Facebook. Haha.

Tapi of course lah tak habis kat situ jugak. Dengan aktiviti2 bergambar dan bervideo nyer..ditambah lagi perut yang ala2 kenyang makan 2-3 potong kek. So yang lebih bawak balik ~ Dah tu kitorang teruskan agenda panggung wayang pulak ah. Ok saya mengaku ketinggalan nak mampos kot sebab tak tengok 2012 lagi. Adess...nak gi tengok smalam pon tak dapat. Ape malang nasib FULL semuanya. Dah macam Transformers la pulak. Aku pon memberi pendapat untuk menonton RAGING PHOENIX, sebab aku tengok preview dia aritu dan rase ingin menontonnya. Okey laah tu dari tengok citer Senario The Movie LOLWHUT? XD

INSIDEN PANGGUNG YANG TAK BOLEH BLAH.

Aku ingatkan tak ramai la yang tengok citer ni. Sebab masa beli pon baru ade 2 seat je terisi. Tapi bile masuk ramai la pulak. HAHA SUME NI AKU KONFEM MESTI YANG TAK DAPAT TENGOK 2012!! XD So biase la aku ngan G-ha tengok iklan penoh khusyuk macam citer dah start je sambil disaksikan Ain yang potpetpotpet (ahaha selamba :P). Dah tu movie pon start... 20th Century Fox? Mak aih..hebat jugak citer Thailand nih. Tapi aku tengok je la tanpa banyak soal. Pastu scene first die kuar... "peh. Apsal dah macam umah omputeh pulak ni? Settings sume macam Hollywood je?" - monolog dalaman aku. Takpe2...tengok je. Sampailah kuar satu ayat,

JENNIFER'S BODY.

Eh..excuse me. Salah masuk wayang ke ape kitorang ni? Kitorang dah pandang memandang. Sambil berasa nak pasrah je la tengok citer ni. Nak kuar dah macam stuck kat tengah2. Hahaha. Tapi tak lama pastu aku pandang orang lain sume pon macam pandang2 sesama sendiri jugak. Hahaha ~ SAYA YAKIN KAMI TAK SALAH PANGGUNG. 8D Tetiba skrin padam and lampu terbukak.

"Maaf maaf, movie akan start semula dalam 3 minit lagi." kata pekerja wayang tersebut.

BWAHAHAHAAH !!! Ape wehhhh silap movie niiiii XDDD;; First time experience bende camni. Macam nak tergelak, tapi macam nak geleng2 kepala pon ada. Pastu Raging Phoenix pun start ~ naseb baek laa die tak start dengan iklan! Overall citer ni memang best. Dengan Suki, Misbun Sidek, Johan Rajalawak, Tajol & Reshmonu nyer....BWAAHAAHAHA!! Ahem..biarlah kami aje yang tau istilah2 ini. Woohoo!!

Pastu shoping & lepak2 makan cendol ABC nasik goreng bagai sambil gosip2. Biaselah tu aktiviti penutup Jeemba Ropol-ropol kalo kat JJ kan. Huhu~ dah pastu balik. Lalu funfair...rase macam nak pegi je. Heheh..Aban ko tak nak pegi ke maen go-kart kat sana? 8D

OUHHH TAK SABAR NAK TUNGGU AKTIVITI JEEMBA RABU NIH PULAK. Uyeaaah!

P/S : Tengah download Raging Phoenix. KAHKAH.

Wednesday, November 18, 2009

Keseronokan dan masa depan.

SAYA GUMBIRAAAA!!!!!

Ahem. Presentation sudah habis. Report sudah settle. Dah, tiada apa lagi mau buat di Shalam. HAHAHA. Tinggal nak pos report ke Jengka dan bagi report kat Kastam. Woots.

Dan perihal aku present hari ni memang.....mabelles kot. Macam hek eleh sia2 je kau gabra macam ape je. Kahkah. Nasib aku ah arini aku sorang je pompuan dalam group present tu, so memang terpaksa lepak dengan budak2 laki lain sambil menunggu giliran nak present depan lecturer. Nasib baik sekor2 tak sumbung ayam. Borak2 macam dah kenal satu sem. Cey.

Agak sadis la jugak sebab malam before present tu aku takleh tido. Bukan pasal takot ke ape, dah memang terbiasa tido lambat. So boley kire memang langsung tak tido ah. Takot terlajak tido kang tak mampus pulak. Wahahaha ~

Sambil menunggu nak balik tu aku lepak la kat bangunan FSKM tu dengan Pipah.

"Wei, nanti degree kite memang terperuk kat fakulti ni je la kan?"
"Ha'a, pusing pusing nampak budak CS je. "
"Abeh nanti dapat pakwe pon budak CS."
"Hahaha ha'ah kan!"
"Gile bosan doooh ~ mana fakulti engineering?"

Perbualan bangang kami. XD Tak tulis nama pun korang tau kan mana satu dialog aku mana satu dialog Pipah. KAHKAHKAHKAH ~

Friday, November 13, 2009

Diari Dairy


Mesti pelik amende la aku pos buku koyak rabak nih kat sini. Hehehe....nak tau ni apa? YAAA. DIARI SAKTI AKU. Diari2 yang aku tulis masa zaman hingusan skolah dulu. Aku start mase Form 1, gune diari kecik kulit keras kaler merah. Konon2 biar ade feel tulis diari yang btol lah XD Dah abis buku tu, aku gune notebook bind besi, saiz besar sikit dari yang first. Pastu plak, aku gune buku tulis biasa je. Ohhh tak cukop. Hambek ko last skali aku gune buku tulis 200 page tu 8D So aku ade 4 diari. Tapi taun lepas masa kemas2 bilik, aku buang 2 buku terawal tu. Sayang memang sayang, tapi tetap gak kene buang. Yang lagi dua ni tak sampai ati nak buang, sebab citer die beeeeessssst 8DDD

Scope diary aku mudah je : HIGH SCHOOL CRUSH !


Memang hebat lah. Aku siap kepilkan bahan bukti untuk semua bende yang berlaku, kalau ade lah kan. MUHAHAHHAHA. By the way, tatap lah sain aku tu. Intan cakap sain aku macam rumput. Oh sedih ! Tiru la kalo terer, aku tak gune sain ni pun untuk urusan rasmi. Kahkah.


Ni aku tulis kat page terakhir. Menandakan tamatnya kegiatan aku menulis diari seumpamanya. Lantakkan lah English aku yang bersepah tu. Kehkeh ~ geli pulak bile aku bace balik bende ni.



Dah la tu. Takleh lebey-lebey. Aku konpem G-ha excited gile nak bace kan? HARAPANLAH AKU NAK KASI ~!!! Wahahahaha XD

P/S : Aku mimpi Ustaz Kamal lagi!! Uwaaa rindu kat ustaz T___T

Monday, November 9, 2009

Saya tingtong.

Aku paling benci buat laporan. Sebab tu aku tak suka jawatan Setiausaha. HAHAHA KAU DAH KENAPA? XD Hmm...report dah hampir siap, tinggal nak print screen layout system & lukis DFD yang final. Sumpah menyampah buat bende ni. AIIIIIIIIIIHHHH.

Aritu pegi berfoya-fuiyo dengan akak aku. Oh kali ni tak tengok wayang sebab takde citer best. Kami pegi bershopping aja...(haha aku shopping lah sangat, duit pun tade). SANGAT JELES AKAK AKU BELI JAM BARU YANG TEBABOM CHANTEK GILER. Tu pun gara2 hasutan aku jugak 8D Tapi siyes cantik, kalo aku ade duit dah lame aku sambar. ISK ISK. Disebabkan earphone MP3 aku dah kiok aku pon pergilah membeli earphone baru kat Sony Style. Eh setan lah staf die. Buat aku hangin jer. Orang cakap2 baik2 die bley pulak kan buat muka. Sampah masyarakat betol. Ko racist ke hah?

Dan semalam mama menerima panggilan telefon dari kampung. Pakcik aku meninggal dunia lepas masuk ICU. Aku pun tak berapa tau detailsnye. Pagi tadi mama & abang aku balik kampung. Aku tak ikut sebab demam & tuntutan kerja. Tapi kesian lah sepupu2 aku tu, kecik2 lagi dah hilang abah mereka. Ya Allah kesiannya :(

Al-Fatihah untuk Cik Din.

By the way, aku tengah demam teruk. Sakit sgale hidung (banyak sangat ke hidung ko??) & tekak & kpale & sendi2. Agak takut ni weih, aritu aku muntah2 + sakit perot, skang demam pulak. Ko bleyh pikir tak ape yang aku risaukan? =O Isk....mintak jauhlaaaaaaaah @___@

Post kali ni macam berterabor. What to do leh...sakit kpale lah. Hahahaha ~

Tuesday, November 3, 2009

The plan.

Bulan November, bulan istimewa. Hekhek. Poyo saje.

So, bulan ni besday aku. Bape haribulan tu rasenye korang tau dah. Kalo tak tau pon, tak kisahlah. Tak penah2 aku wat post pre-besday camni. Kali ni rase nak wat tetiba. Because it's 21-21 weh. Tak paham?

Turning 21 on 21st.

Eh ko tak rase hebat ke stetmen tu? HAHA. Sbenanye aku saje menggatal konon2 besday taon ni nak jadi yang the most special one. Tapi kenyataan nye, aku takde planning pape pon XD Aku mane penah sambut besday wat parti ke ape. Yang hangout2 dengan kawan sempena besday pon baru pnah skali je. Huhu ape la sedih besday ko ni.

Maka, apekah yang patot aku plan untuk menjadikan besday aku HEBAT dan MABELLES untuk taon ni? TIADA IDEA. Dahlah hari Sabtu pulak tu nanti. Takkanlah duduk umah join mama tengok Hindustan??

Whatever. WISHLIST BESDAY TETAP ADA 8D :

1) Nak jam tangan baru.
2) Nak spek mata baru. (hek eleh ni pun tunggu besday ke? haha)
3) Nak menang JNTO competition aku join tu.
4) Nak basikal. (UuUuu beskal lama kene jual ~)
5) Nak sumone nyanyi untuk aku. Anyone is welcomed.

Uyeaaaaah.

Friday, October 30, 2009

Entah macam-macam.

Alhamdulillah selesai tengok presentation bebudak zon Pahang. Tak tengok semua pon. Wah best lah korang2 yang dah present kan. Aku refer DFD kat sir, SALAH SERIBU KALI SALAH. Benci haku ! Tetiba dah rase cuak teramat nak present system kang. Walopun senior cakap present kat Shalam senang, takut tetap takut. Buatnye system aku kene bantai teruk2 mati aku. Adesss ~ mintak2 takde la teruk sangat aku present nanti. AHH SISTEM SAYA SUKA HATI SAYA LAH. (boleh tak aku nak jawab ni masa present nanti? Haha. Memang menempah maut kau!)



Balik dari Jengka je aku terus tak sihat. Aku muntah kat stesen KTM. Cool ~ XD Balik rumah badan aku panas nak mampos. Mak aku dah takut aku kene H1N1 ke haper. Adoi. Tapi skang dah ok sikit kot. Sakit perut pulak. Hish macam2. Penangan DFD aku salah ke ni? Kahkah.



SESUATU YANG RANDOM :




Sumpah aku suka komen ko Sari. Wahahahahah!!


P/S : Dalam bas smalam aku nampak seorang jejaka. JARI DIA SERIUS CANTIK. Sori to say lah Aban, jari ko pon kalah. Muahahaha ~

Monday, October 26, 2009

Maru The Cat.

AKU MAHU BUDAK GEMOK INI. TAK LAMA, NAK SEMINGGU JE. ARRGHHHH !!!


Maru bengong. Aku suke bile die lari2 pastu masuk dalam kotak tu. Haha bangangnye kau Maru ~ *geram geram*

Nak interprem sket lah adik2 sayang aku kejap.


Ini Chichot. Kucing paling tua & veteran kat umah aku. Jumpe budak ni mase aku umor 9 tahun. Sampai skang ni die masih sehat dan gedembambam XD Aku bajet umor die skang ade la dekat 13 tahun kot. Gigi die da tinggal bape batang je. Memang dasar warga emas la Chichot ni muhahaha~ Keturunan die sume da kiok, hatta cucu cicit die pon. Tapi Chichot masih bertenaga. Die ni gak kucing paling genius aku. Sebab dah berkali2 kene buang, tapi die tetap dengan kachak bgayenye jumpe jalan nak balik umah. Tak kire la jauh mane pon kene buang. Area skolah agama tu dah kire jauh la dari umah aku bagi seekor kucing. Dah tu pulak mase nak buang die tu bawak naek kete siap tak kasi die nampak luar. Namun balik jugak die akhirnye. Caya laa Chot!



Yang ni pulak name die Shatitieq. Tapi banyak name budak ni, kadang2 Chacha la, Shasha la. Akak aku yang bagi name kat die so biar ajo la. Abah aku panggil die Chichit je. Muehe~ ni kucing paling pelik. Keje die asik nak marah aje. Muke die plak nak bajet garang slalu. Tumbesaran budak ni agak terbantut jugak la. Saiz die agak kecik kalo nak banding dengan lagi 2 ekor adik aku (jap lagi aku tayang gamba mereka). Chacha ni abah aku jumpe kat dalam longkang dengan 4 lagi adik beradik die. Abah aku bawak balik umah sume, tapi dalam tempoh penjagaan sume adik bradik die yang len mati. Tinggal la die sekor2. Hmm...maybe tu kot sebab die jadi rebellious smacam. Haha.





Paliiiiiiiiing sayang adik aku yang ni, Michi. Kucing paling lemah lembut kat umah aku. Kahkah. Ni pon ayah aku jumpe gak kat mane tah tak ingat. Memula tu jumpa dengan adik die, Miko. Tapi satu tragedi yang tragis lagi sadis berlaku, di mana sangkar kucing aku diserang anjing2 brengsek di waktu malam. Miko terkorban dalam insiden itu. T___T Celaka punye anjing !! Michi ni pon koyak gak perut die. Bawak laa pegi klinik ~ bil treatment kucing pon mahalnye kalah bil treatment orang XDDD Skang ni parut die pon dah ilang, dan Michi smakin gemoook ~ I like I like 8D



Kucing paling muda, Denny Odenden. Ah name ko nak glemer je Denden~ Kucing ni memula dok kat blakang umah aku je dengan mak & adik bradik die. Sume kaler oren, mak die je kaler cam "sampah" (bak kata abah aku). Sediiiiih gile abang kakak Oden ni mati kene gigit anjing. Memang dasar barua lah anjing2 bkenaan. Lagi sedih si Oden ni diabaikan terkontang-kanting oleh ibunye ~ wuwuwu sian ko Oden. Naseb baek die ni jantan, so abah aku takde la teragak2 nak bela die ni. Lagipon die sangat chumeeeeeel ~ muke die macam omputeh. (jangan tanye. Aku pon taktau knape aku kate macam omputeh XDD). So far die laa kucing paling perfect aku pnah bela. Ekor die panjang cantik, muke die bulat comel, bulu die lembut cantik. Tapi nakal tetap nakal. (ceyh macam tau2 je aku tengah blogging pasal die, Oden baru lepas mengintai aku kat pintu bilik ni wakakaka)


Ade lagi sekor kucing dalam belaan aku skang ni, name die Lala. Tapi die tu kejap ade kejap takde. Kadang tu 3 minggu hilang, pastu balik. Ko pegi outstation ke ape? Haha. Takde gambar die la, tapi die kaler oren jugak macam Oden.


So ini je la kucing2 aku yang tinggal. Dari start rumah aku ade kucing ( mase tu aku 5 tahun) sampai skarang, ade dalam 15 ekor kucing aku dah bela. Yang dulu2 tu either mati or hilang tiba-tiba. Yang aku paling sdeyh tu bile kucing aku Bibichi mati termakan racun. Sebab sebelum aku nak pegi keje die macam baiiiiiiiik gile dengan aku. Tau2 bile aku balik keje malam tu, die dah mati. Isk sedih gile..



~ NAK MARU !!!!!!!

Saturday, October 24, 2009

Tomodachi.

Petang tadi mood macam shilake entah apehal. Sume yang aku bace, tengok, pandang, jeling, tatap sumenyer macam mendatangkan kemarahan. Nak kate PMS, bukan pon.

Sebab aku dah anggap fesbuk status tu macam Twitter, aku pon post lah status berbunyi ,

"not good.not good. every single thing makes me mad."
10 minit pastu, aku dapat satu panggilan henpon.

"Elo Mai, ko katner?"
"Rumah"
"Rumah katner?"
"Klang lah. Aku ade rumah kat tempat laen ke?"
"Haha..wei jom lepak2 malam ni."
"Gi mane?"
"Pizza nak?"
"Waoo~ sedapnye. Tapi sori lah aku ade hal lah."
"Ooo..ok..wei ko pe citer sehat tak? Ko ok tak ni?"
"Sehat je laa...lah ko kenapa tanye ni?"


*dan beberapa siri perbualan yg mengarut2*

"K xpe la Mai, ko jage diri baik2~"
"Wokey bos."


Aku takde plan pape pon malam ni, just takde mood. Tapi aku macam pelik bile die tanye aku sehat tak. Padehal semalam & kelmarin kitorang rancak berfesbuk, so of kos die tau kan aku sehat. Lepas call tu aku cek list yang tgh online FB, name die ade je. Haha muskil2. But somehow, the phone call made me feel better.

Ko memang seorang yang caring kan budak. Macam mase skolah dulu, ko nampak aku nanges and then ko terus menggelabah nak relaxkan aku. HAHA. (WHAT MAI NANGES? ALAH ALAH XDDD)

I'm glad to have caring and thoughtful friends. Wa sayang sama lu la kawan2!!!

Friday, October 16, 2009

Tahniah la kat aku wei. XD


16 Oktober 2009 praktikal atau latihan industri atau internship (pilih mane ko nak) aku tamat. Tengok gamba kat atas ni pon tau lah betapa gumbiranya hati beta ~ kahkah. Dan banner itu adelah kursus terakhir aku menabor bakti dan khidmat yang tak berbelah bahagi (eceywah nak mantap aje).

Pagi aku arini dimulakan dengan semangat jawa waja yang maksimas. Maklomlaa last day kot. Takde pape yang nak dibuat spanjang hari, aku dok lepak bermaen fesbuk dan berjalan2 serta berfotografi tak hengat donia aje. Bos besau aku cuti arini, agak sedih la di situ sebab tak sempat berbicara dengan beliau. So dapat bercendana dengan penyelia aku je la...(sbenanye aku taktau mana satu penyelia sbenar aku pon, aku ade 2 bos O_O).

So di sini saye Maidemoiselle yang kachak ingin memberi sedikit ucapan kepada :

1) Tuan Yahya
- Tenks bos sebab bagi markah penuh & komen baik2 belaka dalam borang LP10. Walopun bos sebok tapi totap mengambil berat perihal saye. Terima kasih.


2) Tuan Alias
- Tenks banyak2 tuan sebab kat tuan je saye slalu refer pasal projek saye. Tazkirah tuan pon best jugak. Tenks sebab banyak bagi kata2 semangat dan kepercayaan kat saye upgrade system yang sedia ade dan sangat berpuas hati dengan outcomenya. Dan jugak tenks belanja sarapan (walopun saye pose tym tu) & lunch. Terima kasih.

3) Kak Ecah
- Bantal yang Kak Ecah kasik saye akan jadi tanda mata of kos ~ hehe. Tenks sebab akak lah saye pandai gune mesin faks dan ketagih gunekan shredder yang mantop itu XDD Terima kasih.


4) Cik Jansie
- Even kite jumpe 2 bulan lepas saye start praktikal, it's nice to know you. Saye sangat adore your MC's ability. Laen kali ajar ye? Haha. & tenks tumpangkan kereta 2 kali tu. Terima kasih.

5) Kak Nora
- Kak Nora suke gelakkan kite kan? Takpe. Asalkan Kak Nora hepi :P Tenks berkongsi kisah kucing2 dgn kite & bergelak ketawa same2. Terima kasih.

6) Mia
- Hahah suke tengok Mia jalan. Walopun Mia tua sket dari kite tapi perangai gila2 tetap maintain. Tenks smalam bukak game TalkAny tu sampai lemah lutut kite gelak gile dalam ofis. Tenks gak bagi pinjam broadband sekali sekala. Terima kasih.


7) Cip Mat
- Tenks berkongsi business mind dgn saye cip! Dan bagi keje yang banyak kat saye ahahahha ~ Terima kasih.

8) Abg Apai
- Oh anda ini, secara terus terang saye katekan saye manyak kali kicik ati dengan anda. Tapi lantaklah. Anda pon berkelakuan aneh terhadap saye arini. Bak kate rakan sekerja, "nak bermanja2 last day ni." Eww saye geli stetmen itu kehkehkehkeh xDD Apapepon, tenks sebab ketiadaan anda lah saye terer memasang projector kat dewan. HAHA. & tenks blanje KFC dulu. Semoga berbahagia di samping isteri & anak2 tersayang. Terima kasih.

9) Ayu
- Tenks banyak2 Ayu sebab slalu tumpangkan kereta ~ & teman kite tido kat Aras 4 sane. Hahah ~ nanti nak gambar2 yea ! Hehe. Terima kasih.


10) Inn
- HOHOHO! Sori sebab banyak kali gelakkan Inn. Sape suroh wat lawak spontan XDDD Neway best gile lepak2 dgn awok. Pegi wat edaran surat same2...berangan same2...berjenaka same2...banyak lagi lah same2. Hehe. Kalo dapat keje kat ofis akak kite, tahniah la ek. HEHE. Terima kasih.

11) Ani
- Ani member 1st kite kot sebab kite dok bilik same. Tapi Ani abes dulu ceyt xDD Tenks ajar kite mender2 yg kite tatawu ~ dan lawak2 spontan anda itu memang akan slalu diingati lah. Huhu ~ Terima kasih.

12) Fathiyah
- Kite sempat jumpe seminggu je la nampaknye, tapi awok ni pemesra (woi ade ke pkataan ni? Suke hati kau!) orangnye. All the best lah dok praktikal sampai bulan doblas ni ye. Huehue ~ Terima kasih.

13 ) Pacik Karim & Pacik Ali
- Tenks berbillion2 kat acik Karim sebab membekalkan transportasi pergi dan balik saye spanjang praktikal. Kalo takde acik, mungkin saye akan berbasikal ke ofis. Ataupun memudiki sampan sampai ke Westport sane kehkehkeh. & pacik Ali, tenks tumpangkan kereta kadang2. Terima kasih.

Dah la kot ni. Bukannye dorang bace blog aku pon. GAGAGAGA.

Siyot la ko Mai, boleh pulak ko terlupa beg telekung & beg bantal bawah
meja?? Memang alasan aku kene gi sane balik amek lah bunguk. Hiiiishhh!!!!!!
=____=

Monday, October 12, 2009

Ade ke?

"Mai dah ade pakwe?"

"Laah knape tibe2 tanye?"

"Haha...ade ke?"

"Oww...takde la. Sape nak kat kite...kite tak hensem"

"Eyy comellah ~"


Aku dah tak paham. Gaya aku ni macam tengah hangat dilamun chenta ka? Aritu bibik, arini member praktikal plak bertanye. Oh so very tak paham dah. Pfffft.

Tunggu saja lah aku hantar kad jemputan kahwin nanti boleh? (peeeh berangan jugak kau ni!)

P/S : dan jari jemariku diperkosa oleh kakak2 Kastam. Best sangat ye jari aku ni? Haha Aban, kau jari runcing, aku jari bulat2. Muahahaha *takde kene mengene*

Saturday, October 10, 2009

Khamis di Temerloh & Kepulangan Jumaat.

So esoknye, pagi2 si Siti & Imah ade MUET. Bagoz laa korang first group, kol 9 dah balik umah. Siang tu memang takde wat pe sangat la. Sekadar diskas2 sistem & DFD haku yang tak pekejadah rupenye tu. Lepas Zohor baru kitorang gi berjeemba kat Temerloh City (saje kasi gempak sket nama die). Cadangan first nak pegi Jengka petang tu tapi cadangan hanyalah tinggal cadangan XD Pegilaa KFC beli take-out sebab kitorang nak gi picnic konon2 kat taman berdekatan.


Kak Mas supermodel dowh! Abes kalo Abg Amir tau ade wedges hinggap atas kete die muhaha~

Imah tetiba mengutarakan keinginan beliau nak makan ABC. So pegila round2 cari stall ABC tapi tak jumpe pon. Siap kene jenaka seorang pakcik di medan selera lagi. Haha luculah u ni pakcik XDDD Lepas ni pegi sekolah ye blaja ABC balik. Tengah dok jalan2 tu nampak sign TEMERLOH kat tebing sungai ala2 HOLLYWOOD gitu. Pe lagi....ATTACK OF THE CAMWHORERS LA ~

"Kami bangga berada di TEMERLOHOOD", kata Wani. HAHAHA.

Memandangkan Khamis hari orang bekerja, takde la ramai sangat yang bersantai tepi Sungai Pahang ni. Kitorang duduk2 je la sambil menghirup udara segar (segar ke? penyedap ayat je ni). Sambil2 tu nampak pulak satu bot panjang lalu lalang kat sungai tu.


"Weh, jom naek bot nak?"

"Boleh ke saje2 nak naek?"

"Boleeeeh je..jom ah jom ah (dengan penuh konfiden)"

"Isk takot ah, bot tu nampak cam tak dapat menampung jisim aku je."

" Palotak ko. Cepat ah jom!!"


Makanya kami pon menaiki bot panjang tersebut. Aku sbenanye takot nak naik bot2 ni, sebab aku slalu fikir aku ade fobia dengan laut & sungai2 besar camni. RUPA-RUPANYA TAKDE PON 8D Pakcik tu bawak pusing2 sungai ke hulu ke hilir. Best pulak rasenye naek bot waktu petang. Ngahaaa ~ 20 minit pusing2 pastu pakcik stop kat tebing, ade penompang len nak gi seberang sungai daaa...

Gile cantek shot gamba ni! Aku memang ade bakat photographer woi. DSLR bak sini sbijik. Nywahaha!

Selesai masing2 menggila, beransur lah kami pulang dalam kol 6.30 petang lepas minum2 kat satu kedai makan yang sumpah chantek deko nye (DEKO DEKO DEKO ~ tetiba rase nak nyanyi hakhak). Kene la balik...walopun hati masih berniat nak jeemba lagi. Lepas Maghrib tu pi anta Wani gi Terminal Bas Temerloh. UuUuU Wani sudah mau pulang ke Penang ~ isk3. Simpati aku kat ko Wani pasal kene dok sbelah mamat gatal tu. Layaklah ko buang no. fon die ~ kikiki. Dan malam tu kami tido awal. AWAL SANGAT. Bajet tak nak bangon lambat la esoknye kan....

....LAMBAT JUGAK PON BANGKITNYA HAPE NAK JADI?? (gaya mak nenek). Haha, bukan aku lah tapi :P Siap2 nak pegi Jengka. Seblom tu gi bayar saman kete smalam. YA KERETA KENE SAMAN SBB TAK BAYAR PARKING. Hahaha XD Singgah KFC Temerloh nak belikan untuk Abg Amir, malang naseb sebab tak bukak lagi. Dah tu terus la anta Imah balik umah akak die then gi umah opah Kak Zack beraya. Makan kat sane skali ~ Alhamdulillah kenyang perut masing2 xP Aku call Pn Ina kate nak jumpe tapi die da nak balik umah mase lunch break tu. So kitorang straight terus ke KFC Jerantut. Kak Tie, skang mesti da paham kenapa kitorang asik on the way je tapi tak sampai2 Jengka lagi kan? KAHKAHKAH.

Plan asal aku nak dok Jengka satu malam then Sabtu balik naek Metrobus (sorang2. wuaa). Tapi Irwan da offer nak kasi tumpang balik KL petang Jumaat tu jugak. Aku pon on ajo la ~ lepas jumpe Pn. Ina & Pn. Baya dalam kol 3.30 kot gerak balik KL. Irwan la balik KL, aku balik KL-ang lah pastu. Woooh KL Sentral di waktu peak hour memang sesak napas kau! Sesak2 pon aku bjaye gak masuk tren. (Haha Sari & Ain, kamu2 mesti berbangga dengan "rempuhan gorilla" aku ok XD). Berdiri straight dari Sentral ke Klang...walopun kat Padang Jawa tu ade seat, tapi I ni baek taw bagi uncle yang lebih tua duduk situ ~ pewwwiit! Pon laa ade sorang remaja lelaki ni hyperaktif nyer ngalahkan budak tadika. Ingin saje aku menumbuk mukanya sedebik dua.

..and of course lah mama terkejut nampak aku balik malam tadi. YES SURPRISE MENJADI 8D Hekhek.

Best dapat jumpa Jengkarians balik. Laen kali jumpe lagi ye !


P/S : Bagi yang xtau, Irwan da pakai kacamata. Naseb baek laaaa ko bukan ENGINEER weyh....HAHAHAHAHAHA ~ XD XD XD

Friday, October 9, 2009

Rabu di Jengka.

Ok lah aku mengaku kat sini. AKU TERBANGUN LAMBAT SIKIT. Haha. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Seri Idayu kerana buat ko tunggu kat monorel sampai 2 jam. Ala aku siap cepat jer, KTM yang lembab cam sipot vavee ~ (tak nak kalah tuuuu). Dah sampai Pekeliling beli lah tiket ke Jengka ~ yabedabedooo lah kau!

Dah lame weh tak beli tiket RM15.40 nih! (ehem excuse our jakunness)

Dua seat sorang ~ WEEKDAYS KAN XD Seri kata die punye lah excited nak gi Jengka sampai takleh nak tido dalam bas, tapi akhirnye kecundang jugak kau AHAHAHAHA. Dah kat Jengka tu pegila carik van kuning singget. Vroom vroom sampai lah kami ke UiTM Pahang Kampus Jengka.


Objek pertama yang kitorang tengok dengan kejakunan hakiki mase mula-mula masuk kampus. Pastu tengok susur gajah baru kat kolej. Mulalah rase jeles masing-masing. Kitorang dulu kene laa tunggu hujan teduh baru bley jalan balik kompleks...isk3. Sana-sini penuh bunga-bungaan baru. Tanpa buang masa dengan lebih lama, pegi la uruskan penginapan kat kolej then tunggu ketibaan member-member lain.

...pandangan diorang terhadap aku setelah sekian lama tak berjumpa = Mai makin gadis + cun + ayu. OH OH KENAPA BEGITU? T__T Saya segan lah pweeeheee ~ XDDD Put ajak gi pasar dalam UiTM. Haha of kos mau pegiiiiiii~ nak usha-usha budak baru 8D Pasar pon dah tuka lokasi kat padang sebelah blok akademik. Not bad lah. Tak jumpe ramai pon yang dikenali...sedeyh aku. *sedih bermotif hahaha* Petang tu jugak Fyza ajak gi minum kat Phuket. Jumpe lah dengan jejaka CS si Ja, Anep, Ese & sorang junior tu. (maaf junior I tak tau lah nama u). Nak balik tu si Fendy datang. Sekadar sembang berdiri la kejap. Qilah cakap Irwan nak datang...hambek ko dan-dan die sampai kene hantar kami balik kampus XD Sape soh ko lambat sangat~

Malam tu aku dok bilik junior sambil menunggu dinner dekan abes. Try gak nak connect WiFi tapi tak dapat. Wuuuuuaaa tensen haku. Lepak bilik Najwa sat borak-borak & baca AGEHA + KERA magazines. Tak lepak lama sebab takmo kaco die nak study test Eco esoknyer...baik kan akak senior ni 8D ~ Kol 12 lbey baru dinner abes. Malam-malam tu jugak pi ikot Siti & geng balik umah sewa kat Temerloh. Sampai nak dekat kol 2 la jugak...bam bum bam bum bentang toto selimut bantal bagai ~ TIDO LA WEYH!!!


(to be continued.) AHUKZ!

Saturday, October 3, 2009

Teruja siod!

Macam tak sangka pulak praktikal aku dah nak abis. Seronok yang amat lah wak! Hahaha. Lagi 2 minggu ni rase macam excited terlebih-lebih. Pon laa minggu depan start kursus international yang pastinya opis aku menjadi SEBOOOK yang berupaya menaikkan paras tekanan perasaan serta kerahan metabolisme terlampau bagi setiap staf termasuk aku. Tapi don't worry bebeh, timing sangat mengenalah pasal aku akan melarikan diri dari kesebalan itu dua hari berikutnya 8D HAHA SELAMAT BEKERJA LAH SEMUA YA. Hakhakhak.


Oh, pelik ke kalau pakai baju kurung dan memakai bag pack seperti ini?


Beg I merah menyala tau Sari. VAVAVA 8D

Aku macam dipandang pelik oleh wanita-wanita di Kastam. HAHA. Ye laahh...aku mane pakai handbag GUCCI, LV, Prada yadayada macam diorang sume kan. Dari aku pakai handbag di bahu kiri dan menjinjing beg laptop yang bleyh tahan beratnye di tangan kanan, baik aku pakai bagpack teros. Haa sumbat sume ape ko nak jang ~ WAKAKAKAKA.

Kalau nak bergaya tapi menyeksa diri baik lah tak payah oi. Aku budak praktikal je pun. Nywaahah ~ :P


P/S : Selamat menatap wajah baru blog aku. Pewiiiit`! Kalerful kan? Amek ko nak! XDDD

Thursday, October 1, 2009

Pelik2 aje ko ni...*ayat dramatis Irwan*


Kegilaan ku di pejabat : MESIN SHREDDER YANG MANTOP ! dalam bilik Kak Ecah.

Aku suke genggam kertas tu kuat-kuat. Rase puas tak terhingga.

Pelik memang aku, cakap pon tak payah takpe. Bwahahaha 8D


*************************************************************


Lecturer Shah Alam dah datang melawat opis.


" Kosong je sistem kamu ni..tepi takde button. "
" Haha..kene login dulu puan.. "
" ...ohh tapi name pun sistem kan. Padanlah. Kamu bukan buat portal. "


Nasib baik lah paham sendiri -_-


Surat cuti pun dah approved. Maka dengan ini... JENGKARIANS MARI BERJIMBA MINGGU HADAPAN !! Aku rindu korang sume gilevaveee siyooooool ~ jum ah wat report sama2 hahahaha!!!

Woooh tak sabar mau naek Metrobus merah putih. GAGAGA~

Wednesday, September 30, 2009

Allah Maha Besar.


Baru kejap tadi aku rase gegaran hebat. Aku mmg da agak gempa bumi lah. So aku gi bilik abang aku tengok satu radas pengesan gegaran yang die wat 4 taon lepas. Bergoyang2 ~ sah memang gempa bumi lah ni. Pintu bilik abang aku pun bergoyang, boleyh plak die tak perasan? Mengong xD

First time aku ade pengalaman begini adelah pada mase Form 5, waktu malam mase tengah kelam kabut nak siapkan homework karangan BM. Tetiba je aku rase cam pening2, berdiri pun rase nak jatuh. Tetiba abang aku datang bilik.


"Ko rase tak?"

"Ha'ah."


Agak menakutkan lah gak kan. Dan gegaran yang berlaku sebentar tadi adelah yang paling HEBAT antara 4 kali pengalaman aku merasai earthquake tremor nih. Sampai jiran2 kecoh kuar rumah bising2 hape kes lah??




Radas yang aku cakap tuh. Abang aku cita2 nak jadi saintis kot dulu. HAHAHA. Pensel tu goyang kencang la jugak tadi.

Takut nak pegi keje esok lah. PELABUHAN KLANG kan. Mudah-mudahan tiada apa yang akan berlaku.

SUMMARY LINK : Earthquake Hazards Program : MAPS 30 SEPTEMBER 2009.

Kalau dah tremor yang aku rase tadi diklasifikasi sebagai LIGHT, aku tak dapat bayangkan kategori VIOLENT & EXTREME tu macam mane pulak.

Sunday, September 27, 2009

Eid Konvoi ~


Aku macam malas nak taip panjang2. So long story short je okeyh. Smalam konvoi lagi and we went to houses yang tak sempat nak raya aritu. And aku tak expect akan sampai ke rumah Cikgu Noraidah pon. Sampai terjumpe crush dulu lagi you. Tapi tak tego pon, MALUUUU~ *nyampah aku* Kau pun dah kenapa diam je....ceh. XD

Dari mule konvoi sampai nak dekat balik topik yang asik di utarakan adelah TUNANG + KAHWIN + TUNANG LAGI + KAHWIN LAGI. Haha.. dah dewasa sangat ke korang ni sumer? KAHKAHKAH XDD *padehal ade gak certain times aku yg start the topic uyeaaah :P*

Overall, yesterday was hella fun. SANGAT2! Thanks kawan2, next year raya we huha huha together-gether again yeh.

Selamat kembali ke kampus & menduduki FINAL EXAM semua! *nada berlagak nih woi* KAHKAH!

....ape. Aku pon slamat kembali ke opis lah esok. SHET!

P/S : Kali ni mengada nak rojak BM + English. 8D

Thursday, September 24, 2009

Tak sengaja bah. XD


Pepagi buta Mas dah call aku cakap mau datang rumah. Sian minah sorang ni dari aku kat kampung smalam dah bising2 boring dok umah. Haha ~ So berkunjunglah si Mastura dan Maslinda ke rumah aku petang tu....MASLINDA HOMAIGOD SIRIYES LAME GILE TAK JUMPE KO BEB! Ko masih chantek dan tinggi seperti dulu. Mase kat umah aku diorang berdue belek2 album aku tyme aku tengah siap2 bersolek nak ikot beraye. Hambek ko diorang gelak tak hengat donia kau! Yang pi tengok gamba2 hingusan zaman skola rendah tu sape suruh...of course lah kelakar siyod XD


Pastu gerak pi umah Ain. Kat sane YM kejap dengan G-ha kasi amaran mau datang serbu raya umah die dalam beberapa ketika lagi. Adekah kau kelam kabut selepas mendapat notis itu wahai G-ha? 8D Then gerak pi umah Tanti plak. Ni lagi sorang...sumpah lama gile tak jumpe. Datang umah die pun maen terjah je nih. Aku plak disuruhnye usha rumah die ade orang ke tak. Ye lah. Cuak gak la kot nak datang ni. Knape cuak biar kami sahaja yang tahu. Ngeehee bodo unta. Kat umah Tanti melantak laksa seround. Uh lazaattt~


Dah tu beransur gi umah G-ha lak. On the way tu lalu skolah rendah. Wahahaha nostalgia masing2! Rindu dowh skolah bkenaan. Sampai umah G-ha barulah sume jadik camwhorers berjaya. Sambil tunggu G-ha mekap2 kitorang amik gambau cam cilake gilenyer. Mas plak bley bukak citer pasal team Sailormoon die dulu. Okeyh sangat mencuit hati di situ XD



Mas tak dapat menahan rase "syahdu" di hari Raye. WAKAKAKA!


G-ha dah siap maka geraklah pula ke rumah Nadiah. Gilo ramai anak buah ko Deya, siap ade yang kate knal aku plak walhal aku cam tak pnah la plak kenal kau wahai budak kicik. Macam artis popular pulak la kunun 8D Sok sek sok sek pot pet pot pet dah abis pegi umah Aezza plak. Malang sket la naseb sebab Aezza tak dengar kami datang mengetuk pintu umahnye, tapi takpe Za. Lain kali kami datang serbu lagi hoyeaaaah 8D Mas nak jumpe ko sangat nih. Heehee. Last skali pi umah kawan Mas yang aku tak kenal tapi lantak kau raye je lah. Hahao!

In conclusion, ini konvoi yang tak disengajekan. Aku pon tak tau lah konvoi formal macam dulu2 tuh jadi ke tak taon ni. Masing2 cam tak kene timing je. Adessss.




P/S : Aku youtube "SMK Raja Mahadi" malam tadi pastu jumpe satu video budak rakam cikgu tido. Gengster2, kalo korang tengok video tu rase2 korang kenal tak cikgu tu? Aku cam kenal tapi takut silap je. Kalo betollah kan, aku sangat kesiankan dia. WTF LAH BUDAK SKOLAH ZAMAN SEKARANG! Yang rakam video tuh memang ONE REAL FUCKTARD. =_=

Tuesday, September 15, 2009

Kami orang hensem.


Malam semalam sempat gak la aku dgn Izzat pegi jumpe si Vincent nih seblom dia balik Jepun Khamis kang. Lame tak jumpe die....last mase SPM lah kot? Haha...di samping saje2 nak lepak jumpe die, aku nak tuntut barang yang die tolong belikan kat sane xDD;; Woohoo Shunkan photobook yang ku idam2kan telah menjadi hakmilik aku kini ! Yang lagi best tuh Vincent dapat extra digiphoto yang bapak limited edition WOOOHOOO AKU GUMBIRA ~~ I laff u kuatlah Vince. Hahaha. Rugi je tak suruh u try dapatkan photobook yang ade signature skali ~ 8DD *banyaklah kau!*



Aku tak nak bukak photobook tu, tapi die ni degil nak jugak tengok. Ok fine, I give you the honour to officiate it first brozerrr ~ (padahal aku tak dapat nak bukak plastik die. Last2 Vince gune kunci keta die kasi bukak itu plastik. Naseb tak calar, kalo tak memang kene lah. HAHA XD)

"Jepun beeeeesst ~"
"Shadap u. "



Saje je kan beliau menjeleskan haku. Cis ~ hahaha. Takpe takpe...Kitorang dok lepak kat McD tu sampai air-cond dah tutup baru sedar diri nak berambus balik umah 8D Tak ingat nak keje esok gamaknyer :P Leka dok mengimbau kenangan zaman skolah yang klaka. Tapi best gak dengar cite kehidupan die kat sane. Cam member2 die dah jadi sangat "oshare" (kire cam "bergaya" lah) ngan die kene dok mekap satu jam seblum kuar umah (metafora yg best ahakz). Of course lah, mamat Jepun kan styloism belaka ~ hekhek. All in all memang best dapat jumpe die setelah sekian lama. Memandangkan die dah nak balik sane, aku just sempat bagi early b'day card dengan advanced duit raye kat beliau.


Dah2 takyah nak claim duit raye kat aku, aku pokai longlai dah ni. NGAHAHA!


P/S : JADI BALIK KAMPUNG LAH MUNGKIN. YEAAHOOO`!!!
P/S : Boley tak kalo saya tak present system esok mase meeting? Malas lah. :D

Sunday, September 13, 2009

Raya. Selamat.

Batu Pahat, Johor.



Balik kampung ~ ohoohoo balik kampung ~ yeay dah nak raye! Cepat gile..kejap je rase puasa. Hmm.. Slalu raye aku mesti balik kampung. Walopun atuk2 & nenek2 aku dah takde, tetap gak balik sebab ramai sdare mare kat sane. Kalo raye kat kampung barulah aku rase cam btol2 raye sebab best kot jalan2 gi umah orang yang jarang2 aku pegi.

Tapi taktau laaa raye tahun ni camner...

...sebab mama cakap maybe tak balik kampung.

* jawdrops *

Aku dah terbayang kebapak-bosanan raye tahun ni. Pegi keje pun cam tak semangat waja je. Pon laa aku dah apply cuti sminggu straight. Waduh2....mau dibikin apa cuti lama2 kayak gitu donk? @__@ Isk3 sedeyh2.

Sesape, bawak aku balik kampung korang. Hatta ke Sarawak skali pun. Aku tak nak raye kat rumah!

Sunday, September 6, 2009

Cheese itu keju.

Aku dah 21 so aku dah boley nak citer pasal bende cheesy mcm nih.


Satu petang yang hening aku ditanya oleh sorang bibik yang baik kat tempat keje. Soklan berbunyi :

"Mai dah ade pakwe? Sape nama nya? "
"Takde lah bik. Hehe. " *sengih ajolah den*
"Hisyh, comel-comel macam ni takkanlah takde pakwe. Tak usah selindung2. "
"Haha.............." *aku speechless dah*


Ye saye takde pakwe lagi. Jadi? Bukan tak nak, tapi bukan nak sangat pun. Heh apakan. Well, dulu mase skolah ye laa tak mo pikir pasal bende2 camni. Rimas lah oiii dek non *demm ni mesti pengaruh Mas noxx xDDD* Aku dah cakap kat diri sendiri "Bile ko dah umo 21 taun baru bleyh gatal2 nak pikir ok?" ..and taraaa~ 21 pada tahun 2009. (oh ye aku tau tak masuk November lagi jadi aku 20 tahun masih tapi whaattt kite follow the average stuff je lah).

First, aku rase memang aku TAK BERSEDIA LANGSUNG kot. Kapel? Pfftt. Semak wehh! xDD Aku kadang2 tak paham camner laa budak2 skolah zaman skang ni dah pandai berkapel-mapel siap tuka2 boipren girlpren lagi kau~ tapi lantak lah tu kan.

Second, aku rase takde kot sape2 yang mintak kapel dengan aku jadi tak payah laa nak serabut2. Kalo ade pun...adeii aku tak tau nak watpe. HAHAHA sengal ayam sempal ubi~

"Ko ni high-demand sangat...sebab tu takde pakwe."

Hmm..pelik jugak lah aku dengan stetmen ni. Bile mase pulak aku kuarkan kenyataan bahawa "Boyfriend saya mestilah seorang yang hensem nak mati kalah Johnny Depp dan bekerja sebagai CEO syarikat blahblah" - yang aku tau cuma stetmen "Abang engineer berkacamata dok kat KL" tu ade laa pnah gak aku cakap gagagaga ~ alaa, cakap angin je tu. Dream big kan orang putih cakap. HAHAHAHA. Kire high demand jugak ke ni? -__-

So...kesimpulannya aku tak ready lagi lah. Tunggu aku naik 22 taun kang kite lihat sama-sama. HOHO.

Case closed.

Monday, August 24, 2009

Alma Mater x)

Mengantuk gile babas. Tapi tak rase nak tido. Yelah....dah degil tu degillah jugak kan XD Anyway, aku tengah syok usha2 fesbuk bile aku nampak satu link sorang junior cina (yang aku tak penah ingat dan kenal pon add aku tetiba apekah?) sekolah post kat wall die.

Sangat menarik perhatian apabila menatap perkatan "SMKRM Blog" di situ. So aku pon click lah.

WATDEHECKK RAJA MAHADI ADE BLOG?? (click lah ini, nanti die bukak kat tab lain, ades.)

Bile tengok balik gamba-gamba yang dipost tuh, rase kangen pulak sama itu skolah. Lorong ilmu kat Pusat Sumber tu...tempat aku skodeng dak cine yang aku minat gile2 dulu XD Teringat kat papan kenyataan Pusat Sumber 2 yang patutnye aku hias chantek-chantek setelah dipertanggungjawabkan oleh Pn. Lim tapi hampeh nak dekat cuti mid-sem baru aku nak hias :P Lorong Semarak Kasih tu tempat aku buli/dera budak-budak Puteri Islam kawad kaki SERTA tempat aku study beramai-ramai mase nak dekat pekse PMR dulu.

Terkenang pulak mase bersihkan kolam ikan tu (tolong tengok je sbenanye..hehe publisiti murahan)....sampai ade sorang *aku tak ingat lak sape* tergelincir lalu GEDEBOSSSHHH masuk kolam secara tak sengaja nye...ouh kasihan kau XD Gelanggang bola keranjang tu pulak dulu berebut-rebut gado-gado antara Puteri Islam, PBSM dengan Kadet Bomba nak wat latihan kawad kaki...akhirnya di konker oleh Puteri Islam dan Kadet Bomba *haha, kami kamceng dulu2 XD* Ye, aku sangat anti-PBSM mase skolah dulu. *alih-alih kat UiTM aku amik PBSM. Dush dush!! XD*

OHH NOSTALGIANYA.

Tapi aku rase patut blog tu kene update dengan gamba-gamba terkini lah. Macam aku cakap dulu, Raja Mahadi dah angker skang. HAHAH 8D~

Wednesday, August 12, 2009

Makasih, ya.


Kak Aishah kasik hadiah bantal tu semalam. Eheemm ~ TERIMA KASIH BANYAK KAK ECAH, SAYA MEMANG SUKAAAA 8DD Tak payah susah2 nak bawak bantal dari rumah. Heehee~ lepas ni aku boley tido dengan hebatnye time break.

Btw, semalam aku dengan tidak semena-menanya kene join meeting kat Aras 8. Buat minit mesyuarat. APELAH. Dan mama pun berada dalam bilik mesyuarat yang sama. HAHA *.* Aku segan. Inilah pekerjaan sampingan anak mu wahai mama ~ kerja-kerja kerani + technician (sebab aku pasang projector skali) yang tidak bergaji ini. Takpe....I buat keje penuh keikhlasan.. eceehh!! *dush sekali* Walopun takde gaji ke elaun ke hape, aku totap mendapat balasan baik mereka.

Seperti :

1) Tn. Alias & Tn. Yahya blanje Secret Recipe sebab tolong buat slide untuk meeting penting antara Dato' dan Menteri2.
2) Kak Aishah bagi bantal chumel di atas sebab tolong die faks, fotostat, cop & buat edaran surat ke department lain.
3) Abg. Apai blanje KFC sebab die bjaye dpt loan bank *hahaha tak tergolong* (tapi aku banyak gak wat keje2 PAR + technician die sbb asik lesap ke mana2 saje mamat ini)
4) Bos2 aku suke blanje kami semua. Yeah! *save budget aku*

Aku tak kisah buat sume tu...asalkan system development aku yang baru ni tak terganggu. So far blum terganggu lagi lah. *Amende ko baru nak start wat betul2 arini ceh!* Ye laa...aku baru siap kumpul maklumat la ngeng. =__= Ok stop the monolog dalaman thing.

.....dan aku mengambil keputusan untuk menggunakan php + xml (gile ko blaja xml sendri beb!) LAYAAAAN & SENTAAALLL AJA ~

P/S : Dah tuka layout. Tak cantik ke? ADA AKU KESAH?! x)

Saturday, August 8, 2009

Justin Timberlake lol


Hari ni aku tengok citer ni. Best. BEEEEST. BEEEESSST GILER. Sumpah best tahap gaban. Memang syok aku gelak cam haram dalam panggung. Bukan aku sorang je, so lantak ko lah. AHHAHAHAHAH!!! Aku memang dah tunggu lama filem ni kuar, sejak aku tengok trailer kat youtube berbulan2 lepas. AFDLIN SHAUKI FTW!! XDD Brader Bront sungguh cool dan kachak dalam citer nih...pewwwiiit`!!

"Engkau suruh aku pakai macam Justin Timberlake, aku pun pakai macam Justin Timberlake."
"Aku kata just don't be late."

F-AWSOME!!!!!!! XDXDXD

Aku nak beli VCD die nanti bile dah kuar. HAHAHAHA. Yelah tu :P

Wednesday, August 5, 2009

TAGGY & TRUST VER 2.5

Tag. Dah lama gak tak buat. Yeyey ~ xD Kito kecek omputeh molek deh ahakz!

Tagged from Vince

1.How old were you when you had your first relationship?
- I don't know. Soon maybe? lol AHEM.AHEM.!!

2. Are you taken/single?
- Single single double ~ yeah you're working it riiight 8DD *tiru gaya juruaerobik* haha

3. Do you like anyone right now?
- I just think about that person sometimes. Those moments that made me go ga-ga lol

4. Ever had your heartbroken?
- Partially heartbroken yes, the rest was embarassment haha *facepalms*

5.Miss anyone right now?
- I miss everyone. (ye Vince aku rindu kau jugak uwee xDD)

6. Who was the last person you sent a text to?
- Texting attempt to Intan but ended up outboxed. DAMN KREDIT HABIS. Top up kan please? Haiyah. =_=

7.Last person to text you?
- Intan Sandha rofl

8. Last person you saw?
- My mom...or my bro.

9. What was the last thing you said to someone?
- "Apa???!" *high-tone lagi*

10. Who is top in your top friends?
- (ni survey amik kat myspace ke friendster ke haper?)

11. Who do you trust the most in your life?
- La familia :D

12. Who do you love most?
- Allah, myself, family, friends, Katokei wowowowow ~ !!

13. Ever been in love?
- Err...I shall say simple stupid crushes only lah.

14. Who has hurt you the most?
- Inconsiderate people I met in life.

15. Has a tragedy ever happened in your life?
- Alhamdulillah no.

16. Are you happy?
- to the extent of flailing like mad 8D

17. How many good friends do you have?
- many. As in BANYAAAAK.

18. Are there some songs you cant listen to because they remind you of someone?
- I still can listen to it, just for the lulz. Eheh

19. Have you ever cheated on a partner?
- I'm relationship inexperientee, but I guess I won't ever cheat.

20. Ever been cheated on?
- Nak mampus silakan. You kisama! xD

21. Ever been told someone loved you?
- Like I'd believe it xDD

22. Ever told someone you loved them and meant it?
- Yes :)

23. Not meant it?
- For me, saying love bluntly is TAK BERKUALITI. (wtelf??)

24. What is your idea of true love?
- Let me fall in love first then I'll tell :P

25. Do you believe in love at first sight?
- Not anymore.

26. Do you believe that it is best to have a friendship first then love?
- Not too long of a friendship because it'll feel awkward later =3

SAYA NAK TAG AWAK AWAK INI SUME YER :

1) Naziha Kamsol
2) Nurul Ain Saidon
3) Seri Idayu Mohd. Hashim
4) Nurul Fadzillah Abd Razak
5) Nur Aqilah Mohd Basri
6) Putri Yanti Abu Bakar

Tak kire korang bizi ke aper, aku kate buat, buat! WAKAKAKAKAKA~ *serangan hendap bertubi2 dari mereka semua*

**************************************************************************
Di kisah yang berlainan.
**************************************************************************

System upgrade aku tu dah beres. Tinggal beggar sikit2 dekat bahagian form. Antara puas hati dan tidak skang. Aku amik masa sebulan untuk upgrade sesuatu yang mudah? Mai Mai...ko ni banyak main la. Fokus sket kat praktikal ko nih!! *melempang diri sendiri*

Dan aku sedang mengerjakan sistem baru. Uyeaaah! Selamat berjaya sekali lagi wahai diri ini. Tsk!!!

Sunday, August 2, 2009

Kami chentai padamu ~ SMRM?


Hoho. Aku pegi mini gathering kat Station 1 petang td. Tengok gamba ni memang sah2 konpem mini punyer ahahahaa. Lepak2 dengan Tharane, Siew Teng, Hui Shi & Siew Feng nih rupenyer best jugak. Tharane nak sambung blaja kat oversea, so kirenye ni nak celebrate keberangkatan die lah. (keberangkatan btol ka? suke ati berbahasa je aku ni).

Rupe2 nyer ramai lagi nak sambung oversea bulan 9 nih. Sathes, Teng Siew, Ang Seng Heng pon. Eh jap Seng Heng tu tak sure, tapi ade kabar die nak pegi laa. Siriyes lame gile tak jumpa mereka2 ni, takat add kat facebook tu ape lah sangat kan. Haha.

Best laa tadi. Gosip2, flashback2, gelak2, gambar2 8D Gambar yang ni huduh sket pasal waiter tu parkinson kot. Laen2 gamba ade dalam digicam Siew Teng. I TUNTUT NANTI AMOII ~ XDDD

"Apa jadi dengan Raja Mahadi?"

Topik hangat perbincangan kami. Hahaha kuda mana kuda?? KANDANG KUDA LAH SANGAT KAT BLAKANG BANGUNAN TUH!!! Wakakakakka~

By the way, aku ade teman Aquila gi amik report card adik die aritu. Tu lah hari aku menjejak skolah setelah berkurun lama. SUMPAH WEI. Kalo korang jejak masuk skolah tu rase cam angker dowh. Bukan angker seram hantu ke ape...tapi ke"samseng"an skolah tu di tahap yang boleh dibanggakan. Bayangkan ek, lorong laluan gi kantin yang dulu banyak tampal jadual AJK persatuan kejadah sumer tu....CERMIN DAH TAKDE LANGSUNG. Yang paling kachak, dinding dah kene spray kaw-kaw dengan macam2 gaya. Macam kegiatan along dah aku tengok. Aish. Rugi pulak tak snap sebarang dua gambar mase tuh. Macam padang jarak padang tekukur pun ade. Hahaha. Hebat! Pelajar skolah zaman sekarang memang gilo.

Ni kot salah satu punca musabab aku dah takde selera nak jadi cikgu. LOL!

Saturday, August 1, 2009

Testing 1..2..3..

Trying new gadget lala 8D


Cehh..kene gak upload gamba kat 3rd party website. Hmm.

Uninstall lah. HAHA XD

Oh. Malam ni mesti mau pegi Tesco beli meja komputer baru. Kasihan PC akak ku terbiar di atas lantai. Muahahahah ~

Monday, July 27, 2009

Rawak. Random. Lagi?

.....kegiatan tak bermoral ketika bertungkus-lumus memerah otak memikirkan coding untuk system. XD Best jugak mende alah ni.

Dah tak dapat tu nak la lepak kan minda jap main game BookWorm Adventure Deluxe. Aku tabik giler splash screen loading die yang berbunyi : "Playing games *loading* pretending to work."

Aku tersentap ok? XD Jahatnam punye game, ye lah aku sambung buat system.

Selamat berbuka puasa. :D Lagi satu hari. Uyeaaah!!!

Saturday, July 25, 2009

Stupefy !

Tak penah kot aku tengok citer yang same kat wayang sampai tiga kali...TRANSFORMERS 2 ADALAH REKOD PERTAMA AKU. Haha. First dengan gengster ropol2, pastu dengan Hannah-chi dan arini pegi dengan abang kakak aku pulak. Memang konpem tido aku mase scene lawan2 kat Egypt tuh XD Same cam mase tengok dengan Hannah ahahahah~ sori bang, ngantok sangat dah. Apape pon....Optimus Prime memang sangat hensem :D

Konon nak movie marathon la aku nih, tengok citer Harry Potter & The Half Blood Prince skali gus. Ok la citer die. Ok. Hmm entah la, acah2 sedih la part ending nyer. OMGWHUT sambung lagi? Sampai Daniel, Emma, Rupert dengan Tom jadik atuk nenek kot blakon felem nih gamaknyer. Nywahaha~ kaya ko J.K Rowling.


Frank Dillane oh sangat chumeel ~ mata mu sungguh chantek~ watakmu sungguh stylo ~ senyummu sungguh sly ~ wujudlah kau in the next HP movie pweaase !! XDDD Haha bengong.

Hmmm....berani kah aku nak menonton Final Destination 4 di pawagam? Citer2 cenggitu slalu berani tengok time kat Jengka je...geeh. Tapi hero die sangat kachak dowh. Mari jum tengok dengan saye nanti rakan2 ~ weweiiit!!!


P/S : Bajet tak nak shopping lah konon, skali beg Tropicana Life + barang laptop + sayor/buah + shampoo + CLEO + Clean & Clear ka ching ka ching $$$. Hambek ko!!

Friday, July 24, 2009

Penat tapi lemah lembut. WTH XD

Hari ni gilebabai punye penat. Banyak keje cam hareem @__@ Ahaa...propa je lebey tuh. Takde la banyak sangat, tapi aku banyak kene jalan merayau dari tingkat ke tingkat. Esok ade mesyuarat tah pekebenda so arini sume busy la wat preparation. VVVVVIP datang, maka bos2 kecik sume kabot sampai aku rase nak hangiiiiiiin jer -__-;; Dato' oh Dato'......ade beza ke kalo name awok dalam slide powerpoint tu kecik kuman ke gedabak bambam ke ape ke??? Cheist. Berpinar mata haku ngadap slides tu spanjang hari ni ~

Ok dah. Post kali ni bukan nak meraban memaki hamun dan sedara sepapat dengannya :D

Kejadian ni jadi last week, tapi tak menyempat plak aku nak kabo kat sini ehee~ cam bese aku dok ngadap laptop wat system yang cam sheetal amenderr laa aku tak dapat2 lagi coding die nih sampai skarang sheetttt!! *opps, termaki hamun pulak ini. Sori bebeh* Tengah boring2 memikir coding yang tak dapat tuh...aku pon susun la jap media player playlist aku baeek punyer camnih :



(maaple, cume 30 secs preview je. nak full pegi imeem lah.)


Aku pon syiok le layaaaan sambil kletak kletuk menaip. (bunyi menaip camtu ke aa? AH LANTAKKAN XD)..tetiba workmate aku pandang aku dengan muke pelik.

Aku : "Knape pandang kite camtu?" (peehh 'KITE' hokeyyy XDDD)
Workmate : "Haha..takdelah. Tak sangka plak Mai suke lagu2 camni."
Aku : "Ehh knape plak?"
Workmate : "Emm..Mai nampak cam lemah lembut je orangnye. Hahaha.."
Aku : "Oh ye ke...hahaha..."

Beliau buat aku tergelak XDD Adeii...saya memang lemah lembut pun kan? Eww menggedik ko!! Oh wells, ramai dah cakap camtu kat aku. It's okay lah. Ngeeee. J-Rock memang FAWSOME.

H1N1 dah merebak sampai ke UiTM. Take care kawan2. Yang dapat cuti tuh, jum jimba esok! XDDD

Saturday, July 11, 2009

ANDA CERIA, KAMI GEMBIRA. XD

Ya, saye sedar akan hal ini. Hahah~ baiklah. Nie haa aku update khas untuk pembace2 setia blog aku nih weweeeiit! DAN seperti yg anda sumer dah sedia maklom..skang aku tengah menjalani latihan praktikal start dari 6 Julai sampai 16 Oktober nanti. Sangat lama, aku tak suka. Isk3!! So di manakah lokasi praktikal gua?




KASTAM DIRAJA MALAYSIA SELANGOR, WESTPORT KLANG. Tepi laut, banyak kontena, kapal dagang (cam blaja Sejarah pulak rase) dan lori2 hantu di sepanjang jalan.



Department aku. Dan rase2nye aku stay kat dept. ni sampailaa abes praktikal. Slalunye sumer budak2 praktikal yang baru lapor diri mesti dok kat sini seblom dipindah ke dept. lain, tapi aku tak kot. Dah dapat satu projek kat sini, stay ajelah. Slain aku, ade 2 orang gadis praktikal lain dalam dept. ni dan beberapa lagi trainee yand dah tercampak merata dalam bangunan ni. NONE OF THEM MAJOR IN COMPUTER SCIENCE OH DAMN? Aku takde geng nak wat system T__T Lantaklah.


Caw. Latihan Korporat ni slalunye handle taklimat, kursus & event2 yang memerlukan seseorang itu menjadi usher, MC, urusetia blablajadahjadah. Nak diikutkan memang LANGSUNG takde kaitan dengan course aku. Tapi aku ditugaskan untuk meng-upgrade system pendaftaran kursus pegawai2....so at least ade la jugak kaitan. Yang bestnye, aku kadang2 kene gak jadi sebahagian urusetia everytime ade taklimat/event la. Minggu depan lagi satu aku dah kene jadi MC. SHET SHET SHET. Public speaking sangat menggerunkan. Takpe, diploma punye pasal. @_@


Setakat ni, hari2 yang aku dah lalui berupa :



1st DAY


SIRIYES AKU RASE NAK TIDO. Tapi takleh. First impression kepada penyelia sangat penting hokey XD Memang takde wat ape, dok melangot tengok makcik cleaner mop lantai, kakitangan2 beruniform jalan ke sana ke mari yadayada. Tetiba plak Chief Mat panggil aku and geng turun bawah rehearsal nak jadi usher untuk event "Perhimpunan Setia Kastam" esoknye. Sangat WTF. Cam klaka je plak nak jadi usher.


2nd DAY


Hari yang dimaksudkan. Aku tak sangke plak ni event besau, ingat taklimat bodo2 je. Ketua Pengarah Kastam Malaysia datang tu...siap dengan RTM skali. Tak pasal2 aku pun ikut berikrar dengan sume orang2 Kastam hahaha :P Salam dengan KP rase macam dapat salam dengan Perdana Menteri dah. Haha bengong XD




Yang bestnye Caw. Latihan Korporat adelah.....DAPAT MAKAN FREE SELALU. Oh ini adalah masalah besar kan G-ha? Habislah program diet-konon aku kehkehkehkeh ~ Jangan risau G-ha, aku makan ikan dengan sayur & buah tu je. Sumpah :D


Pakcik2 taksub berkaraoke. Release tension gamaknye.


3rd DAY


Aku kene jage menatang ni. HAHA TIPU. Aku kene picit2 slide untuk taklimat Dato' je. Haduiilaaa...satu bangunan Kastam tu takde aircond selain dewan serbaguna ni. Dok dalam bilik ni adelah satu nikmat yang tak terkata ~ haiya bile laa aircond nak elok dey?!!


4th DAY

Aku jadi gadis meja pendaftaran taklimat. T___T Takde cerita, bosan.


5th DAY



Kene jadi gadis meja pendaftaran lagi. RASE NAK TERJUN LAUT. HAHAHAHA. Petang plak isi goodies bags untuk meeting next week. Hmm...chantek gak beg die nih. Aku nak cilok satu la kang. HOHO.

Semalam gak aku dah bincang dgn bos & tuan penyelia aku yang sporting amat lagi kachak2 dan bergaya XDD pasal projek praktikal, so memang konpem aku stay dept. latihan & upgrade system die. Oh tidak, aku sudah lupe gune Microsoft Access. Wuwuwuuw~ good luck lah aku.

P/S : Kadang2 mama datang Westport. Dapatlah aku tengok mama keje. Baru aku tau, susah jugak keje mama ni. Kene handle kes and all....SANGAT RESPEK. TABIK SPRING TOING TOING PUNYE RESPEK.