Saturday, June 26, 2010

Saya menang motoooor ~




Terima kasih Kak Zira senior ku yang paling cool di atas penganugerahan glam ini. Yaww ! XD



Dan soalan-soalannya berbunyi :


1) Kenapa anda suka blogging ?

- sebab saya suka menaip sesuatu secara tiba-tiba. Hahaha !!! Sebenarnya dulu saya baca blog orang je, pastu tetiba cam rasa best pulak kan. Blog pertama saya berplatformkan blogdrive.com, tapi dah lama dah rest in peace. Kat sana dulu macam-macam saya letak; music player, gambar2 blablabla...tapi sekarang saya lebih prefer blog yang ringkas dan simple macam blog sekarang ni. Ceywah !


2) Adakah anda bahagia dengan kehidupan sekarang ?

- BAHAGIIIIAA SANGAT. Syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaNya ini. Fuh ~ !! *lagi2 baru balik dari hangout bersama family tersayang kan. Ahah!*


3) Apakah impian anda 5 tahun akan datang ?

- Oh. Anda boleh refer di sebelah kanan anda. Saya ada senaraikan tu. Hahaha ! *dasar pemalas kau nih kan!*. Tapi yang utama utama utama sekali impian ke-5 dan ke-6 tu. Weee ~


4) Siapakah orang yang anda mahu sentiasa berada di sisi anda ?

- Kalau boleh memang nak selalu lah bersama keluarga kaan ~ tapi dah kalau pergi belajar tu tak dapat lah gayah oii...*aku bukan anak manja lah ngeng!*. Kesimpulannya, saya mahu keluarga dan kawan-kawan tersayang sentiasa berada di sisi saya :)


5) Sila beri award ini kepada 5 orang yang anda suka (baca blognya yaa ayat ni aku tambah sendiri yaak taknak lah cheesy wedges begitu segan I XD) :

- Sari
- Suri
- A-za
- Sewhee
- Irwan
*saya nak bagi award ni kat Kak Zira jugak! Hahahha~*


6) Beri pendapat kamu tentang award ini

- Terima kasih. First award ni. HAHAHHHA !!! *tak menepati kriteria soalan betul! XD*

Tuesday, June 22, 2010

XTVT.

Bila aku flashback balik aktiviti2 harian aku masa cuti nih :

1) Bangun, gosok gigi, basuh muka, mandi bile rase nak mandi siang2.
2) Makan kalau rasa lapar dan tengok lauk best ke tak best. Kalau takde lauk dan rase lapar, masak lah.
3) Sapu + mop rumah sambil pasang radio kuat2. Kalau ade baju banyak nak basuh, mesin basuh on sekali.
4) Lipat baju kalau ada, sambil tengok tv / dvd. (dvd lah selalu, tv boring)
5) online, download, chatting, apape aktiviti cyber.
6) mandi, solat, etc etc

Kadang tuh ade aktiviti tambahan :

* melepak merayau kat shopping mall
* pergi bayar segala bil
* bagi makan kucing kalau abah balik lambat
* mandikan kucing kucing hyperaktif
* siram pokok bunga petang petang
* marah dua makhluk pelik yang panjat pagar rumah
* masak (cey, berlatih benar gua nih ahahaa!)

Kesimpulannya :

1) Lantai rumah aku berkilat shining kalah iklan. Okay bola hyper di situ~
2) Tiada longgokan baju baju tak berbasuh.
3) Dah khatam baper banyak dvd dah.
4) Banyak sangat file dalam HD tak ter-burn. Kejap lagi merah la kau.
5) Aku rasa macam surirumah yang handsome. HAHAHAH.

Tinggal kurang lagi dua minggu je nak buat aktiviti2 seumpama ini. Duhh....malas siot nak setup rumah sewa ~ perabot segala ape pun tak beli lagi. Cey perabot bagai ~ blah kau. XD

Aku nak mengamuk.

Macam mana laa aku tak racist gemar sangat dengan spesis makhluk ni. Malam-malam selalu menyemak melepak depan rumah aku buat bising. Abah sediakan tempat duduk kat taman depan umah aku ni untuk kitorang sekeluarga bersantai waktu petang, tapi kerusi-kerusi tu dah kena invade kaw-kaw dengan diorang bila malam menjelma.

Eh kau kalau buat bising je aku tak kisah sangat (oh tak. Aku kisah sangat sebenarnya), tapi kalau dah sampai mabuk mabuk minum arak pastu pecah pecahkan botol merata-rata kat kawasan depan rumah aku ni SIAPA YANG BLEH TAHAN BAI? Dah laa bukak lagu yang entah hape hape tu .... tekanan perasaan betul !

Sekarang ni diorang tengah "berpesta" depan rumah aku. AHHHH TERENCAT AKAL SEMUA TU. Geram betul aku ~

Dah baper kali aku mencarut carut nih. Aduh.

Friday, June 11, 2010

Cuba lagi sem depan. :D

Dah. Aku dah check result. Tahniah Mai. First time kau TAK cecah 3 pointer. Yey! I hetchu very de strong Mr. Math Logic. Thank goodness kita dah takkan berjumpa lagi sem depan. WE BROKE UP FOR GOOD !! :p Memang nasib aku laa...pointer mesti sipi-sipi je nak sampai target. Dulu CGPA diploma sipi-sipi nak dua bintang...kali ni sipi-sipi nak ke 3 pointer. Adoi saya ~ lantak kau. Asalkan tak perlu repeat, AKU PUAS HATI. Muahahah !!!

"Tu la ma...adik dah cakap awal-awal. Pekse aritu susah gila. Carry mark cukup-cukup makan je semua. Shah Alam tak best la nak wat tempat blaja. Ma antar adik stadi kat Jengka yeh?"

Boleh la teks ucapan aku camni ? XD Rileks ah. Mama takkan marah punya, tapi aku dah dapat agak la ayat pertama yang akan keluar dari mama : "Hek eleh ~". Bersedia lah aku dengan senyuman kambing paling lahabau nak bagitau result bila mama balik keje jap lagi.

*menari disko menari disko*

SIAP KAU SEM 4. AKU NAK BALAS DENDAM !!!!!

P/S : Wangi giler bau shampoo Herbal Essence baru ni. I liiiiiike !!! *pintal pintal rambut cam bangang*

Wednesday, June 9, 2010

Kisah dua makhluk.

Ada dua orang makhluk. Tak tau berasal dari mana. Selalu merayau-rayau berlegar-legar sekitar kawasan perumahan saya. Pada suatu hari, saya nampak mereka bermain-main berdekatan dengan ayah saya yang pada waktu itu sedang memberi makanan kepada burung. Saya biarkan saja.

Hari-hari mereka bermain sekitar rumah saya pada waktu petang. Satu hari, saya sedang menonton TV. Tiba-tiba terdengar suara anak kecil memanggil kucing saya. Sungguh dekat suara itu. Saya memandang ke luar. Terlihat dua orang manusia itu sudah memasuki halaman rumah saya. Eh, tanpa memberi salam pun mereka itu. Saya biarkan saja.

Beberapa hari lepas itu, mereka sudah berani memasuki rumah saya tanpa rasa takut dan bersalah. Oleh kerana pagar selalu tidak berkunci, maka mereka masuk sesuka hati tanpa memberi salam. Mereka seperti buat rumah ini rumah mereka pula. Selalu masuk ke dapur semasa ayah sibuk menyiapkan makanan untuk kucing-kucing. Walaupun ayah pernah menegur mereka supaya jangan masuk dan mengganggu, nampaknya mereka tak faham. Mungkin perlu berbahasa tagalog dengan mereka kot. Bila si kecil itu nampak saya yang sedang duduk di ruang tamu, dia sekadar memandang dan terus blah. Saya biarkan saja.

Petang semalam, pagar saya berkunci. Seperti biasa pada waktu petang mereka bertandang ke rumah saya. Melihatkan pagar berkunci, si kecil mula menjerit menyuruh ayah saya membuka pintu. Bila ayah saya buat taktau, si kecil menjerit tidak puas hati. Akhirnya si kakak MULA MEMANJAT PAGAR RUMAH SAYA. Si adik pun sama.



Tengoklah. Sungguh berani dan tak ada rasa bersalah langsung menceroboh kawasan kediaman saya ni kan? Ayah sudah tak larat mahu menegur mereka. Saya pula...... "heyy memang aku nak maki je bebudak ni semalam wehhh!!!" tapi tak macho la marah budak depan ayah saya. Saya biarkan saja.

Bukannya apa, saya tak kisah mereka nak bermain-main sekitar rumah saya. Tapi mereka ni harus lah tau nak hormat orang lain. Mungkin mereka masih muda dan mentah, tapi kecik2 macam ni la mesti belajar hormat kepada orang. Bukan sesuka hati "pecah masuk" rumah orang lain, mengganggu ketenteraman orang malah MENGEJAR KUCING-KUCING SAYA !!! Argghh. Saya harus memaki menegur mereka satu hari nanti. Kalau tak berubah jugak, SIAP KORANG AKU JUMPA MAK AYAH KORANG ! MUAHAHAHAHA ~


Tak ajar "biadab"? WAKAKAKKAK. Gelak guling guling lah saya. Apa punyer subtitle lah siapa yang buat ni?!!! XD

P/S : GACKT hensem gila siot dalam felem MOON CHILD nih !! Woot woot 8D

Friday, June 4, 2010

Beeba Oren :(

Aku tengah syok tengok movie, tetiba;



"kring kring! " (pehh, tradisional betul bunyik telefon)



"Hello"

"Hello. Ni rumah Encik Musni ke?"

"Ye"

"Tadi ada berlaku satu accident depan pejabat pos blabla..." (***)

-senyap sunyi seketika sampai rasa jantung nak gugur serta perasaan terkejut dan takut-

"Kereta saya kemek sikit ni jadi saya ingat nak settle je la terus blahblablah.."

"Kejap, ayah saya tak apape? "

"Oh tak tak takde pape. Just kereta je calar. (dan blablabla lagi)"



SENTAP DOWH. Aku paling takut dan benci kalau dapat panggilan telefon ala-ala drama Melayu macam ni. @__@

So kisah nya, abah terbabit dalam insiden perlanggaran kecil antara Beeba Oren dengan Pesona Krim beberapa jam yang lalu. Katanye tengah gostan pastu tak sedar pulak kereta sebelah pun gostan same so bedebaboom terjadilah perlanggaran momentum sederhana. Dalam kes ni, kira abah la mengaku salah. Minah Pesona tadi datang rumah aku dengan mak dia pastu settle settle mintak maaf masing-masing salam salaman habis cerita. (Minah Pesona dengan mak dia salam aku la takkan salam abah pulak aiyoh!)





Aku rasa corak cat yang tertanggal tu cantik gila. Macam Photoshop brush pula. MUAHAHAHA. Cacat dah kau wahai Beeba Oren kesayangan gua. Heh. Patutlah sejak menjak ni mata kiri aku asik berdenyut-denyut. Benda ni nak terjadi rupanya. Heh heh khurafat khurafat ! XD

P/S : Skrip yang (***) tu macam skema kan. Minah Pesona tu cikgu part-time kot, layak la ayat camtu. HAHAHA :P

Thursday, June 3, 2010

Hey Ladies !


Pengenalan koc wanita ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. - KTMB

So kepada korang yang selalu naek KTM Komuter, tak pun yang pernah naek sekali dua (alahai takkan tak pernah kot?!), mungkin korang dah tau yang KTMB dah wujudkan satu gerabak khas untuk WANITA SAHAJA. Aku dapat tau pun dari fesbuk kawan aku yang time tu dia first time naek coach tuh. Aku pun macam "Heh? Ladies Coach?" *sambil konon-konon wat mata bersinar ala katun gitu*.

Nak dijadikan cerita, last last week aku pegi berjeemba ke KL dengan kakak aku. Ok kitorang takkan bawak kereta pegi KL sebab silap haribulan nasib malang tak jumpa jalan balik rumah. Ah ade signboard ke takde signboard ke kalau dah nak sesat tu sesat lah jugak. Lagipon omaigosh traffic jam macam ayam kannn...so kitorang slalu pegi naek KTM.

Aku dah lama koooot tak naek menatang ni, sejak dah tak payah ulang alik ke Jengka. Heheh. Bila naek dari stesen Klang tu, dari jauh aku dah nampak gerabak yang ade sticker kaler pink tulis "Ladies Coach at ALL TIME". Eh kenapa aku rasa ayat tu macam kelakar? Aku naek coach tuh, saje je. Dalam tu SEMUA wanita. Ceh, tak best nak cuci mata.

Dah petang petang tu masa sampai kat KL Sentral, tetiba kitorang rasa HARUS pegi ke Midvalley. Kalo yang slalu naek KTM, korang mesti tau tren ke laluan Seremban tu JARANG SEKALI atau kata kasar nye TAK PERNAH LANGSUNG kosong. Aku baru je turun escalator, dah nampak selaut manusia berdiri sampai hujung escalator pun ada. RAMAI GILA BAI. Tak sanggup mak ~ tapi ia tak patahkan semangat kami. Tunggu punya tunggu, tren pun sampai. Lumrah KTM...orang ade master ke SRP je ke kalau dah berebut memang macam orang bodoh. Macam kata kawan aku;

"Malaysian people don't queue !"

Semua berebut-rebut masuk, dah tak peduli ape dah. Kesian jugak orang yang dari dalam tren nak keluar tu kena asak masuk semula. Mana laa takde insiden jerit maki hamun semua.... benda yang paling kelakar sekali, Ladies Coach tuh dah bercampur laki pompuan. Apekah Koc Wanita begini?

So tell me forum, do you even think Ladies Coach is practical ? Kalau dah macam tu gaya, takde maknenye la Koc Wanita Sepanjang Masa tu. Hahahaha *sinis*

P/S : Sesapa yang bukak blog ni guna Firefox, font blog ni tak sakitkan mata korang ke? Aku sarankan korang guna browser lain, IE ke Opera ke tak pun Google Chrome. Sakit hati aku je bila bace kat browser Firefox. Ehehe !