Wednesday, August 12, 2009

Makasih, ya.


Kak Aishah kasik hadiah bantal tu semalam. Eheemm ~ TERIMA KASIH BANYAK KAK ECAH, SAYA MEMANG SUKAAAA 8DD Tak payah susah2 nak bawak bantal dari rumah. Heehee~ lepas ni aku boley tido dengan hebatnye time break.

Btw, semalam aku dengan tidak semena-menanya kene join meeting kat Aras 8. Buat minit mesyuarat. APELAH. Dan mama pun berada dalam bilik mesyuarat yang sama. HAHA *.* Aku segan. Inilah pekerjaan sampingan anak mu wahai mama ~ kerja-kerja kerani + technician (sebab aku pasang projector skali) yang tidak bergaji ini. Takpe....I buat keje penuh keikhlasan.. eceehh!! *dush sekali* Walopun takde gaji ke elaun ke hape, aku totap mendapat balasan baik mereka.

Seperti :

1) Tn. Alias & Tn. Yahya blanje Secret Recipe sebab tolong buat slide untuk meeting penting antara Dato' dan Menteri2.
2) Kak Aishah bagi bantal chumel di atas sebab tolong die faks, fotostat, cop & buat edaran surat ke department lain.
3) Abg. Apai blanje KFC sebab die bjaye dpt loan bank *hahaha tak tergolong* (tapi aku banyak gak wat keje2 PAR + technician die sbb asik lesap ke mana2 saje mamat ini)
4) Bos2 aku suke blanje kami semua. Yeah! *save budget aku*

Aku tak kisah buat sume tu...asalkan system development aku yang baru ni tak terganggu. So far blum terganggu lagi lah. *Amende ko baru nak start wat betul2 arini ceh!* Ye laa...aku baru siap kumpul maklumat la ngeng. =__= Ok stop the monolog dalaman thing.

.....dan aku mengambil keputusan untuk menggunakan php + xml (gile ko blaja xml sendri beb!) LAYAAAAN & SENTAAALLL AJA ~

P/S : Dah tuka layout. Tak cantik ke? ADA AKU KESAH?! x)

0 comments: