Tatkala tiba di J2-06, aku semakin tenang. Ketenangan itu berlanjutan sehingga lah kertas ujian disebarkan kepada peserta. Aku meneliti satu-persatu soalan yang tertera di
"Mengapa? Mengapa daku seolah-olah tidak mempunyai ilmu yang sepatutnya untuk menjawab soalan-soalan ini???"
Aku menjadi semakin bingung. Ku intai jam tanganku yang mengingatkanku bahawa masa tamat semakin menerpa. Tidak semena-mena, seorang jejaka berbaju melayu putih bangun dan menghantar kertas jawapannya kepada profesor. Aku menjadi semakin tidak tentu arah. Pensel yg ku gunakan seakan-akan tidak mencecah kertas lagi. Jari-jemariku menggigil. Tulang belakangku bagaikan retak, lumpuh dan aku menjadi tidak bermaya.
Seorang demi seorang rakan seperjuanganku meninggalkan gelanggang. Tatkala itu jualah aku pasrah dengan nasibku pada waktu itu. Aku menyerah kalah dan menghantar kertas jawapanku dengan hati yang cukup berat. Dalam fikiranku berbagai-bagai kemungkinan negatif muncul.
"Aku pasti gagal ujian kali ini."
"Aku pasti mendapat markah yang paling rendah dan teruk."
QMT161, maafkan aku. Aku akan bekerja keras untuk menawan hatimu kelak."
Okey, aku nak jadi pnulis novel pasni. Hahao. Tidaaak ~ hari ni amat sedey T________T Dah. Aku nak wat System skang. Tamau ingat pasal test td lagi!!!!!
P/S : siriyes. aku dah lame x tulis karangan bm @_@ tak sangka susah gak nak mengarang panjang2 ni wooooo~ hehe. dipersilakan untuk menggelakkan diri membaca kisah di atas.

0 comments:
Post a Comment