Aku : "Weh jap weh aku nak tengok mende sat" *sambil membaca blog netfren*
Rakan : "Blog. Hmmph. Ko mmg suke bende ni...aku tak suka blog. Aku tak suka orang tau pasal aku."
Aku : *terus membaca dan tersenyum*
Insiden yang berlaku beberapa minggu lepas.
Hmm...mungkin korang tertanya2 pekejadah laa manusia2 yg suke blogging ni ~ "naik tak paham aku!" -- salah satu expresi yang aku boleh taakul kan xD Pada aku la..blog ni satu aplikasi web 2.0 (ceywaa mentang2 la mentang spesel topik wat mende ni) yang seronok..sangat. Kenapa?
Aku seorang yang tak pandai mengekspresikan pendapat aku secara lisan. FAIL. SANGAT FAIL. Boleh dikata macam seorang yg reserved kot? Apape yang aku tulis sejak Form 4 sume berdasarkan pengalaman, kisah2 dan pendapat aku pasal seswatu. Kisah tempat keje, kisah kucing2 sayangness aku, kisah aku dan kemarahan, kisah macam2 lagi lah.
"Kenapa ko tak tulis diari je?"
Apalah. Diari tu sumthing yg ditulis dalam buku bunga2 berkunci..paling2 koman pon buku tulis skolah. Dan pastinya diari itu disimpan disorok kat tempat2 yg orang xkan jumpe sebab korang tak nak orang lain baca. Blog lain. Blog dicipta untuk seorang individu itu membebel dan merapu untuk dikongsi bersama rakan2 mahupun kenalan handai (wah pandai2 aku owter ayat). Lagi best kalo dapat feedback yg masyuk. Aku pernah wat satu blogpost pasal "Mom's my dearest" [aku tak dapat carik dah link tu, dayum.] dan aku dpt satu anonymous feedback mengatakan bahawa beliau sgt terharu dan berterima kasih kat aku sebab tulis pasal tu. Ntah2 die baru gado dgn mak die ke pastu terpikir nak derhaka kat mak die tapi tak jadi sebab terbaca post tu. Tengok? Kan best begitu.
"Nanti banyak orang tau pasal life aku. TAK MAHU."
Lah. Tak payah la kau cerita sumer pasal diri kau kat blog. Orang tak mau tau saiz kasut kau mahupun bantal busuk yg kau pelihara sejak kecik lagi. (eh tapi kalau nak post up gambar bantal bacen tu pun mcm menarik jugak XD). Tujuan aku wat blog ni dulu pon saje suka2. Tak tipu laa post2 terawal aku agak budak2 dan sangat cacat. Bace balik memang klaka. Tapi at least keseronokan membaca semula tu ade. Flavor of life, kata Utada Hikaru. Hahaha.
"Alah, blog ni banyak auta je."
Mungkin. Tapi bagi aku blog ni reflects the true me. Macam aku cakap awal2 tadi, aku tak pandai nak kongsi pendapat2 aku secara public speaking (hilang ayat. Maaf.) Aku tak kisah kalo orang pikir aku dalam blog berbeza dengan aku in real life. Sebab aku rase kat mane2 pun aku adelah Maisarah Musni. Mungkin aku kadang2 macam seorang yg bising, kadang2 aku boleh jadi pendiam. Tengok keadaan la kot...
"Bace blog orang lain..eee jage tepi kain orang betol."
Isyh isyh isyh....pedas cili padi api betul kata2 itu. Aku bace blog orang bukan pasal aku nak tau everything pasal life dia. Aku suka baca pendapat orang jugak. Sometimes you can motivate yourself just by reading others' thoughts and opinions. So tak relevan la stetmen "jaga tepi kain" tuh.
Tetiba malam ni aku jadi skema batu dan merojak bahasa. Penangan system kot. Hahahahaa~
P/S : Aku wat tutorial mencipta blog ke ape ke? o.O
Friday/Saturday Torrents
9 years ago

0 comments:
Post a Comment