...dan hari ini kami pergi berjeemba bersama-sama 8DD

1) Times Square
- Aku berhajat nak beli beg baru. Yang lama dah...lama. Jalan-jalan dari tingkat atas sampai bawah. Jumpe satu kedai. Ade beg yg berkenan. Mintak murah sket harga. "Tak boleh la kak..". Pffftt. Jalan lagi. Jumpe kedai same branch tak same. Mintak murah lagi. "Ok lah." YAHOOO~ dapat beg baru. Mereka berdua pula? Beli blaus & aksesori wanita. Mereka kata beg baru aku semangat nak pegi praktikal. Hampeh anda semua. Tengahari makan kt McD. Duduk satu jam. Sambil makan sambil bincang aktiviti BBQ next week sambil contact2 member. Ain makan 2 set McChicken. Kau berselera NAGA. XD
2) Sg. Wang
- Ain cari kasut. "Sakit dowh kaki aku tak tahan dah!". G-ha usha2 blaus lagi. Terserempak dgn kawan sekolah Li Cheng & Oi Wey. BERAMAH MESRA. Jalan-jalan lagi. Ain terpikat dengan satu beg raga. BELI. G-ha terpesona dengan "the art of sanggul-menyanggul". BELI.
Jalan-jalan lagi. Masuk kedai NOSE. Aku sakit kaki. Ain pilih kasut. G-ha sekadar membelek2 beg.
"Lawa dowl. Beli ahk!" *setan*
"Kang kene bising....."
"Pembelian sukses."
"Syabbas bettey ~" *setan nak mampos*
"Mane Ain?"
"..........tu kat cashier."
OH DIA DAPAT KASUT!
3) Pavillion
- On the way terserempak Eric junior sekolah dulu. Meroyan sesama sendiri lepas selisih dengan Eric. "WUAAH DIA MASIH KACHAK MACAM DULU!!". Ain nak jumpe member. Tak jumpe. Tak tau nak watpe. Jalan-jalan sambil bangkitkan isu-isu semasa :P. Penat. Lepak kat tepi tingkap.
Bergelak ketawa. Series of photo-snapping. Jalan keluar. Ngade2 lalu dalam Lot10 nak pegi Stesen Monorail BB. Sesak. Tapi dapat duduk, YEAH.
4) KL Sentral
- Sesak terlampau. Miss satu train. Train ke-2, mereka berdua sempat naik. Aku tertinggal. Orang putih punya pasal. Chilake kau! Naik train ke-3. Takde perasaan murah hati. Hentam masuk tren. Telah memisahkan pegangan tangan pasangan suami & isteri ATAU pakwe & makwe (entah tak peduli). Tapi mintak sorry sangat. Haha. Mereka tunggu di Klang. Aku sampai. "MAI PANDANG KAMERA!". Mereka snap gamba orang yang ketinggalan tren. Cis !! Sesi peluk-memeluk. Dan peringatan untuk majlis kenduri kawen member esok. Aha..maaf tak dapat pergi. Urusan keluarga ~ teeettt!!
Aku rindu buat perkara yang oh-so-high-school macam ni. =)
P/S : Aku bukan seorang shop-a-holic. PERCAYALAH. XD


3 comments:
enjoy nmpak qaqaq...
nk ikut.....wargh.....xde membr nk merayp....
jap2..tertingal nk comment..
xfair..ko da g pavilion.........
argh.........
yehehe...
sowie qaqaq i da TERpegi dulu :P
nnt2 kite gi sesame ye~
kite jalan smpai patah kaki mau?
ekekekeke!
Post a Comment