Sunday, August 8, 2010

Dear diary,

Semalam pegi teman si Suri ke Lowyat sebab beliau nak upgrade RAM. Sampai sana aku rasa macam banyak je benda nak beli, tapi lupa amende. Standard lah tu kan. So aku just spend duit untuk makan je kat Lowyat. Apekah! Dah balik baru teringat pasal bateri Ivory Dell Murasaki aku yang dah nazak nak mampus ni. Adoilaaaaa ~ next time I carik ok bebeh! Tapi kan tapi kan.....aku rambang mata dowh tengok laptop berbagai rupa kat sana. Rasa nak borong semua buat koleksi. Hahahah berangan je la hamba.

Masa nak naik monorail kat BB, si Suri buat hal pulak. Dengan selamba derk dia tarik tangan suami orang sebab die ingat tu tangan aku. Bila rasa tangan tu kurus baru kau sedar nak lepaskan kan? HAHAHAHA yennadey ~ !! XD Aku tergelak macam hilang pedoman jugak lah kejap dalam monorail tuh sampai terlanggar mamat omputeh yang mempunyai rakan yang sangat handsoooooome yes mata keranjang sikit di sini XD. Walopun aku yang terlanggar dia, tapi dia yang say sorry kat aku. Ohh you is macho sir! :p Dah dah mula la tu nak rosakkan bahasa. Ceh.

Sampai KL Sentral kitorang nak naek bas rapid U80 balik Shalam. Tapi aku tak nampak pon bas berenti kat tempat biasa aku amik dulu. So pegi laa tanye orang2 berdekatan nak amik bas katner. Boleh aku tak perasan jalan yang dulu nyer 2 ways skang dah jadi one way! Patut pun takde bas berenti kat situ. Dah tu pegi la melintas ke seberang jalan tunggu bas. Nak dekat setengah jam gak mengkematukan bonbon ~ bila nampak bas U80 sampai, hati kami berbunga-bunga. Konfiden jer naek bas sambil hulur duit kat driver bas tu...

"Mau pigi mana?"
"Seksyen 2 Shah Alam."
"U kene pegi Esso sana tunggu bas pegi Shah Alam. Ini bas pegi KL saja."

Aku sumpah seranah dalam hati. Sia-sia I tunggu you kat situ! Maka terkedek-kedek lah kami ke Esso ~ baru nampak macam ramai student tunggu bas kat sana. Cisdell! Aku punye lah kejar masa nak sampai Shalam seblom pukul 9 sebab janji dengan Rina nak jumpa kat i-City. Alhamdulillah la jugak sampai Shalam before 9....tapi Rina tak jadi datang. Sediiiiiiiiiiih ~ isk isk. Ingat nak jumpa kat Pyramid siang tadi, tapi tak jadi gak. Hmm takpelaa, I amek gambar photoshoot kita tuh lain kali je eh. I love Pisang Crew. :p

Petang tadi pulak dapat invitation kehormat dari Sari untuk berjeemba dan meronggengkan diri masing-masing. I LOOIKE THIS ACTIVITY. HAHAHAH. Nasib baek kan aku tak balik rumah, mudah la Sari datang ke Shalam berjumpa Seri dan Suri. Hekhek! Lepak kat Pak Li berjam-jam dengan aktiviti Gengster Ropol-ropol seperti biasa ~ TAPI LOKASI BARU NYAAAH !!!!

So sekarang ni aku ada banyak assignment tak siap lagi. Macam serabut dodol !! Takpe. Kita tidor dulu ! XD


P/S : Aku rasa laa.....AKU DAH ADA HABIT SUKA CUBIT ORANG. Auww manja di situ kan? HAHAHAHA. Thanks makhluk2 liar yang buat aku sedar akan perihal ini petang tadi. XD Korang gilo. :P

0 comments: