Monday, May 18, 2009

Su-ki-da.

Malam tadi aku chat dengan member skolah aku. Dah lame tak jumpe. Salah satu topik yang kitorang chat pasal life dia kat Jepun. Then the conversation got to this :


Babun tergelak aku bace stetmen die. But then it strikes me. Aku terpikir balik macam mane aku bole jadi "hantu Jepun" seperti hari ini.

Bermulanya kisah "dasar penjepunan" aku ni rase-rasenye mase tahun 1999/2000. Waktu tu abang 2nd aku dah start dengar lagu2 Jepun dengan berleluasanya. Aku tak leh masuk lagi dengan lagu2 kumpulan SPEED yang saban hari dipasang kat CD player die tuh. Dan minat aku terhadap boybands cam Backstreet Boys, *N Sync, Westlife blahblah tu masih menebal. Satu hari tu aku tertangkap syok plak dengan lagu SPEED bertajuk White Love. Aku dengar hari2 sampai lirik die pun aku hafal, regardless la tah mender2 aku mencarut sbenanye, asal ade bunyik nak dekat2 tu udah XD



Mak aih.....nostalgik giler bile tgk balik vid klip nih!! Nywahahah~minah2 ni dah jadi mak budak dah lol

Aku rase Metrovision la stesen TV pertama yang tayang drama Jepun. (entah korang tau ke tak kewujudan Metrovision ni hohoho~). Tahun 2001, TV3 ade tayang citer Beach Boys. Tue lah drama Jepun pertama dalam hidup aku..(aku tak minat Takuya Kimura so aku tak tengok citer yg paling2 first TV3 main, CONCERTO). Pastu pulak bile abeh je drama, diorang pasang PV (promotional video a.k.a video klip) lagu2 Jepun. Start dari situ laa aku terdedah dengan hiburan Jepun...


Naik Form 2 plak, aku start dengar lagu2 Cina gak. Aku tak tau camner bley terjadi perkara ini O_O Maybe sebab aku slalu dengar stesen radio 98.8FM setiap hari Ahad yg mane ade satu program dipanggil "Ichiban Chart" .. kire macam carta lagu2 hit Jepun la. Kadang2 diorang selit gak lagu2 Cina...tue pasal la aku pernah menggilai artis2 seperti Jay Chou, Energy, Tension dan sewaktu dengannye. Huhu gilo ~ zaman skolah dulu bley kate langsung dah aku tak dengar lagu omputeh, apetah lagi lagu Melayu :P Ade pun satu dua je..Linkin Park (suka sampai skarang. LP rocks!!!)

Mak aku bising, asik masuk bilik aku je dengar lagu Jepun, Cina, Jepun lagi, lagi-lagi Cina. Hahah~ wat tak tau sudey. Lama-lama mak aku pun dah malas nak bising. Kat skolah plak, aku slalu je usha2 budak lelaki Cina yang ensem2. Kawan2 aku dah lali dengan taste aku XD Agak bodoh di situ, aku tau. Ala..zaman muda2 dulu tu, takde hal lah.

Skang ni aku dah tak layan lagu2 Cine dah. But still stick with J-entertainment. Aku tak tau laa...tapi aku memang minat Jepun. Walopun demam Korea dah semakin menular, aku tak berapa nak kene kot. Drama Korea sangatlah panjang episodnye, bahasa die plak belit2. I dun like !! Cume ade satu boyband Korea je aku layan..tu pun sebab aku first dengar lagu diorang in English. Terima kasih kat Fyza sebab slalu bukak radio Fly.FM mase kat Jengka dulu... aku kembali mendengar lagu2 omputeh wahaha!!!

So, nak salahkan siapa atas penjepunan yang berlaku ke atas diriku ini?? Abang aku? Metrovision? TV3?? Haha. Sume orang ade minat diorang tersendiri...tak payah nak kritik & kutuk minat diorang. Duduk diam2 sudah. :D

Sunday, May 17, 2009

Terbaru dari saya. XD

Serius.

Aku memang nak delete blog ni minggu lepas. Jap...aku memang dah delete pon blog ni. Sebab aku rase cam malas nak manage blogspot lagi. Pastu plak habitat (habit...) aku memang nak clear kan segala sisa saki-baki cebis-cebus coretan yang lame-lame tuh...aku pon dah delete blogdrive, bebo ngan livejournal. LJ account still ade....penting ohh nak wat donlod drama & mp3 tuh!! XDD;;

Kenapa plak aku nak delete blog ni?

Kalo itu yang disoal..aku pon takleh jawab. Entah. Die cam...spur of moment punye tindakan. Aku tak menyesal pun delete blog ni last week.

Tapi malam tadi dua orang approach aku in YM tanye mane blog aku menghilang. Dan mereka jugak bersungguh-sungguh suruh aku idopkan balik blog.

Sebab aku sayang kawan2 aku yang kate diorang pembaca setia blog aku (btol? Korang tipu aku delete btol blog ni!! HAHAHA) , aku activate balik blog aku. Ohoo layout pon dan tuka!! Yang paling penting.....URL BLOG PON DAH TUKA. Korang, update la link blog aku yea....kalo nak link ke blog aku la. Kalo tak nak takpe =D

Nak dekat 5 pagi dah. Tunggu Subuh terus la. Wooots~

P/S : Jangan bising pasal layout aku yang kegadisan maksimas ni. I warning sama you aaa~ :P

Thursday, April 30, 2009

Sehari menjadi pensyarah?

Dua ari lepas En. Fizal jemput group Spesel Topik aku datang presentation Web 2.0 yg tarikh kejadiannye ari ni. Nice tamborine laa kitorang takde paper. So pagi ni aku & the geng datang la menyempal (ayat ko Ese, aku suke.) kat Bilik Staf yang baru aku tau die dok dekat2 ko-op Blok Pensyarah yg selama ni asik ade je aktiviti makan2 tuh xD Dah name pon Bilik Staf, segan laa kitorang nak masuk...sume dalam tu cuma lecturer je. Oleh sebab keseganan kitorang lepak la luar sampai En. Fizal panggil masuk (dan kitorang pon jadik kelam kabot sbb waktu tu tgh hot bergosip wahaha~).

Peh. Kami ditatap dengan penuh kepelikan dan tande tanye dari lecturers yang lain. Naseb la lecturer2 CS je pon... aku lupe lagi name event ni. Kolokium jadah2 mende tah. Tapi ade 5 lecturers yang bentang paperwork diorang : En. K.N, En. Fizal, En. Mat Saleh, Pn. Ina & Pn. (x ingat. aiyak!). MC event ni cakap kitorang student praktikal =.=; Nice approach! Menarik gak laa presentation lecturer2 ni. Time En. Fizal nyer turn, kitorang jadi excited + gabra plak. Aku dah dok pikir kang kalo kene soal kang mampuih ar~ aku dah le tak ingat sangat dah topik ni. En. Fizal introduce kitorang sebagai penulis bersama kertas kerja die. Wow~ tak bley bla segan berbaur bangganye. Time sesi Q&A, En. Afendi ade soal pasal RSS Feed. Boleh plak En. Fizal pass soklan tu kat kitorang.

AKU DAH AGAK DAH.

Terkedu gak laa dibuatnye. Masing2 dah sengih kerang baeek punyo. Tapi naseb baek aku ingat ape bende alah nye RSS Feed tu. Aku jawab soklan tu.....bangkrek punye ketaq kepala lutut aku tak hengaaaaaat~~~!!!! *A* Rase macam tengah present Sistem praktikal plak. Doink.

Overall event Kolokium ni not bad la. Aku suke paperwork Pn. Ina pasal "Interactive White Board". Kachak gile teknologi ni. Aku baru tau. Aii...buta IT tol aku ni. Terima kasih banyak2 kat En. Fizal sebab include kitorang dalam kertas kerja ni. Rase tak sia2 wat Spesel Topik nih bersengkang mata 48 jam straight ~

Paper Calculus II semalam, aku rase nak nanges lepas antar paper. Sebab terharu aku bley jawab semua. Alahai poyonye aku. Shadap dah. Harap2 aku lulus kali ni. Oooh maths nyah kau dari hidupkuuu~uuuu!!!! Statistikus plak wat hal. Adeh laaaa~ aku nak praktikal sem depan!

Macam final dah abes je kan aku & geng gi poya2 kat Temerloh petang tadi. HAHA SYOK BAGAN LA WEIII GIE BERJOLA JOLI ~ XDDDD

Tuesday, April 28, 2009

Stadi lah woi.

You Are a Visual Learner
You tend to remember what you see, and you have a good eye for aesthetics.
You excel at art, design, and computer programming.
You would be an excellent film director - or the next Bill Gates!


COMPUTER PROGRAMMING? Pon laa aku tak belek buku Paradigm lagi nih. Sorry sir, sumpah saya akan bukak buku Paradigm lepas Calculus II nanti.

CALCULUS II. Perjuangan aku masih blom selesai. HARI RABU NI, BRING IT ON!!! (acah2 dah ready, padehal btol!!). Tapi aku agak rileks sem ni kalo nak banding sem lepas. Oh. Sem lepas adelah satu kesilapan. Nehi nehi~ (merapu kepunden dah. Shadap Mai.)

Lepas Calaucululuss tinggal System & Paradigm. GOODLUCK LAH AKU. Nak pegi berjeemba kan? YEARGHH SURE. XDD

Monday, April 13, 2009

JIYUU ~

Yes. Akhirnye aku berjaya melalui hari2 sibukku yg melampau tuh. Tengah berseronok kat umah lepas balik dari kampung smalam. Damn seronok. Teramat. Aku malas je rase nak balik Jengka Rabu nih. Tiket bas pon tak beli. Gara2 si pondan jual tiket pegi lunch mase aku baru turun bas. Trimas "kak", anda memberi saya pilihan yg bagus untuk blah sahaja dari stesen itu XD

Alhamdulillah System presentation & test dah lepas. 
Alhamdulillah aku pass Statistic & Calculus test 2.
Alhamdulillah Calculus test 3 selesai...walopun puan kate kami akan fail test tuh. 
Alhamdulillah lepas ni leh fokus kat finals aje. 

Kate lah aku gelojoh ke ape ke..tapi aku dah planning aktiviti cuti sem aku baeeek punyo 8DDD First thing...KARAOKE JEPON DGN HANNAH-CHI KAT PAVILLION !!! Dah lame tak jumpe my netfrens ni. Aku nak gi Comic Fiesta dengan Najwa. Aku nak tengok Guki cosplay. Aku nak jumpe Vinca/Rinka/Arwen/Mitsuo/Ace for once. AKU NAK HANGOUT WITH MY DEAR PISANG CREW ;___;

..dan aku suke tag & survey :P

1. apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?
- xX_tainted.||.w0rld.||.Of.||.MINE =) (nyesal aku gune sticky caps). Mase publish blog ni aku tgh dengar lagu D'espairs Ray tajuk Tainted World, dan berpendapat bahawa tajuk ni seswai dgn jiwe agak ke-emo-an aku waktu tu XDDD 

2. apakah link blog anda dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
-http://taintedworld.blogspot.com ; penerangan di atas. Sila baca semula heehee.

3. apakah method dalam penulisan anda?
-  thoughts. raves & rants.

4. pernah terasa nak hapuskan blog anda?
- penah gak...pasal blog ni agak tak terurus utk setahun. Tapi tak jadi nak delete sebab best le plak kan conteng2 sini kadang2 x)

5. apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
- (2 org tag aku nih). Yg first tu, blog die penuh kata2. Memang suke menaip kot die ni LOL Pastu yg lg sorang tu, lagiiii banyak kata2, plus gambar2. Sungguh rajin, syabas.

6. senaraikan calon yang akan di tag?
- tiada. yeay.