By the waaaay, result dah keluar. Hahaha FYP exam bagai tak cerita terus keluar pasal result exam. Agak tidak menarik la kronologi nye di situ. Malas nak cerita panjang, malam sebelum result keluar aku bantai main UNO bersama2 housemate tersayang. Ni je la aktiviti lazim waktu malam time kursus HP ni. Kat Fesbuk masing2 dah hapdet status ngeri, aku plak syok citer pasal UNO.
Detik 12 malam, UNO dah dicampak ke tepi. Masing2 dah tercongok depan laptop sendirian berhad dok refresh2 email. Sumpah seranah kerap kedengaran tatkala result tak muncul2 kat email. Haiiiz.
Pi masuk toilet jap.
Tetiba aku dengar Sewhee menjerit kata result dia dah sampai. Demmm. Keluar toilet cepat2 refresh email sendiri. TAKDEEEEE POOON.
Pastu sorang demi sorang penghuni rumah sewa menjerit melolong bila dapat result diorang. Walhal aku dok merefresh cam orang gila. AMENDER NII TAKDEEEE. Nanges la ini macam hey.
Pastu tetiba Anis cakap, "Ke ko tukar email Mai? Cuba cek email lain."
"Takdeee. Slalu memang dia antar email ni. Haishh. Eh kejap."
Tetiba teringat email isiswa yang aku register dulu. Try jap ah tengok mana tau ade. Dan dan aku logged in, tengok memang ada email result. OKAY MY BADDDD. Rugi satu jam dari detik email diterima. -__-
Bukak la tengok......sekali aku macam terkedu.
Apakah benar yang ku lihat ini? o_O
"WAAAAA MAI xxxxxxxxxx SIOTTT !!!!!!" selamba Sewhee menjerit kat telinga aku seraya memeluk ku HOMAIGOD apakah gaynya ayat ini zZzzZZ....HAHAH!!!
Tapi siyesly, aku terkejut gilebebi siut. Sangat HAMAGADDDD tak perchaiyachaiyachaiya!!!
First thing yang aku ingat lepas tengok result tu adelah nak tepon mama. Tapi dah malam buta konpem mama da tido. Wuuuuuu!!!
Tak pernah kot aku expect nak dapat status berkenaan masa degree ni. PAYAH GILA KOT ISE. Setiap sem aku cuma harapkan yang aku clear sumer paper je.
Tapi alhamdulillah, dapat jugak merasa time degree ni. Sekali pun dah syukur sangat koooot.

CGPA akhir biarlah rahsia. HAHAHAHAHHAHA !!!!
Dengan ini, saya mengisytiharkan yang saya dah grad dari ISE !!! Tahniah kat kawan kawan yang grad sama jugak :) Konvokesyen dengar kata tahun depan? HEYYYY KAU JANGAN MAIN MAIN.
So lepas ni apa jadi dengan perjalanan hidup aku?
Mari hantar resume ke merata tempat dahulu jom!

0 comments:
Post a Comment