Saturday, February 13, 2010

Nak berkenalan, boleh?

Tau tak apa yang aku suke pasal sem pertama? Aku suke bila waktu tu kita semua tak kenal antara satu sama lain. Masing-masing baru nak kenal asal-usul, baru nak kenal hati budi blablabla. Aku suke melalui proses mengenali diri tu. HAHAHA.

Memula kite tengok orang tu, macam-macam persepsi lah kite bagi kat orang. Bile die tak banyak cakap kite label die pemalu. Yang terlebih-lebih cakap kene cop si becok. Yang jalan nak macam model je kene title perasan bagus. Yang mata meliar sana sini hambek kau label penggatal XDD;

Tapi bile dah lama-lama tu, sikit sbanyak persepsi awal untuk orang tu mungkin berubah. Yang diam tu tak semestinya pemalu, malah die adelah seorang yg gile cooool ~ yang terlebih-lebih cakap tu sebenarnye seorang yang serius bile die harus serius... yang perasan bagus tu sebenarnye friendly sangat, dan yang menggatal tu....err entah. :P

So itu lah dia. Proses mengenali seseorang tu adelah suatu perkara yang amaaaattt seronok bagi aku. HAHAHAHA ~

DAH. Kau tak payah nak pikir aku tengah cerita pasal coursemates aku ke ape ke. This post is a general thoughts okay.

Friday, February 12, 2010

Ade la kadang tu aku terfikir...

"Mai, ko cayer tak kalo aku cakap ni...kalo ko kurus mesti cantik."

"Aku tau."

Kurus memang lah cantik kan? Semua pun tau. Ok aku jujur laaa kat sini, dah banyak kali kot aku berangan jadik kurus. Senang nak cari baju seluar semua...senang nak lari laju...senang dapat pakwe teeet!!...senang itu senang ini. Tapi dari kecik kooooot aku tak pernah kurus pon. Tak caye pegi la kau selongkar tengok gambar-gambar aku dulu-dulu. Dari kecik sampai besar maintaaaain gemok dan chubby saje. Hahaha!

Hey. Aku jenis tak boleh kurus kot? :P Ala, kalau aku kurus kang orang tak kenal.

Pendapatan anda?


P/S : Post kali ni ada sedikit unsur self-conscious. Adoi saya.

Saturday, January 23, 2010

DUNIA BARU. (takde season baru ke citer ni?)

Dah masuk 3 minggu aku start pengajian kat Shah Alam. Komen : ISE adalah course yang sangat 'best' hokeyy! 'Best' gila dari segi menjurus ke arah keserabutan mental pada masa akan datang. Hahah sungguh hiperbola attention grabber aku ini ~ Tak seriously la bai, memang dahsyat jugak ISE ni. First week je kitorang dah diwar-warkan dengan projek-projek besarrr punyaa !! Tapi padanlah kan, kitorang start pun terus Part 3, wajarlah dihamburkan dengan kerja-kerja menimbun kalah Everest. Second week je dah start presentension itu ini. Sungguh tak patut ~

Betullah kata-kata member UiTM cawangan lain, "AKU RINDU ZAMAN RIBENA DIPLOMA!!". Tak banyak kejutan assignment melambak-lambak, study pun rileks sikit nak banding dengan degree skarang. Oh jauh panggang dari ayam. Tapi Alhamdulillah la, aku dah boleh adapt cara hidup kat Shah Alam ni. Bila fikir secara positif, seronok sebenarnye dok sini. Rumah dekat, student ramai..bley cuci-cuci mata ~ (dasar mata jaring wakakkakaka), KFC Pizza jalan kaki je dah sampai... Ye lahh kau seronok ko tunggu lah bulan-bulan yang mendatang ni tengok serabut tak serabut diri kau! XD

Hostel ? SUMPAH AKU RASA MACAM DUDUK SEKOLAH BERASMARA BERASRAMA PENUH. (padahal tak penah ade experience pun, LU TIPU WOO!! :P). Selipar senget sikit kat luar tu dah kena tindakan tatatertib. Sidai baju skejap kat tingkap dah dapat surat layang JPK. Announcement pulak kalah supermarket, kalo boleh setiap setengah jam die nak membebel "tingtong tingtong ~perhatian kepada semua penghuni kolej blahblahblah..~~". Mesin basuh sekali cuci mahal mengalahkan harga kat Jengka. Tempat sidai baju limited macam ade satu family je yang guna ampaian tu. (ni lah die perempuan. Emosi lebih, semua aku nak bebelkan. Hahha tenang sudah, aku kan kachak. Weweeeiitt ! 8D )

Subjek ? LAPAN SUBJEK KENA PULUN. Hambek ko nak sangat cabaran. Kehkehkeh ~ ala selamba aje. SPM dulu kena pulun 11 subjek boleh je kannnnn...*sesi memujuk diri sendiri* Ehh kenapalah Maths ni taknak berambus dari hidupku. Nasib baik satu sem ni je kene mengadap kau wahai Incik Ilmu Hisab ~ lain-lain subjek tu, InsyaAllah aku boleh kot. Oh oh ! Aku ambik Bahasa Jepun. Keputusan yang dibuat setelah 7 hari 7 malam memikirkan pro & kontra nyer. Ingat nak ambik Mandarin, tapi aku tau aku langsung tak minat bahasa tu. Nak ambik Bahasa Arab, tetiba pikir last Arabic lesson aku adalah pada 10 tahun lepas. Tak pulak aku tergagap-gagap nak cakap Arab kan nanti....so in the end I chose Nihongo. Bahasa ni je kot yang aku boleh belajar dengan tenang. (bajet kau dah terer sangat la kan? RASKEL !!) Huhuhu haaaiii domo Domo-kun !! 8D

Coursemates ? Nampaknye kelas A yang aku pilih majoritinye dikonker oleh Jengkarians yaa ~ hahaha sek kito jange pecoh ~ (ape aku kecek ni argghh). Yang lain-lain tu, ok laa. So far takde laa sorang budak kelas yang aku tak penah bertegur sapa. Ok la..ok ok je. Harapan saya adalah supaya kita akan bekerjasama dengan baik dan saksama di hari muka ~ serta kita semua akan have fun pursuing our degree together ~ Yoshhhaa! *ayat macam tak bleh blah*

Pe lagi update ek? Hmm tu je kot wat mase ni. Aku tau peminat-peminat aku di luar sana tu sering berkunjung ke blog aku dengan rasa kecewa sebab aku tak aktif blogging skang. Whattodo leh....masa berfoya-fuiyo sangat limited bile berada di alam pembelajaran hakiki ni ~ paling koman pun aku sempat update status Facebook ajer laaa .... mueheheh !!! Jangan risau la, aku totap akan update post aku bile ade kesempatan. Sabar ye kamu-kamu !! *sheetal, bajet diri tu artis ternama lah kan* HAHAHAHA ~

I miss Jengkarians. And nice too meet you Shah Alam people !!

Sunday, December 27, 2009

IJAZAH NAK MULA.

Dah malam tadi ade laa kan makhluk tu mintak aku update blog ni. So ini lah dia post terbaru dari Maidemoiselle the Great 8D Bukan ape...banyak je benda rase nak membebel tapi tiap kali online jadi malas pulak nak taip-taip. Hehehee !!! Memandangkan skolah dah nak start ni, baik aku "memanfaatkan" blog aku selagi ade kesempatan..tak gitu? Ye gitu gitu. Haha sadap yu ol! XD

Oh ye. Aku lupa nak wat pengumuman kat sini bahawa aku akan sambung pengajian ijazah Sarjana Muda aku dalam bidang KEJURUTERAAN SISTEM MAKLUMAT atau INFORMATION SYSTEM ENGINEERING kata orang putih. (Ye lah kau tak nak kalah jugak tu). Kalau kau tanye aku lah kan perasaan dapat course tu......memula cek result tu hati macam berbunga-bunga la jugak. Tapi bila pikir punya pikir punya pikir ~ ADUH SAYE. Biar betol aku amik kos ni? TOING TOING WENG WENG. @___@

Walobagemanapung, aku totap nak cuba. Susah tak susah tu blakang cerita hokey ! Yang penting semangat dan keazaman yang jitu dan kegigihan yang tak berbelah bahagi OH HEY SILA MUNTAH SEKARANG. XD Hahahaha. InsyaAllah, MAI BOLEH !! Uyeaaaah ~

Dah tu pulak, terang-terang kat surat tawaran tu tulis : TEMPAT TINGGAL TIDAK DISEDIAKAN. SILA URUSKAN SENDIRI. Oh jujur dan ikhlas kata-kata kau wahai UiTM. Mak aku slambe cakap "Jahatnye ayat..." HAHAHAH!!!! Agak serabut jugak carik umah sewa dol. Sekarang ni masih mencari. Esok nak koling-koling NR Dept. Dapat ke tak...HENTAH LA.


Mama : "Kalau ulang-alik balik rumah, kena belikan kereta la ni."
*aku tersentap dengan gembira dan tersenyum macam bongok*


HEEEEY SAYA MAU ITU !! Ain, adekah MyVi kelabu ku dalam mimpi ko itu akan menjadi realiti? WOOTS WOOTS !!! XD

Jadinya...2hb Januari ni aku gi daftar. SUMPAH TAK RELA JIWA RAGA LAGI NI. Mau cuti lama-lama lagi wuwuwu ~



Pesanan bibik dari Makassar. Bagus betul peringatan kau macik. HAHAHA !!!


Bilekah penjenayah-penjenayah ini dapat menjalani aktiviti huduh sebegini lagi? "Dalam berbulan-bulan lagi lah gamaknyer ye", ujar Inspektor Sahhab.Muehehehe!!



SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !!!!!

Friday, December 11, 2009

Diploma tammat.

Sebelum apape, aku nak bagi amaran post kali ni adelah pendek je ye. Sebabnye aku ngantok dan nak tido lepas ni. HAHAHA.

Semalam result keluar. Dan saya lulus praktikal. Juga CGPA saya naik (mendadak). Tapi bukan tahap dekan mahupun 1st class okay. Alhamdulillah sudah tammat ini diploma. Lepas ni apa? Degree? Oh nehiii. Sumpah cuak gell nak tau result nyer minggu depan. Aduh saye.

Dan Selasa lepas, classmate aku Mohamad Anif Abd. Ghani telah pulang ke rahmatullah. Al-Fatihah. Aku taktau camner nak react. Sebab aku tak penah ade pengalaman kehilangan sahabat. Tapi jujur la aku bagitau, aku nanges. Sedih. Bila aku view page fesbuk arwah, rase sebak gila2.Walaupun aku takde la rapat sangat dengan arwah, tapi aku sedar kehadirannya setiap masa aku di Jengka. Arwah jugak laa CLASSMATE LELAKI PERTAMA YANG TEGUR AKU masa memula masuk sana.......

....dah aku taknak taip banyak2 lagi nanti airmata bercucuran.

P/S : Oh hey hey. I'M HOME ALOOOOONE !! Family aku pegi Terengganu sampai Ahad ni dan aku serta abang sulung aku tertinggal. HAHAHAHA PARTI BUIH JOOOOOM!!! XD *ke-fa-la-ho-tak-kau!* (curi ayat kawan Sari. Boohooo!)