Sunday, February 21, 2010

KAWEN KAWEN KAWEN. ~


Pong kepak pak pong kepak ~ !! Wei apebende sound effect kompang ko bagi ni. Burok sungguh gayanye. Hahaha demm ~ so anyway, semalam kitorang pegi kenduri kawen salah seorang geng bas sekolah SKTKJ/Mahadi dulu-dulu iaitu Syed Ahmad Rasyidi ~ WHAAATTT KO DAH KAWEN SYIDI? OMAIGODD aku masih tak boleh nak mempercayainyaa. Ades ades. XD Sumpah terkejut boghuk bila dapat RSVP kat Fesbuk nu. Memula Syidi send invitation nak bertunang bulan 12 tahun lepas pun masing-masing dah macam "Ehhh biar betul?" pastu dok SMS antara satu sama lain nak konfemkan...which last-last memang konfem pon. Kehkeh. Pastu bulan lepas dapat lagi satu RSVP tajuk "Majlis Walimah (sekian-sekian)" pon dari Syidi gak. Aku ingatkan follow-up majlis tunang ari tu...sekali bila baca "Akad nikah 15 Februari 2010"......CHUPP CHUPP!!! OFFICIALLY NAK KAWEN DAH KE?? O__O Terkejut boghuk sekali lagi lahhh kami-kami semua. Hahaha dah macam boghuk pon ade XD





Mempersembahkan mempelai yang glamour - SYIDI & AZRAH. Ouhh tampan dan jelita kedua-duanya ini, sungguh secocok bagai pinang dibelah dua you ~ *sudah kau cakap macam makcik-makcik ni dah kenapa?* Hmm. Walopun semalam agak lewat sedikit sampai, tapi sempat jugak aku tengok diorang bersanding. Dari tepi pintu aku pegi lambai kat Syidi yang tengah gah duduk atas pelamin, oh beliau hanya mampu tersenyum tayang gigi aje kat kami. Kahkahkah!



Selamaaat dah seorang rakan seperjuangan kami menukar status. Heheh. Yang depan dengan tepi-tepi tu, bila entahnye turn mereka. Hahaha! LUMBA NAEK PELAMIN LA JOOOOOM `!!!! XDD Anyway, kepada Syidi : jadilah suami yang baik, soleh, rajin, romantik dan sewaktu dengannye. Jaga Azrah elok-elok hokey ~ 8D Wei laa korang ni, express betul. Baru kawen semalam, next week dah nak balik Australia. Nasib baik laa ko kawen kat sini, kalo wat majlis kat sane, kirim salam ajer laa. Hahah!

Errr.....aku takut nak kawen. Aaaa !!!!

----------------------------------------------------------------------------------------

"Tapi bakal suami aku mesti bertuah gila kalau kawen dengan aku."

"Lah apesal pulak?"

"Sebab aku tak suka barang kemas yang emas-emas tu. Memang jimat duit dia nanti."

"Aku nak kawen dengan ko Mai. Bertuah nye aku nanti."

"Bodoh kau."

Hahaha. Ni perbualan aku dengan senior Bob masa sekolah dulu. Ye betul, sampai sekarang ni pun aku tak suka barang kemas. Meh la kawen dengan aku. NYWAHAHAHAHAH *dush dush bertubi-tubi*


P/S : Okeeh ni last update. Lepas ni tak tau bile lagi laaa nak update blog ni ye. Dah nak balik Shalam laa ini petang. DAAAMMMN. Serabut balik laaa diri kuuuuu~ T___T

Saturday, February 20, 2010

First impression.

Qaqaq : "Haa Mai ko gelak ko gelak"

Tantan : *sambil makan sambil gelak*

Whee : "Wei aku tak boley blah doh kalo dok dengan Mai."

Kawan baru : "Mai ni..." *gelak gelak*

Qaqaq : "Ko jangan wei, kalo ko dah campur dengan si budak Maisarah ni ko pon boleh jadi tak betol wei."

Kawan baru : " Tu laaa... aku memula dulu takut gile siot nak cakap dengan Mai!"

Kachak : "Weh weh apsal ko takot la?!"

Kawan baru : "Aku tengok Mai macam mafia. Tengok ar gaye die jalan *sambil wat gaya ape tah* pastu muka asyik nak serius je. Aku jadi takut nak cakap. Jangan terasa la kalo aritu aku cakap dengan korang tapi aku langsung tak pandang ko Mai. Aku takot ~"

Qaqaq : "Ah takdenye la! Ko taktau ape die wat bile dok kat blakang masa kelas. Dengan aku-aku skali join da club 'shuffle' die weii. Ko tengok muka die ketat bila die ngantuk, muka macam tahpape je."

Tantan : *gelak ajer la ko*

Kawan baru : "Mai ko memang bleyh jadi pengatur bahasa dowh."

============================================================

FIRST TIME !! FIRST TIME ADA ORANG TAKUT NAK CAKAP DENGAN AKU !!!!!! Wahahahaha ~ gengster sangat kah aku? Oi oi, Puan Seri ayu dol. Nywaahahahha !!

Aku suka first impression orang terhadap aku. Selalunya memang contradiction (yeah sape kate aku suke MAT422?!) dengan perangai sebenar hamba. KAHKAHKAH !!!!

Tuesday, February 16, 2010

Where's MATA KUU ~

Setelah nak dekat 4 tahun aku tak pegi cek mata, akhirnya petang tadi baru lah ade kesedaran diri nak jejak optometrist kesayangan aku kat Andalas nu. Sejak akhir-akhir ni aku dah rase cam kabur-kabur je tengok benda jauh. Nak tengok whiteboard kat depan kelas pun terkebil-kebil nak nampak. Aku dah bagitau mama cuti mid sem ni nak pegi cek mata. Memang tak silap laa diri aku ni berhajat begitu wei.......

.......SEBAB POWER MATA AKU DAH NAIK !!! OMAIGOD OMAIGOD @__@ Sumpah aku dah agak dah. Mata kiri la yang naik gilebabai nyer. Berjaya Times Square dah die mencecah angka +200 daripada awal-awal aku pakai spek dulu, +25 sahaja. WTF. (Eh hello, ko ingat umur ko memula pakai spek tu berapa? XD). Nasib baik la mata kanan naik seciput jer (padahal mata kanan laa paling teruk ya ampun X_X) Apelahh kao punye mata niii.....asik naik power aje, bilenye nak turun?

Ni lahh padah kau mase kecik-kecik dulu gatal pegi pakai spek abang kau. Konon nampak intelektual dan genius lah kau pakai spek tu. Sekali hambek kau kecik-kecik dah kene pakai cermin mata, initial power tak nak kalah tuuuuu ~ +350 belah kanan !! Mak aku pun macam tak percaya je bila cina optometrist tu tunjuk result mata aku tuh, siap nak suruh cek lagi sekali. Kehkeh. Disebabkan ketidakstabilan power mata kiri dan kanan aku ni, jenis kanta yang aku kena pakai pun berbeza. Bila dah berbeza, harga pun lain-lain lah jack. Susah betol. -_-

Memula pakai spek dulu memang laa rasa excited cambest je...tapi dah lama-lama camni, rasa leceh yang amat. Ye laa, bila tak pakai memang rasa tak selamat sebab satu haram pun tak nampak. Pernah dulu masa sekolah spek aku pecah, pastu pulak aku takde spare so terpaksa laa buta mata selama dua hari pegi sekolah tu. Dah la waktu exam trial PMR. Paper Sains lagi you ~. Baca kertas soalan jarak 2 inci dari muka. HAHAHA. (last-last Sains dapat C wakakaka ye la kau salahkan rabun pulak kan). Pastu member dok lambai-lambai kat aku, aku wat donno je pasal aku tak nampak sipolan yang melambai tu, dah kecik ati member sorang aku menyombong dengan dia. Heheh ~ sori laaa I tak nampak T__T

Sebenarnya dah banyak petua aku try bagi kurangkan power mata ni. Sayur melambak-lambak aku dah makan. Senaman mata aku dah buat. Tengok PC / laptop dengan jarak yang berpatutan pun dah. Tapi nampaknye semua ni hanya menaikkan power aku je. HAHAHAHA. Ape lagi.....PERMATA HIJRAH laa lepas ni !!! Weweeeiiitt ~

P/S : Wahlasai. Mamat kat Menara tadi oh sangat comeeeeel. Nak kawan kat Facebook !! XD *dush bertalu-talu*

Saturday, February 13, 2010

Nak berkenalan, boleh?

Tau tak apa yang aku suke pasal sem pertama? Aku suke bila waktu tu kita semua tak kenal antara satu sama lain. Masing-masing baru nak kenal asal-usul, baru nak kenal hati budi blablabla. Aku suke melalui proses mengenali diri tu. HAHAHA.

Memula kite tengok orang tu, macam-macam persepsi lah kite bagi kat orang. Bile die tak banyak cakap kite label die pemalu. Yang terlebih-lebih cakap kene cop si becok. Yang jalan nak macam model je kene title perasan bagus. Yang mata meliar sana sini hambek kau label penggatal XDD;

Tapi bile dah lama-lama tu, sikit sbanyak persepsi awal untuk orang tu mungkin berubah. Yang diam tu tak semestinya pemalu, malah die adelah seorang yg gile cooool ~ yang terlebih-lebih cakap tu sebenarnye seorang yang serius bile die harus serius... yang perasan bagus tu sebenarnye friendly sangat, dan yang menggatal tu....err entah. :P

So itu lah dia. Proses mengenali seseorang tu adelah suatu perkara yang amaaaattt seronok bagi aku. HAHAHAHA ~

DAH. Kau tak payah nak pikir aku tengah cerita pasal coursemates aku ke ape ke. This post is a general thoughts okay.

Friday, February 12, 2010

Ade la kadang tu aku terfikir...

"Mai, ko cayer tak kalo aku cakap ni...kalo ko kurus mesti cantik."

"Aku tau."

Kurus memang lah cantik kan? Semua pun tau. Ok aku jujur laaa kat sini, dah banyak kali kot aku berangan jadik kurus. Senang nak cari baju seluar semua...senang nak lari laju...senang dapat pakwe teeet!!...senang itu senang ini. Tapi dari kecik kooooot aku tak pernah kurus pon. Tak caye pegi la kau selongkar tengok gambar-gambar aku dulu-dulu. Dari kecik sampai besar maintaaaain gemok dan chubby saje. Hahaha!

Hey. Aku jenis tak boleh kurus kot? :P Ala, kalau aku kurus kang orang tak kenal.

Pendapatan anda?


P/S : Post kali ni ada sedikit unsur self-conscious. Adoi saya.