Sunday, March 28, 2010

Kata-kata kesat.

Kerja banyak siyaaal! Aku tak cukup rehat ! Test melambak-lambak ! MAT422 haramm aku tak paham langsong ! Shotcourse tak sempat register dah penoh ! Lepas final ade keje lagik ! Lecturer asik marah-marah ! Rumah sewa mana ?!! Aku tension ! Pegi mampus lah semua kerja !!!!!!!

Dah habis baca? Bagi aku ketenangan sikit. Isk isk.

Wednesday, March 24, 2010

Mari berkongsi !

Ye kawan-kawan, aku nak bukak topik kegadisan sikit pepagi buta ni. Eh tapi kalau ada jejaka nak menyelit pun takpe, dialu-alukan. Ahahah~

Okaay satu soalan : Macam mana kalau kau suka seseorang tu, dan pada masa yang sama bestfriend kau pun suka orang yang sama jugak? Adekah kau akan teruskan feeling2 dengan orang yang kau suka atau kau lupakan dia?

Kalau aku : Hmm....actually aku dah banyak kali ada pengalaman macam ni. So apa aku buat? Yeaaah baby, I let go! Sebab aku tak nak komplikasi berlaku between aku dengan bestfriend aku. Biarlah biar......ramai lagi lelaki lain di luar sana uweee ~ XD Nak kata aku pentingkan friendship, hmmm....boley lah. Tapi sebenarnya aku tak suka that awkward feeling between me and my bestfriend if we happened to like the same person. Tak bessssst siol ~

Tapi kalaulah...KALAU LAH....

that person you and your bestfriend like, prefers to be with you instead of your bestfriend?

Right, situasi di atas ni aku tak pernah alami lagi laah. Ewww, siapalah diriku ini, bukanlah hot stuff idaman lelaki di luar sana mwahahaha ~ ok stop. Tapi aku just nak tau, kalau korang lah, apa korang akan buat? Accept that guy/girl and frustrates your bestfriend or let the best woman/man win or let your bestfriend feel the happiness?

Saje je. Tetiba aku terfikir isu ni. Hehehe :P Bukan gatal nak bercinta sekarang....tapi it's coming along the way....kot? Dah nak 22 tahun lah. KAHKAHKAH !!!!!

P/S : Oh please oh please....harap-harap bestfriends ku takde menaruh minat kepada jejaka yang aku mentioned in previous 2 posts. OH KAU NAK KENE SEPAK? XDDD

P/S lagi : By the way, aku tak de lah menaruh harapan tinggi melangit lagi terhadap jejaka tu. Aku tau laaah, takde ke mana feelings aku ni. Takat tu je sejak 3 tahun lepas, progres pun takde. But hey, as long as he states that he's single, I am happy. LOL! :P Kalau dia tukar status dia jadi in relationship...hah. Hambek kau frust tertonggeng ~ kehkehkeh~!

INGAT. JANGAN ADA CUBAAN NAK UP BENDA NI KAT FACEBOOK !! Wa sumpit lu kang.

Sunday, March 14, 2010

Pergi tak kembali.

Buat kali ketiganya, aku kehilangan seorang lagi sahabat.

Mohd Hafiz Mat Abas, rakan seperjuangan sejak sekolah rendah, menghembuskan nafas terakhir malam semalam, kira-kira jam 11. (timing aku wat previous blogpost, sungguh ironik!). Sumpah aku terkejut, terkesima, speechless, takleh nak kate pape bila Sari call bagitau. Dalam otak aku ada bayang muka arwah je.

Aku terus la tanye member-member yang tengah online FB, rata-rata semua tak tau lagi. Dah dalam sejam tu baru betul-betul confirm yang arwah dah pergi meninggalkan kami buat selamanya.

Serius, aku sedih.

Serius, aku terbingung.

Serius, aku rasa jiwa kacau.

Aku tanye Firdaus kalau-kalau dia tau apape, memandangkan dia sekampus dengan arwah. Daus cakap arwah macam sakit lately tapi bila disuruh pegi jumpa doktor, arwah kata dia tak apape. Malam tadi arwah tetiba pengsan, on the way nak pegi hospital jantung dia dah berhenti. And that's when he left us.

Sangat sedih ok. Last aku jumpa arwah masa konvoi raya 2006, masa arwah pun join sekali. Who would expect that would be the last time we spent our times together with him. T___T

And last 2 weeks, classmate sekolah menengah aku Elamathi meninggal dunia akibat a rare disease. Tharane cakap a disease yang affect kidney & heart. Malam aku dapat berita tu, aku terus tak boleh nak sambung study. Padehal esoknya aku ade test ENT600. Hentah ape2 aje aku meraban dalam kertas soklan tu. Aiiiih. Ela was such a good friend of mine. T___T

Al-Fatihah buat Mohd Anif Abd Ghani & Mohd Hafiz Mat Abas. R.I.P Elamathi.

---------------------------------------------------------------

Arwah Hafiz : "Ustazah! Kenapa Maisarah boleh dapat no. 1 dalam kelas?!"

Ustazah : "Kenapa kamu kata dia tak boleh dapat no.1?"

Arwah Hafiz : "Sebab dia kan gemuk!"

Aku selalu tergelak kalau ingat balik kisah ni.

Aku akan sentiasa ingat kau Hafiz. Semoga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dikasihiNya. Amin.

CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI PERINGATAN.

Friday, February 26, 2010

Transformasi.

Degree susaaaaah. Susah sangat. Memang totally different bila banding masa diploma dulu. Adoi adoi. Rasa nak pecah kepala bila dapat course work yang entah macam haper susahnya. Okay tak susah sebenarnya, saja aku buat dia jadi susah. But for some people, ISE memang agak sukar. Betul kan statement aku ni? Tapi kalau nak fikir secara rasionalnya, belajar apa pun semua susah. Takde belajar yang senang dalam hidup ni. Hatta amik major language pun susah koooot.



So rakan-rakan, bukan lah nak kata apa. Tapi kalau boleh laa...kalau boleh....teruskan eh degree. Jangan quit please? Nanti aku rasa sedih dan terkilan. Ye laa....dah banyak belanja kot keluar nak sambung degree ni. Harapan ibu bapa pun kene fikir jugak. Apa kata kita sama-sama tempuh liku-liku degree ni untuk masa depan yang gemilang. We can support each other right? :) Kita semua boleh, memang boleh. I know that.



Rasa nak nangis pun ade ni. Adoi adoi adoi !!!! Dah. *snorts*





Pehh kau. Matlamat yang satu ni tak leh nak tinggal kejap kan. HAHAHA. Watlolok ajer !!!!

Sunday, February 21, 2010

KAWEN KAWEN KAWEN. ~


Pong kepak pak pong kepak ~ !! Wei apebende sound effect kompang ko bagi ni. Burok sungguh gayanye. Hahaha demm ~ so anyway, semalam kitorang pegi kenduri kawen salah seorang geng bas sekolah SKTKJ/Mahadi dulu-dulu iaitu Syed Ahmad Rasyidi ~ WHAAATTT KO DAH KAWEN SYIDI? OMAIGODD aku masih tak boleh nak mempercayainyaa. Ades ades. XD Sumpah terkejut boghuk bila dapat RSVP kat Fesbuk nu. Memula Syidi send invitation nak bertunang bulan 12 tahun lepas pun masing-masing dah macam "Ehhh biar betul?" pastu dok SMS antara satu sama lain nak konfemkan...which last-last memang konfem pon. Kehkeh. Pastu bulan lepas dapat lagi satu RSVP tajuk "Majlis Walimah (sekian-sekian)" pon dari Syidi gak. Aku ingatkan follow-up majlis tunang ari tu...sekali bila baca "Akad nikah 15 Februari 2010"......CHUPP CHUPP!!! OFFICIALLY NAK KAWEN DAH KE?? O__O Terkejut boghuk sekali lagi lahhh kami-kami semua. Hahaha dah macam boghuk pon ade XD





Mempersembahkan mempelai yang glamour - SYIDI & AZRAH. Ouhh tampan dan jelita kedua-duanya ini, sungguh secocok bagai pinang dibelah dua you ~ *sudah kau cakap macam makcik-makcik ni dah kenapa?* Hmm. Walopun semalam agak lewat sedikit sampai, tapi sempat jugak aku tengok diorang bersanding. Dari tepi pintu aku pegi lambai kat Syidi yang tengah gah duduk atas pelamin, oh beliau hanya mampu tersenyum tayang gigi aje kat kami. Kahkahkah!



Selamaaat dah seorang rakan seperjuangan kami menukar status. Heheh. Yang depan dengan tepi-tepi tu, bila entahnye turn mereka. Hahaha! LUMBA NAEK PELAMIN LA JOOOOOM `!!!! XDD Anyway, kepada Syidi : jadilah suami yang baik, soleh, rajin, romantik dan sewaktu dengannye. Jaga Azrah elok-elok hokey ~ 8D Wei laa korang ni, express betul. Baru kawen semalam, next week dah nak balik Australia. Nasib baik laa ko kawen kat sini, kalo wat majlis kat sane, kirim salam ajer laa. Hahah!

Errr.....aku takut nak kawen. Aaaa !!!!

----------------------------------------------------------------------------------------

"Tapi bakal suami aku mesti bertuah gila kalau kawen dengan aku."

"Lah apesal pulak?"

"Sebab aku tak suka barang kemas yang emas-emas tu. Memang jimat duit dia nanti."

"Aku nak kawen dengan ko Mai. Bertuah nye aku nanti."

"Bodoh kau."

Hahaha. Ni perbualan aku dengan senior Bob masa sekolah dulu. Ye betul, sampai sekarang ni pun aku tak suka barang kemas. Meh la kawen dengan aku. NYWAHAHAHAHAH *dush dush bertubi-tubi*


P/S : Okeeh ni last update. Lepas ni tak tau bile lagi laaa nak update blog ni ye. Dah nak balik Shalam laa ini petang. DAAAMMMN. Serabut balik laaa diri kuuuuu~ T___T