Friday, November 27, 2009

Ge-ge-GENTING '09!

Patut nak blogging malam smalam tapi blogger wat hal OH DAMN? Hilang karya bernas aku cis. Takpe takpe, aku cuba mengimbas memori yang lepas dengan chemerlangnya okey. 8D

Haha nasib ah gamba same dengan blog ko Sari~ aku curik! XD Gamba2 lain tunggu nnt I tuntut sama you~

Rabu lepas kami (seperti yang tertera di gambar atas) *eh teruknya BM aku?* pegi berfoya-fuiyo ke Genting Highlands. Yaa...seperti yang telah diwar-warkan oleh Cik G-ha di blog beliau, sbenanye sejak lepas SPM ni dah plan konon2 nak pegi berjeemba beramai2. Bajet nak celebrate SPM yang dah habis la kan. Hehehe. Tapi Rabu lepas lah kiranya tercapai impian nak berjeemba ramai2 nih. Ape weh aku dah habis diploma baru nak terlunas? XD WAKAKKAKAKA!!! Takpe lah, at least jadi jugak kan.

So plan awal ingat nak naek kereta je gi sana, tapi disebabkan masalah teknikal serta plan A dan B yang tak kesampaian, kitorang pun stuju nak gi sane ikut plan pakej tu. Ala yang naek kete kabel & outdoor games tu. Satu kerisauan yang timbul mase nak pegi tu adelah CUACA YANG TAK MENENTU. Tapi Alhamdulillah hari tu tak hujan walopun nampak mendung gak ah.

Sampai2 sana je game Space Shot & Corkscrew tak bukak lagi. Makanya, kitorang pun main la mende alah kayuh2 kat tasik tu. HAHAHA. Wahh busuk sungguh jaket keselamatan kau ya ampun! XD Pastu main rollercoaster naga. Kot. Cam biase la..tunggu bukan main lama tapi mainnya kejap nak mampus. Tapi yang haritu tak la seteruk masa aku gi dengan geng2 Jengka, ramai sungguh manusia tak hengaaat `! Pastu tak ingat ah gi mane plak...adekah Motion 4D animation kejadah tu? Heehehh hamba ilang ingatan jap.

Lepas lunch gi maen Flying Coaster. Rasenye baru lepas hujan kot time tu. Sebab SEJUK GILA HOKEY O_O Aku yang pakai baju berlapis2 pun rase sejuk sampai vertebrata. Tapi kami nampak sesuatu yang mengagumkan : Ade sorang aci tu pakai SAREE BIRU. Yaa SAREE!! Sungguuh selamba die beratur nak main game superman ni. Haha kulit apekah beliau itu?

Ain : "Kulit durian."

Respek gile doh ~ saree saree pon ade hajat nak jadi superman 8D Hmm...pengalaman jadi superman tu sangat beeeeest ~ walopun agak ngeri jugak tapi best ah. Cabaran cabaran! Kehkeh. Dan akhir skali kitorang maen game Space Shot : game kegemaran aku ! Walopun aku macam kecut jugak, tapi tak serik2 doh aku ini. Muahahahaha!!! Aban sangat kelakar seblom nak naek mende alah tu XD Tapi syabas lah kawannn....kau sudah bjaye melawan ketakutan itu. Yaaaa pendekar Tanah Melayu usah gentar! XDD *dah ape ni aku mrepek*

Balik naek kete kabel tu pulak, masing2 suke benar sakat2 si Awie. Hahaha lawak gile. Ahh aku pon kalo tengok "jurang Mariana" camtu rase cuak jugak. Tapi boleh pulak berdiri dalam kete kabel. Gilo-gilo. XD

Kami berpisah mase kat KL Sentral. Aku and the geng gi lepak jap kat McD sentral nu. Tetiba terjadi pulak satu insiden. Ade laa sorang aunty ni datang mintak sedekah dengan muka kesian gilebabengnya. Kata nak duit wat beli makanan la ape la...tapi kat tangan die ade plak handbag & payung cantik. Baju die pun lawa je. Aku pulak bijak pandai nye letak duit atas meja camtu je. Alah, tangan aku mase tu melekit makan eskrem, so aku letak jap duit tu atas meja lahhhh. Dan-dan tu pulak aunty tu datang. Aku pon bagi la die singget, sambil simpan balance duit dalam wallet. Yang tragisnye, blom sempat aku nak capai 30 sen aku, aunty tu dah kutip pastu blah dari meja kitorang. Aku macam, "WAH SOPANNYA YOU AUNTY...." (monolog dalaman lah tapi.) XDDDD;; Siriyes kitorang gelak kaw-kaw !! Aku kene "rompak" dengan penuh sopan dan santun oleh seorang aunty. Yeaaaaah 8D

All in all, ROMBONGAN DELEGASI SMKRM KE TANAH TINGGI GENTING MEMANG MARVEILLES !! Walopun ade beberapa orang yang cancel di saat2 akhir, tapi best jugak la. Next time kite pegi trip tempat lain pulak yeh? Oh oh. Aku dengar ade yang cakap nak pegi Tioman ye? Hahaha nak ikooooot ~ (ke?) XD

P/S : Aku memang takleh la kalo member sedih2. Nanti aku pon rase tak senang duduk. Aiii.. awak. Cepatlah jadi happy balik ye. Kesian la bace status FB awak arini, asyik gloomy aje. Yaaawww`!!! XD

Monday, November 23, 2009

21-21 JAMBO AIIRR`!

Saya dah 21 tahun. Yeah yeah. Terima kasih la kepada semua yang wish besday tu yeh. I sayang yu ol lbey la ini macam. Hahaha! Malam besday aku tu Qilah nyanyi lagu untuk aku. Hakhak terima kasih Qilah ~ memang kiut suara ko :P Kira lepas la satu wishlist aku. "Jacko Young" tak nyanyi pun takpela. Kehkeh!

Ropol-ropol kesayanganku agak men-surprise-kan aku dengan besday celebration kat Old Town sebagai salah satu agenda berjeemba kami smalam. Tiramisu tu sumpah sedap Sariii~ pandai ko pilih walopun kami sekor2 tak angkat phone mase ko kol nak tanye. Kami tengah bahagia melantak roti bakar kot. HAHAHA!


Kek Pn. Seri. Lain-lain gambar di Facebook. Haha.

Tapi of course lah tak habis kat situ jugak. Dengan aktiviti2 bergambar dan bervideo nyer..ditambah lagi perut yang ala2 kenyang makan 2-3 potong kek. So yang lebih bawak balik ~ Dah tu kitorang teruskan agenda panggung wayang pulak ah. Ok saya mengaku ketinggalan nak mampos kot sebab tak tengok 2012 lagi. Adess...nak gi tengok smalam pon tak dapat. Ape malang nasib FULL semuanya. Dah macam Transformers la pulak. Aku pon memberi pendapat untuk menonton RAGING PHOENIX, sebab aku tengok preview dia aritu dan rase ingin menontonnya. Okey laah tu dari tengok citer Senario The Movie LOLWHUT? XD

INSIDEN PANGGUNG YANG TAK BOLEH BLAH.

Aku ingatkan tak ramai la yang tengok citer ni. Sebab masa beli pon baru ade 2 seat je terisi. Tapi bile masuk ramai la pulak. HAHA SUME NI AKU KONFEM MESTI YANG TAK DAPAT TENGOK 2012!! XD So biase la aku ngan G-ha tengok iklan penoh khusyuk macam citer dah start je sambil disaksikan Ain yang potpetpotpet (ahaha selamba :P). Dah tu movie pon start... 20th Century Fox? Mak aih..hebat jugak citer Thailand nih. Tapi aku tengok je la tanpa banyak soal. Pastu scene first die kuar... "peh. Apsal dah macam umah omputeh pulak ni? Settings sume macam Hollywood je?" - monolog dalaman aku. Takpe2...tengok je. Sampailah kuar satu ayat,

JENNIFER'S BODY.

Eh..excuse me. Salah masuk wayang ke ape kitorang ni? Kitorang dah pandang memandang. Sambil berasa nak pasrah je la tengok citer ni. Nak kuar dah macam stuck kat tengah2. Hahaha. Tapi tak lama pastu aku pandang orang lain sume pon macam pandang2 sesama sendiri jugak. Hahaha ~ SAYA YAKIN KAMI TAK SALAH PANGGUNG. 8D Tetiba skrin padam and lampu terbukak.

"Maaf maaf, movie akan start semula dalam 3 minit lagi." kata pekerja wayang tersebut.

BWAHAHAHAAH !!! Ape wehhhh silap movie niiiii XDDD;; First time experience bende camni. Macam nak tergelak, tapi macam nak geleng2 kepala pon ada. Pastu Raging Phoenix pun start ~ naseb baek laa die tak start dengan iklan! Overall citer ni memang best. Dengan Suki, Misbun Sidek, Johan Rajalawak, Tajol & Reshmonu nyer....BWAAHAAHAHA!! Ahem..biarlah kami aje yang tau istilah2 ini. Woohoo!!

Pastu shoping & lepak2 makan cendol ABC nasik goreng bagai sambil gosip2. Biaselah tu aktiviti penutup Jeemba Ropol-ropol kalo kat JJ kan. Huhu~ dah pastu balik. Lalu funfair...rase macam nak pegi je. Heheh..Aban ko tak nak pegi ke maen go-kart kat sana? 8D

OUHHH TAK SABAR NAK TUNGGU AKTIVITI JEEMBA RABU NIH PULAK. Uyeaaah!

P/S : Tengah download Raging Phoenix. KAHKAH.

Wednesday, November 18, 2009

Keseronokan dan masa depan.

SAYA GUMBIRAAAA!!!!!

Ahem. Presentation sudah habis. Report sudah settle. Dah, tiada apa lagi mau buat di Shalam. HAHAHA. Tinggal nak pos report ke Jengka dan bagi report kat Kastam. Woots.

Dan perihal aku present hari ni memang.....mabelles kot. Macam hek eleh sia2 je kau gabra macam ape je. Kahkah. Nasib aku ah arini aku sorang je pompuan dalam group present tu, so memang terpaksa lepak dengan budak2 laki lain sambil menunggu giliran nak present depan lecturer. Nasib baik sekor2 tak sumbung ayam. Borak2 macam dah kenal satu sem. Cey.

Agak sadis la jugak sebab malam before present tu aku takleh tido. Bukan pasal takot ke ape, dah memang terbiasa tido lambat. So boley kire memang langsung tak tido ah. Takot terlajak tido kang tak mampus pulak. Wahahaha ~

Sambil menunggu nak balik tu aku lepak la kat bangunan FSKM tu dengan Pipah.

"Wei, nanti degree kite memang terperuk kat fakulti ni je la kan?"
"Ha'a, pusing pusing nampak budak CS je. "
"Abeh nanti dapat pakwe pon budak CS."
"Hahaha ha'ah kan!"
"Gile bosan doooh ~ mana fakulti engineering?"

Perbualan bangang kami. XD Tak tulis nama pun korang tau kan mana satu dialog aku mana satu dialog Pipah. KAHKAHKAHKAH ~

Friday, November 13, 2009

Diari Dairy


Mesti pelik amende la aku pos buku koyak rabak nih kat sini. Hehehe....nak tau ni apa? YAAA. DIARI SAKTI AKU. Diari2 yang aku tulis masa zaman hingusan skolah dulu. Aku start mase Form 1, gune diari kecik kulit keras kaler merah. Konon2 biar ade feel tulis diari yang btol lah XD Dah abis buku tu, aku gune notebook bind besi, saiz besar sikit dari yang first. Pastu plak, aku gune buku tulis biasa je. Ohhh tak cukop. Hambek ko last skali aku gune buku tulis 200 page tu 8D So aku ade 4 diari. Tapi taun lepas masa kemas2 bilik, aku buang 2 buku terawal tu. Sayang memang sayang, tapi tetap gak kene buang. Yang lagi dua ni tak sampai ati nak buang, sebab citer die beeeeessssst 8DDD

Scope diary aku mudah je : HIGH SCHOOL CRUSH !


Memang hebat lah. Aku siap kepilkan bahan bukti untuk semua bende yang berlaku, kalau ade lah kan. MUHAHAHHAHA. By the way, tatap lah sain aku tu. Intan cakap sain aku macam rumput. Oh sedih ! Tiru la kalo terer, aku tak gune sain ni pun untuk urusan rasmi. Kahkah.


Ni aku tulis kat page terakhir. Menandakan tamatnya kegiatan aku menulis diari seumpamanya. Lantakkan lah English aku yang bersepah tu. Kehkeh ~ geli pulak bile aku bace balik bende ni.



Dah la tu. Takleh lebey-lebey. Aku konpem G-ha excited gile nak bace kan? HARAPANLAH AKU NAK KASI ~!!! Wahahahaha XD

P/S : Aku mimpi Ustaz Kamal lagi!! Uwaaa rindu kat ustaz T___T

Monday, November 9, 2009

Saya tingtong.

Aku paling benci buat laporan. Sebab tu aku tak suka jawatan Setiausaha. HAHAHA KAU DAH KENAPA? XD Hmm...report dah hampir siap, tinggal nak print screen layout system & lukis DFD yang final. Sumpah menyampah buat bende ni. AIIIIIIIIIIHHHH.

Aritu pegi berfoya-fuiyo dengan akak aku. Oh kali ni tak tengok wayang sebab takde citer best. Kami pegi bershopping aja...(haha aku shopping lah sangat, duit pun tade). SANGAT JELES AKAK AKU BELI JAM BARU YANG TEBABOM CHANTEK GILER. Tu pun gara2 hasutan aku jugak 8D Tapi siyes cantik, kalo aku ade duit dah lame aku sambar. ISK ISK. Disebabkan earphone MP3 aku dah kiok aku pon pergilah membeli earphone baru kat Sony Style. Eh setan lah staf die. Buat aku hangin jer. Orang cakap2 baik2 die bley pulak kan buat muka. Sampah masyarakat betol. Ko racist ke hah?

Dan semalam mama menerima panggilan telefon dari kampung. Pakcik aku meninggal dunia lepas masuk ICU. Aku pun tak berapa tau detailsnye. Pagi tadi mama & abang aku balik kampung. Aku tak ikut sebab demam & tuntutan kerja. Tapi kesian lah sepupu2 aku tu, kecik2 lagi dah hilang abah mereka. Ya Allah kesiannya :(

Al-Fatihah untuk Cik Din.

By the way, aku tengah demam teruk. Sakit sgale hidung (banyak sangat ke hidung ko??) & tekak & kpale & sendi2. Agak takut ni weih, aritu aku muntah2 + sakit perot, skang demam pulak. Ko bleyh pikir tak ape yang aku risaukan? =O Isk....mintak jauhlaaaaaaaah @___@

Post kali ni macam berterabor. What to do leh...sakit kpale lah. Hahahaha ~