Saturday, July 24, 2010

Baca tau P/S bawah tu.

Ramai dah jumpa blog aku nih. Selamat datang. Hahahha.

Duuude ~ sedar tak sedar dah 3 minggu berlepas weh. Ada lagi 11 minggu nak habiskan sem 4 ni. Eh tak rasa cepat ke kau? Aiyok. So macam mana pengalaman duduk rumah sewa ni?

HAHAHA. Percaya lahh kata-kataku....duduk rumah sewa membuatkan saya rasa seperti wanita bekerjaya yang sibuk ! XD Ye lahh...bayangkan kadang-kadang balik kelas tuh singgah kedai kejap beli barang-barang dapor seperti minyak lah, sayur lah, telur sardin ikan bilis sos kicap semua semua tuh. Balik rumah pulak ketang ketung masak kat dapor (stakat ni housemates je la yg masak beria, aku tolong sikit2 je hahahah) FUHHH FUHHH ~~~ I'm a busy woman !

Nasib baik jugak laa member sorang ada bawak kereta, takde laa aku stress sangat nak mensardinkan diri naek bas RapidKL tuh ulang alik gi kelas. Kecuali hari Selasa lah, aku kelas Jepon, qaqaq amek Arab. Gilelaahh kapasiti bas nak balik seksyen 7 di waktu petang ~ TAK BERNAFAS AKU !!!

Dan disebabkan aku hari-hari pegi kelas naek kereta, kena lah aku naek tangga Batu Caves @ Bukit Tonggek tu hari-hari. LONGGAR LUTUT HAMBA ~ isk isk. Bulan puasa nanti...ah tak sanggup ku membayangi. HADOOO!

Weh, rumah sewa Nabiha bawah rumah aku je. Aku dah reunion dengan dia ~ XD

P/S : Saya dah lemau nak update blog la. Nak "deactivate" blog kejap boleh? Ahha.

Sunday, July 4, 2010

CS2264A.

Lagi 3 jam nak balik rumah sewa kat Shalam. Sampai sana nanti nak kemas rumah pulak. Wow wow. Hidup membujang bersama kawan-kawan sekaliyan ~ HAHAHAHA.

Semuga selamat lah hendaknya semua. Semuga dapat belajar dengan baik. Semuga dapat menghadapi stress yang teruk dengan bergayanya. Semuga dapat boyfren. Semuga sihat sejahtera semuanya. Ini ucapan untuk rakan-rakan.

Nanti bile free dan senang hati aku hapdet lagi. Buat sementara ni biarlah blog ni bersawang selama berbulan-bulan. HAHAHAHA.

Saturday, June 26, 2010

Saya menang motoooor ~




Terima kasih Kak Zira senior ku yang paling cool di atas penganugerahan glam ini. Yaww ! XD



Dan soalan-soalannya berbunyi :


1) Kenapa anda suka blogging ?

- sebab saya suka menaip sesuatu secara tiba-tiba. Hahaha !!! Sebenarnya dulu saya baca blog orang je, pastu tetiba cam rasa best pulak kan. Blog pertama saya berplatformkan blogdrive.com, tapi dah lama dah rest in peace. Kat sana dulu macam-macam saya letak; music player, gambar2 blablabla...tapi sekarang saya lebih prefer blog yang ringkas dan simple macam blog sekarang ni. Ceywah !


2) Adakah anda bahagia dengan kehidupan sekarang ?

- BAHAGIIIIAA SANGAT. Syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaNya ini. Fuh ~ !! *lagi2 baru balik dari hangout bersama family tersayang kan. Ahah!*


3) Apakah impian anda 5 tahun akan datang ?

- Oh. Anda boleh refer di sebelah kanan anda. Saya ada senaraikan tu. Hahaha ! *dasar pemalas kau nih kan!*. Tapi yang utama utama utama sekali impian ke-5 dan ke-6 tu. Weee ~


4) Siapakah orang yang anda mahu sentiasa berada di sisi anda ?

- Kalau boleh memang nak selalu lah bersama keluarga kaan ~ tapi dah kalau pergi belajar tu tak dapat lah gayah oii...*aku bukan anak manja lah ngeng!*. Kesimpulannya, saya mahu keluarga dan kawan-kawan tersayang sentiasa berada di sisi saya :)


5) Sila beri award ini kepada 5 orang yang anda suka (baca blognya yaa ayat ni aku tambah sendiri yaak taknak lah cheesy wedges begitu segan I XD) :

- Sari
- Suri
- A-za
- Sewhee
- Irwan
*saya nak bagi award ni kat Kak Zira jugak! Hahahha~*


6) Beri pendapat kamu tentang award ini

- Terima kasih. First award ni. HAHAHHHA !!! *tak menepati kriteria soalan betul! XD*

Tuesday, June 22, 2010

XTVT.

Bila aku flashback balik aktiviti2 harian aku masa cuti nih :

1) Bangun, gosok gigi, basuh muka, mandi bile rase nak mandi siang2.
2) Makan kalau rasa lapar dan tengok lauk best ke tak best. Kalau takde lauk dan rase lapar, masak lah.
3) Sapu + mop rumah sambil pasang radio kuat2. Kalau ade baju banyak nak basuh, mesin basuh on sekali.
4) Lipat baju kalau ada, sambil tengok tv / dvd. (dvd lah selalu, tv boring)
5) online, download, chatting, apape aktiviti cyber.
6) mandi, solat, etc etc

Kadang tuh ade aktiviti tambahan :

* melepak merayau kat shopping mall
* pergi bayar segala bil
* bagi makan kucing kalau abah balik lambat
* mandikan kucing kucing hyperaktif
* siram pokok bunga petang petang
* marah dua makhluk pelik yang panjat pagar rumah
* masak (cey, berlatih benar gua nih ahahaa!)

Kesimpulannya :

1) Lantai rumah aku berkilat shining kalah iklan. Okay bola hyper di situ~
2) Tiada longgokan baju baju tak berbasuh.
3) Dah khatam baper banyak dvd dah.
4) Banyak sangat file dalam HD tak ter-burn. Kejap lagi merah la kau.
5) Aku rasa macam surirumah yang handsome. HAHAHAH.

Tinggal kurang lagi dua minggu je nak buat aktiviti2 seumpama ini. Duhh....malas siot nak setup rumah sewa ~ perabot segala ape pun tak beli lagi. Cey perabot bagai ~ blah kau. XD

Aku nak mengamuk.

Macam mana laa aku tak racist gemar sangat dengan spesis makhluk ni. Malam-malam selalu menyemak melepak depan rumah aku buat bising. Abah sediakan tempat duduk kat taman depan umah aku ni untuk kitorang sekeluarga bersantai waktu petang, tapi kerusi-kerusi tu dah kena invade kaw-kaw dengan diorang bila malam menjelma.

Eh kau kalau buat bising je aku tak kisah sangat (oh tak. Aku kisah sangat sebenarnya), tapi kalau dah sampai mabuk mabuk minum arak pastu pecah pecahkan botol merata-rata kat kawasan depan rumah aku ni SIAPA YANG BLEH TAHAN BAI? Dah laa bukak lagu yang entah hape hape tu .... tekanan perasaan betul !

Sekarang ni diorang tengah "berpesta" depan rumah aku. AHHHH TERENCAT AKAL SEMUA TU. Geram betul aku ~

Dah baper kali aku mencarut carut nih. Aduh.