Wednesday, May 19, 2010

Kematangan akal fikiran.

Sejak menjak ni aku rajin giler blog hopping tak tentu hala. Dari blog member-member, blog artis sampailah terbabas ke blog maknyahh (auww tak kuasa mak!). Hehe. Dah lame tak buat kegiatan penuh faedah camni di waktu malam buta.

So bile dah melompat-lompat kangaroo ke merata blog tu, aku terjumpa la satu blog ni. Blog kawan kepada kawan kawan aku. Pening? Lantak kau :P Budak ni aku rasa sebaya dengan aku, dan die study course yang lebih kurang sama dengan aku sekarang (software engineering kalau tak silap) tapi kat universiti lain. Aku baca lah rentetan hidup dia (tak de la semua post, tak larat nyaah~) pastu entah camner bila baca blog dia, aku mule berfikir.

Minah tu dah join macam-macam event berkaitan system development, dah lalui segala onak duri memecah otak buat SRS documentation yang-aku-sangat-menyampah-walaupun-baru-tahap-belajar-je-pun, dah jumpa macam-macam client punya perangai yang senonoh dan tak senonoh....kira macam she's already like a successful system analyst. And she loooves software engineering.

Aku skang blajar Information System Engineering. Tapi aku tak macam dia. Aku takde pemikiran seperti seorang system analyst (belum lagi kot?). Aku pergi kuliah, belajar, balik bilik, makan, tidor, wat assignment, submit assignment, siapkan projek, amik test, amik exam, cuti semester. VOILA. Cuti ni aku takde inisiatif nak mendalami ilmu ISE lagi. (Beluuum lagi tuuu....). Padahal sem-sem akan datang memang mencabar keimanan aku bet. Haih, kadang-kadang bila aku fikir benda ni, aku rasa diri aku macam tak matang lagi. Alah baru 22 (21 lah) tahun..rileks beb!

Rileks eh. Kau dah patut fikir pasal masa depan kau kot Mai. Ko nak keje apa dengan kelulusan ko nanti...camner ko nak survive dalam hidup bekerjaya lepas graduate nanti...

HEY MACAM-MACAM LAH KAU KENA FIKIR. Belum lagi kene fikir cari pasangan hidup oh kau sungguh gathaaal.

Sebab tu sometimes aku tak nak jadi dewasa. HAHAHA. Duh.

P/S : Masa wat system prototype tu aku dah pesan kat diri sendiri cuti-cuti ni aku kena belajar guna Netbeans. Tapi macam tak sampai seru lagi nak belajar. Hehe. Lepas konvo nanti lah. HAAA KAU TANGGUH LA LAGI TANGGUH. Pegi laa layan Ray William Johnson punya "EQUALS 3" video tu puas-puas. (Terima kasih kat anda sebab suggest kat aku channel tu, best giler !!! )

0 comments: