Baper hari lepas ade la aku post kat Facebook mengatakan aku rindu sangat-sangat kat Jengka kan? Well, sumpah aku tak tipu, aku memang rase rindu gilebabun kat tempat tu. Aku rindu suasana dia, orang-orang sekeliling dia, cafe dia, van kuning dok bawak student ke bandar Jengka, semua lahh. Tapi ada satu lagi perkara yang buat aku sayang gile koooot dengan UiTM Jengka nih.Al-kisah diceritakan masa raya tahun 2007. Masa tu aku baru part 2. Aku tengah dalam perjalanan nak balik Jengka dengan parents aku, so dalam kereta ade la benda yang diborakkan. Tetiba abah aku macam ketawa.
"Kenapa bah?"
"Tau tak abah yang bina UiTM Jengka tempat adik belajar tu?"
"Haaa!?"
Untuk pengetahuan korang, abah aku dulu kerja buruh buat-buat bangunan semua tu. Abah cerita yang dia dengan arwah pakcik aku pernah kerja buat bangunan kat Jengka. Memula abah ingatkan diorang nak bina kolej ape tah, tapi last-last dapat tau bangunan yang diorang nak buat tu sebenarnya satu lagi cawangan UiTM yang nak dibukak kat sane. Abah cakap dia ada borak dengan arwah pakcik aku macam ni (lebih kurang lahhh!) :
Abah : "Rupanya bangunan yang kita nak buat ni universiti"
Arwah Pakcik : "Ye lah."
Abah : "Entah-entah satu hari nanti anak-anak kita pulak yang belajar kat universiti ni. "
Arwah Pakcik : "Ye mudah-mudahan... "
WAHLAUEH. Aku macam tak terkata pun ada jugak. WOW, GILA WOW. Masin mulut abah. Akhirnya aku lahh anak abah yang berjaya masuk UiTM Pahang cawangan Jengka, universiti yang abah bina. TERHARU SIUT !! Sampai-sampai je kat pintu masuk UiTM tu, abah tunjuk la bangunan HEA tu bangunan memula sekali yang abah "piling". Abah cakap gak masa tu Jengka memang tak ramai orang sangat, memang hutan kiri kanan. Sekarang ni dah maju, ade kilang bagai ~ rasanya masa aku daftar masuk tu lah kali pertama abah jejak Jengka lepas bangunan UiTM tu siap dibina.
Sepanjang aku study kat Jengka, kalau aku rasa macam demotivated nak belajar ke apa, aku mesti ingatkan diri sendiri "Abah yang buat universiti ni untuk aku. Dah tu jangan nak malas-malas!"- ok macam ayat poyo. Eh lantak la aku yang nak motivate diri sendiri. HAHAHA!
Sekarang ni aku dah pun jadi alumni UiTM Jengka. Aku taktau laa bile lagi agaknya aku akan jejak tempat tu...... :(
Jengkarians sekalian, cepat ucap terima kasih kat abah aku. AHAHAHA :P
P/S : Tajuk post ni adalah ayat yang aku selalu sebut spanjang minggu MMS berlangsung masa part 1 dulu. Tantan dengan Zuma lah yang selalu dengar aku sebut tuh. Kehkehkeh!

5 comments:
ok!!siyes aku bangga ngn abah ko tu!!*sayang pokcik lebih*hehe terharu siyot abah sndiri yg wat universiti utk anak die kn??ape2 pn,aku sayang kt uitm jengka..pada mulanya hatiku meraung xnk dok situ,last2 aku merasai kerinduan stelah 1tahun menggalknnya...
mai,komen atas tu adalah dariku putcomey..
wahhhhh mai..tak sangka beta mai ur abah buat utk anakandanya..baguz mai baguz cara memotivate diri ko tatkala berasa diri tidak dimotivate..tahniah mai tahniah..anda adalah salah seorg senior beta yg telah berjaya..
mai,kalau ko nak tau,dl abah aku pulak ada ckap kat itm tu dl ada satu lif kat sana yg telah meragut nyawa seorg pelajar.bila lif bukak lantai dia takde..,bebaek kakak mai..
ko tau siapa beta kan takperlu beta kenalkan diri muehehehehe
Put syg :
hahaha mari bangga dgn abah aku!! :D tu la wei, aku rindu sgt kat tempat tu. camner nih? hahaha
Aban dingdong :
Yeaa hebat kan cara motibasi aku? Hehehe. Weyh citer lif tu kat itm pahang ke shalam? shalam la kan...pahang mana de lif. kehkehkeh! ouhh itm shalam memang berhantuuUUuU ~
hahahaa..knal eh ko mai beta ni..ntah ah mai,tak tny plak beta itm mana mueheheehe..
*aku bersimpati keatas kaki 4 oren ko mai..nnt senang2 ko bwk oren ko dtg,kita pkai waterkaler kan eh
Post a Comment