Wednesday, June 9, 2010

Kisah dua makhluk.

Ada dua orang makhluk. Tak tau berasal dari mana. Selalu merayau-rayau berlegar-legar sekitar kawasan perumahan saya. Pada suatu hari, saya nampak mereka bermain-main berdekatan dengan ayah saya yang pada waktu itu sedang memberi makanan kepada burung. Saya biarkan saja.

Hari-hari mereka bermain sekitar rumah saya pada waktu petang. Satu hari, saya sedang menonton TV. Tiba-tiba terdengar suara anak kecil memanggil kucing saya. Sungguh dekat suara itu. Saya memandang ke luar. Terlihat dua orang manusia itu sudah memasuki halaman rumah saya. Eh, tanpa memberi salam pun mereka itu. Saya biarkan saja.

Beberapa hari lepas itu, mereka sudah berani memasuki rumah saya tanpa rasa takut dan bersalah. Oleh kerana pagar selalu tidak berkunci, maka mereka masuk sesuka hati tanpa memberi salam. Mereka seperti buat rumah ini rumah mereka pula. Selalu masuk ke dapur semasa ayah sibuk menyiapkan makanan untuk kucing-kucing. Walaupun ayah pernah menegur mereka supaya jangan masuk dan mengganggu, nampaknya mereka tak faham. Mungkin perlu berbahasa tagalog dengan mereka kot. Bila si kecil itu nampak saya yang sedang duduk di ruang tamu, dia sekadar memandang dan terus blah. Saya biarkan saja.

Petang semalam, pagar saya berkunci. Seperti biasa pada waktu petang mereka bertandang ke rumah saya. Melihatkan pagar berkunci, si kecil mula menjerit menyuruh ayah saya membuka pintu. Bila ayah saya buat taktau, si kecil menjerit tidak puas hati. Akhirnya si kakak MULA MEMANJAT PAGAR RUMAH SAYA. Si adik pun sama.



Tengoklah. Sungguh berani dan tak ada rasa bersalah langsung menceroboh kawasan kediaman saya ni kan? Ayah sudah tak larat mahu menegur mereka. Saya pula...... "heyy memang aku nak maki je bebudak ni semalam wehhh!!!" tapi tak macho la marah budak depan ayah saya. Saya biarkan saja.

Bukannya apa, saya tak kisah mereka nak bermain-main sekitar rumah saya. Tapi mereka ni harus lah tau nak hormat orang lain. Mungkin mereka masih muda dan mentah, tapi kecik2 macam ni la mesti belajar hormat kepada orang. Bukan sesuka hati "pecah masuk" rumah orang lain, mengganggu ketenteraman orang malah MENGEJAR KUCING-KUCING SAYA !!! Argghh. Saya harus memaki menegur mereka satu hari nanti. Kalau tak berubah jugak, SIAP KORANG AKU JUMPA MAK AYAH KORANG ! MUAHAHAHAHA ~


Tak ajar "biadab"? WAKAKAKKAK. Gelak guling guling lah saya. Apa punyer subtitle lah siapa yang buat ni?!!! XD

P/S : GACKT hensem gila siot dalam felem MOON CHILD nih !! Woot woot 8D

4 comments:

irwan e3 said...

pelik btol stori ko ni mai.... ko sure ker dua makluk tu manusia?

MAI'demoiselle. said...

pelik eh? kan! aku pon rase pelik tengok makhluk2 ni. tapi sejak aku post bnde ni tetiba je dorg dah tak datang menceroboh umah aku lagi. Mungkin mesej sudah disampaikan melalui teknologi ~ hahaha

Anonymous said...

sadis gila wey? nak tergolek aku baca. hahaah

MAI'demoiselle. said...

mmg sadis segaraga la wehh ~ ade ke patut aritu si adik masuk menonong gi dapo pastu mintak air?! dah tu tanak air masak nak air siraaap hesshh