So kepada korang yang selalu naek KTM Komuter, tak pun yang pernah naek sekali dua (alahai takkan tak pernah kot?!), mungkin korang dah tau yang KTMB dah wujudkan satu gerabak khas untuk WANITA SAHAJA. Aku dapat tau pun dari fesbuk kawan aku yang time tu dia first time naek coach tuh. Aku pun macam "Heh? Ladies Coach?" *sambil konon-konon wat mata bersinar ala katun gitu*.
Pengenalan koc wanita ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. - KTMB
Nak dijadikan cerita, last last week aku pegi berjeemba ke KL dengan kakak aku. Ok kitorang takkan bawak kereta pegi KL sebab silap haribulan nasib malang tak jumpa jalan balik rumah. Ah ade signboard ke takde signboard ke kalau dah nak sesat tu sesat lah jugak. Lagipon omaigosh traffic jam macam ayam kannn...so kitorang slalu pegi naek KTM.
Aku dah lama koooot tak naek menatang ni, sejak dah tak payah ulang alik ke Jengka. Heheh. Bila naek dari stesen Klang tu, dari jauh aku dah nampak gerabak yang ade sticker kaler pink tulis "Ladies Coach at ALL TIME". Eh kenapa aku rasa ayat tu macam kelakar? Aku naek coach tuh, saje je. Dalam tu SEMUA wanita. Ceh, tak best nak cuci mata.
Dah petang petang tu masa sampai kat KL Sentral, tetiba kitorang rasa HARUS pegi ke Midvalley. Kalo yang slalu naek KTM, korang mesti tau tren ke laluan Seremban tu JARANG SEKALI atau kata kasar nye TAK PERNAH LANGSUNG kosong. Aku baru je turun escalator, dah nampak selaut manusia berdiri sampai hujung escalator pun ada. RAMAI GILA BAI. Tak sanggup mak ~ tapi ia tak patahkan semangat kami. Tunggu punya tunggu, tren pun sampai. Lumrah KTM...orang ade master ke SRP je ke kalau dah berebut memang macam orang bodoh. Macam kata kawan aku;
"Malaysian people don't queue !"
Semua berebut-rebut masuk, dah tak peduli ape dah. Kesian jugak orang yang dari dalam tren nak keluar tu kena asak masuk semula. Mana laa takde insiden jerit maki hamun semua.... benda yang paling kelakar sekali, Ladies Coach tuh dah bercampur laki pompuan. Apekah Koc Wanita begini?
So tell me forum, do you even think Ladies Coach is practical ? Kalau dah macam tu gaya, takde maknenye la Koc Wanita Sepanjang Masa tu. Hahahaha *sinis*
P/S : Sesapa yang bukak blog ni guna Firefox, font blog ni tak sakitkan mata korang ke? Aku sarankan korang guna browser lain, IE ke Opera ke tak pun Google Chrome. Sakit hati aku je bila bace kat browser Firefox. Ehehe !

2 comments:
akak pake firefox.. ok jerk font ni???
p/s: i da lame tk naek menatang tu jugee...
Oh mungkin setting firefox di pc abang saye yg sengal unta. hehehe kalo begitu teruskan dgn musang berapi anda :D
Post a Comment