Serious laa kan aku delay nak blogging sejak beberapa hari lepas. Konon masa birthday aku nak la post something tapi kemalasan tuh bermaharajalela. Sorry adik abang kakak makcik pakcik atok nenek sekalian. HAHAHAHA. Okeh ini dia hapdet ambik kau ambik !
21 November lepas adelah hari kekachakan aku. Terima kasih kepada 98+ kawan yang wish besday aku kat Fesbuk sana. Hahaha, time besday je la kan nak merasa wall kau penuh semacam. Sebelum tu 20 November, aku pegi berjeemba habis dengan akak aku ke KL berkarok dan berwayang menonton latest Harry Potter movie (malas ah nak tulih tajuk) ~ 2 jam lebeh muvie dah macam Hindustan plak, sakit tengkuk + pinggang aku duduk lama. Cerita dia -- malas nak review sebab boleh boleh saje laaaah.
Then masa besday aku, siang tuh aku duduk umah je. Mama buat kek (tapi aku tak sempat tolong sebab bangun lambat heyyy anak dara niii *pot pet pot pet*). Petang tu pegi JJ Bukit Tinggi sebab mama nak tukar kasut. Mama suruh aku pilih je apape kasut aku nak. OH LUPA. Hadiah birthday I lah kannn 8D So aku pun merembat satu sandal. Pehh harga dia kalah kasut mama. Hahaha! Then balik beli KFC bucket dan makan makan di rumah. Selebret lah tuu !
Kelmarin pulak aku ada update status FB berbunyi : "Jom la ajak aku keluar. HAHAHA." Dan akibat daripada status itu, semalam kami pergi berfoya fuiyo ke Sunway Pyramid. Kat sana pegi bantai tengok movie "UNSTOPPABLE". AKU SUKA ITU FILEM. Best dowh !! Tak rugi ikut idea si Fareez. Ingatkan nak tengok citer 2 ALAM.....*ok kau menipu sangat*
Pastu pegi melepak makan makan kat Murni Discovery SS13 (entah aku main bantai je SS brape tuh haha!). Ada makluk bising kenapa tak snap snap gamba masa kat Pyramid tadi. ALAH MAK LUPA NYAAAH. Maka snap snap gamba kat Murni pun jadi lah kannn. HAHAHA *cover cover*
Ini taiko dan mafia mafianya : Fareez , Jijul, Awie
HAHAHAH. Alahai, alang alang berjeemba sama, selebret skali ape lah salahnya kann. *selebret lah sangat pun* :P So itu lah dia rentetan peristiwa besday dan aktiviti foya fuiyo dengan member pertama sejak cuti sem bermula. I iz happy !
Ok dah, I nak rileks wat facial kejap. Esok malam I ADA DINNER KAT HOTEL LAH UOLS !!! XD
By the way, something awesome to share :



0 comments:
Post a Comment