Okay bagi yang taktau, citer die pasal isteri ni pemalas nak mampus, taktau masak dan suke enjoy macam orang bujang padehal die tuh dah kawen, dah ade suami
Sambil tengok tuh, mak aku ade sound sound sikit "Haa tengok tu! Mama slalu kat dapor masak, adik duduk dalam bilik je pot pet pot pet sekian" ~ OKAY I'VE ALREADY SAW THAT COMING PUN. Terlambat nak melarikan diri dari situasi itu. XD Takpe, aku kan kebal. HAHAHHA.
Petang tadi pulak, mama balik balik je dari keje, nampak aku tengah tengok tv.
"Dik, masak nasi 3 pot."
Okaay. Biase laa tu masak nasi kan. Aku pun lala lili lulu pegi masak nasik kat dapor. Lepas tuh mula lah drama aku pulak bila mama start cakap :
"Potong bawang dengan halia tu. Ambik kobis dengan cendawan. Pot pet pot pet *arahan untuk memasak*"
DAMN. NI MESTI DRAMA MALAM TADI PUNYA PASAL.
Hahaha tak pasal pasal dah aku jadi macam Amani dalam citer tuh! Tapi aku ok lagi, tak kena marah marah ke ape masa masak tu. I nampak expert lah ! Mak aku pun macam kagum jugak tengok. Hmmpphh hmmphhh! Tapi ade la jugak mama guide aku macam berapa sukatan garam ke air ke nak dicampak dalam kuali tuh semua.
Mama : "Haa potong semua tu. Kang nanti jadi macam cerita smalam tak reti apape. Tadi kat ofis semua dok borak pasal cerita malam tadi. Semua pun gelak gelak je" *sambil ketawa bila cerita kat aku*
Aku : "Alaa rilekkkks. Adik masak la kat rumah sewa."
Abah : "Tadi adik masak nasik goreng sorang sorang kat dapor. Tapi tak sempat nampak apa rupanya." *sambil sengih sengih*
Memang pun. Abah nampak aku dok hiris bawang lah cili lah ape segala tengah hari tu. Aiseh, I was busted siot. XD Baru je tak nak meninggalkan kesan masakan aku. Cett. Ok aku memang ada habit ni dah lama. Aku masak, tapi untuk aku sorang makan. Tak konfiden lagi laaa nak masak untuk the whole family. Aku mengaku laaa.....skill memasak aku bapak huduh tahap gampang punya aku tak tipu. Tapi at least rasa sedap okeyyh ! Well, aku sorang laa rase sedap kan. HAAHAHAH.
Tapi untuk dinner malam ni, SEMUA LAUK PAUK AKU MASAK. YA. AKU YANG MASAK. SATU FAMILY MAKAN. OHHH BAHAGIA KU RASA !!!! *padehal lauk simple je eh kau jangan nak berlagak sangat!*
Simple tak simple, yang penting aku yang masak. MUAHAHAHA. Biar simple, asal cukup rasa. Kaaaaaaaaan ! :p Okay geng rumah sewa gua sekaliyan, sem depan kita main masak masak sampai tunggang terbalik dapor tu okayh!
Kepada bakal suami saya, saya tau saya tak pandai memasak. Sekarang ni pun saya belajar masak dengan mama (ade jugak laa google sikit sikit resepi online). Nanti bila awak rasa masakan saya tak berapa nak sedap dan lazat, jangan condemn sangat tau. Cuba bagi kata kata semangat. InsyaAllah lama lama awak akan dapat rasa masakan ala ala hotel gitu ~ weeeeeeeeee !
Sila tampar muka awak laju laju lepas baca ayat ayat cinta di atas. HAHAHAHA.
Oh ye.

Ramai yang tanya macam mana mama buat kerepek pisang yang sedap gila nak mampuih tu. Bagi yang nak tau *terutamanya Cik Sewhee*, silakan klik sini. :D
Aku tengah makan kerepek pisang yang hebat ni. OM NOM NOM NOM.

1 comments:
blhla msk pasni....msk sdap2 tau...
Post a Comment