Dan seperti biasa untuk sem ni, aku balik Klang setiap minggu. Serabut la weh duduk Shalam! Haha. Dah tu timing memang tengah kachak gila la sebab abang aku off duty, so tengahari dalam pukul 1 tu aku dah boleh balik rumah.
Macam biasa, bila dah sampai rumah (dalam pukul 1.45 nak dekat pukul 2) mula lah aku start online start tweetdeck bagai bagai. Sekali aku tengok timeline aku lain macam sikit. Member member Jopun aku sume macam tak tentu arah, panik, tak keruan segala apa sinonim kau boleh fikirkan.
MANA AKU TAU MASA TU KAT JEPUN TENGAH GEMPA BUMI BERSKALA 8.9 MAG KAN! 5TH LARGEST EARTHQUAKE SINCE 1900!
Dengan aku aku sekali jadi panik. Macam aku pulak yang tengah in real-time disaster seumpama itu. Serius weh, aku rasa takut gila. First person I was concerned of, semestinyalah rakan masa kecik aku si Vincent yang tengah study kat Jepun tu. Aku terus pegi wallpost dia kat FB. Nasib baik dia respon dalam masa beberapa minit je. Vince nyer lokasi jauh sikit dari gempa bumi tu so dia selamat. Thank God!
Next person I was worried of is my beloved Nihonjin friend, Nana-chan. Aku tak nampak dia tweet langsung! Segala macam cara aku guna nak contact dia. Tapi dia tak balas balas jugak. Aku dah risau babeng ah kan. Tapi 3 jam lepas tu, dia balas e-mail aku. HOI AKU NAK MENANGIS KEGEMBIRAAN BOLEH TAK!? Apparently hometown dia kena gak gempa bumi, tapi dia okay. YOKATTA NE ~ nak gugur jantung mak noxx!
Dah gempa bumi, mesti lah disusuli dengan tsunami pulak kan. Adhoi saye. Lagi la aku jadi seram bila Filipina pun ada gempa bumi 6.0+ MAG sejam dua lepas tu. Tsunami pulak dah sampai Hawaii. Warning issues of tsunami-chain pun keluar tak lama pastu. Wahlau, Malaysia pun ada gak in list. Pulau Labuan katanya ada gelombang besar. Wehh aku seram!
Mananya tak seram, korang ingat tak cerita aku yang ni? (+_+)
Tapi Alhamdulillah, setakat hari ini Malaysia selamat. Semoga selamat sentiasa. Amin!
Rakaman real-time earthquake disaster semalam. Isk! (source: Youtube)
P/S : Disebabkan gempa bumi tu, sistem komunikasi telefon diorang down untuk beberapa jam. Nasib baik ada Twitter. Diorang boleh share info & hotline kat Twitter. Beb, Twitter awesome kot! Cepat follow aku cepat :p
P/S 2 : .....dan of course lah performance EXILE malam tadi dibatalkan. Sistem broacasting TV Asahi rosak hey!

1 comments:
si Vincent.. saya la tu! ahahha...
dah lama tak baca blog u.. busy dgn research semua..
anyway thanks for caring mai ;)
jgn pikir nk dtg jepun buat masa ni. huhu
Post a Comment