Semalam besday saya. Okay, secara rasminya dah 23 tahun. TEPUK TANGAN SEMUA ~ tahun ni punya besday agak unik sikit, sebab pertama kali dalam hidup aku, besday jatuh pada hari aku tidak bercuti dan menggemukkan diri di rumah. November kot, kalau zaman sekolah dulu sah-sah tengah cuti penggal akhir. Masa diploma dulu pun bulan 11 dah cuti semester. Terima kasih UiTM sebab lewatkan masa pendaftaran sampai bulan September lepas. Dapat jugak merasa besday dikelilingi kawan-kawan. HAHAHA
Maka pada hari Isnin, pegi kelas FYP macam biasa. Jumpa supervisor macam biasa. Pastu merayau-rayau kat gerai coklat kat Dewan Al-Ghazali tu. Betapa sadis dan lonely nya aku ni sampai teringin nak beli cupcakes dengan coklat tu sempena besday sendiri. Nasib baik la tak kan ~ Dah tu pegi pejabat pos PKNS jap nak pos amanat penting kat member yang dok kat Singapore sana........beliau nak pegi Jepun next week so aku ada laaa memesan barang-barang yang patut. Tak payah la tanya buat apa dia pegi Jepun tu.......DIA PEGI KONSERT EXILE SIYODD AKU JELES WOIII T___T WAA NAK IKOOOT !!!
Balik rumah sewa, macam biasa. Online kejap sambil membalas segala online besday wishes kat Facebook mahupun Twitter ~ time2 macam ni je la kau nak merasa wall ko meriah kan. HAHAHA. Buat report sikit.....tetiba mata berat. Sori bai, tido kejap ye. :D
Korang tau kan kitorang kat rumah sewa ni ada giliran memasak masing2? So Isnin tu giliran bebudak Math Comp masak. Aku ni dah lapar tahap naga....gi la dapur tanye Kak Mas masak apa malam tu...
"Oh...malam ni lauk simple2 je ~"
Ok fine la. Simple tak simple janji ada makanan. Hamba sangat teramat lapar. Sambil tunggu diorang siapkan makan malam, aku pun mengadap la laptop buat kerja. Tiba-tiba.......
LAMPU TERPADAM.
RUMAH GELAP GELITA.
"Happy birthday to you ~ happy birthday to you ~ happy birthday tu Mira, Anis & Mai~ happy birthday to you ~~~"
SAMBIL ADA KEK BERLILIN TERAPUNG DARI DAPUR.
HAHAHAHAMAGADDDDD.
TERKEJUT TAK TERPERI AYAM PERI PERI WA CAKAP SAMA LU !!!!
Gila la, memang unexpected betul surprise sebegini rupa. HAHAHA Aku la surprised sangat kot, first time experience benda camni. Wuuuuu nak nangesss ~ ah sudahla ayat dramatis di situ. Kitorang bertiga selaku bayi bulan November pun tiup lilin sama-sama awwwww ~
Bayi-bayi November : Mira, Anis, Mai :D
Hebat betul diorang sorok kek dengan KFC weh. Aku tak perasan langsung. Mungkin aku sorang je la yang tak perasan.....Anis cakap dia macam dah dapat agak. HAA TU LA KAU PETANG PETANG TIDO. XD Padahal aku dah bukak peti ais tu dua tiga kali dah, boleh jugak tak perasan kotak kek dalam tu -___-;
So dinner malam tu agak grand la dengan kehadiran kek coklat kedai kakak konfius serta ketulan-ketulan ayam KFC Seksyen 7 ~ :P THANKS KAK MAS, AZMA, WANI, KAK ZACK, PIPAH & INTAN !!!! Sayang korang 800 juta plus plus !!!!
Hmmm. Besday tahun ni.....dapat wish daripada artis :p HIZUMI D'espairsRay, Jun ALvino dengan May J ~ ah semua ni artis Jepun. Korang tak kenal kot. Isk. Terima kasih la Twitter ~ HAHAHAHA.
Dah 23 tahun sudah. Boifren pun tarak lagi. LEK LUUUU !!!!! XP

0 comments:
Post a Comment