Monday, March 2, 2009

Sedikit pelajaran utk hari ini hahahaooo~

Wikipedia : SLEEP PARALYSIS ITU APAKAH??

Korang pnah tak kene mende alah sleep paralysis ni? Ckp Melayunye "kene tindih". Haha takut tak takut tak?? xD Aku slalu kene bende ni. Aku tak ingat le plak bile start aku kene...rase2nye tym skolah lg aku da kene. Memula kene tu agak ngeri dan takot la gak aku dibuatnye. Perasaan die cmni tau :

"Korang tgh tido. Tiba2 korang mcm terjaga. Korang leh bukak mata, tapi korang takleh gerakkan anggota badan korang. Korang cubalah sedaya mane pun, badan korang mcm kene ikat, apape pun xleh gerak. Korang try bukak mata, dan korang nampak keadaan sekeliling. Even member sbelah tido tbongkang pun korang leh nampak. Korang try jerit sekuat hati, tapi suara korang lgsung tak keluar. Korang mule la bace ayat2 suci Al-Quran ~ sampaila korang betul2 terjaga...."

Mula2 aku kene bende ni, aku cepat2 je nak bangun. Sebab bile kene bende ni badan aku sakit gilababeng, memang cam rase kene tindih. Tapi skang ni bile aku kene, aku try utk tidak membangunkan diri (ape ayat aku cam shilake ni). Tapi....lagi aku buat camtu lagi sakit ade ar...@__@ Paling ekstrem aku penah kene mase part 4 dulu kot. Aku rase sakit nak mampuih plus bile aku bangun badan aku berpeluh2. Rase horrored sgt. Wheeeeeeeeeee..... tapi sepanjang pengalaman aku kene aku tak penah la nampak bende yg bukan2..bak kate wiki, "small figure sitting on top of the body"? TAKNAK NAMPAK TERIMA KASIH.

Aku dpt tau istilah "sleep paralysis" ni dari soompi forums kot. Rupenyer ramai je lagi yg kene bende ni kt dunia ni...hehehe aku suke. 8DDD


Hmm...salah satu punca nye die kate "stress". STRESS KAH AKU???

Tak la kot.

Saturday, February 21, 2009

Bahasa Melayu.

"Keserabutan minda melanda tatkala daku melangkah ke gelanggang ujian pertama QMT161. Cuaca begitu diragui, adakala ianya cerah, adakalanya juga awan mendung kelabu datang menyapa "hai". Namun ku tetap melangkah dengan penuh kejiwa-sasau-an yang melampau. Entah mengapa, hati dan fikiran ku runsing nian dengan pelbagai tanggapan aneh dan pelik tentang ujian yang bakal dihadapi ketika itu.

Tatkala tiba di J2-06, aku semakin tenang. Ketenangan itu berlanjutan sehingga lah kertas ujian disebarkan kepada peserta. Aku meneliti satu-persatu soalan yang tertera di kaca tv helaian yang kuterima. "Oh, agak mudah di situ.... ", tanggapan pertamaku. Lalu daku pun mula mencoret jawapan-jawapan yang relevan untuknya. Ku sangkakan keseronokan menjawab akan berterusan, namun ketibaanku ke soalan ketiga membuatku tersentak. Daku semakin berkecamuk. Hati semakin gundah. Minda tidak keruan. Ku gagahi jua meneruskan usaha. Soalan-soalan berikutnya membuatkan ku tidak tenteram.

"Mengapa? Mengapa daku seolah-olah tidak mempunyai ilmu yang sepatutnya untuk menjawab soalan-soalan ini???"

Aku menjadi semakin bingung. Ku intai jam tanganku yang mengingatkanku bahawa masa tamat semakin menerpa. Tidak semena-mena, seorang jejaka berbaju melayu putih bangun dan menghantar kertas jawapannya kepada profesor. Aku menjadi semakin tidak tentu arah. Pensel yg ku gunakan seakan-akan tidak mencecah kertas lagi. Jari-jemariku menggigil. Tulang belakangku bagaikan retak, lumpuh dan aku menjadi tidak bermaya.

Seorang demi seorang rakan seperjuanganku meninggalkan gelanggang. Tatkala itu jualah aku pasrah dengan nasibku pada waktu itu. Aku menyerah kalah dan menghantar kertas jawapanku dengan hati yang cukup berat. Dalam fikiranku berbagai-bagai kemungkinan negatif muncul.

"Aku pasti gagal ujian kali ini."

"Aku pasti mendapat markah yang paling rendah dan teruk."

QMT161, maafkan aku. Aku akan bekerja keras untuk menawan hatimu kelak
."

Okey, aku nak jadi pnulis novel pasni. Hahao. Tidaaak ~ hari ni amat sedey T________T Dah. Aku nak wat System skang. Tamau ingat pasal test td lagi!!!!!

P/S : siriyes. aku dah lame x tulis karangan bm @_@ tak sangka susah gak nak mengarang panjang2 ni wooooo~ hehe. dipersilakan untuk menggelakkan diri membaca kisah di atas.

Thursday, February 19, 2009

Hai semua. Gelinye aku dgn tajuk ni. haha


Sori. Aku dah lame meninggalkan blogger ni. Almaklumlah...asik mengerjakan blog english aku kt xanga nu...haha xD Camner aku leh teringin nak masuk blogger balik ni? Walhal nak sign in tadi punyelaa sebal palotak pikir aku gune pe nak sign in dulu haha...akhirnye G-mail aku datang mengetuk pintu otak aku lalu aku pun log in ke sini setelah berzaman2 lamanya.

Berbalik kepada tadi....sebab aku boleh termasuk sini balik pasal malam td la. Sume Seri punye pasal. Haha Seri...aku terbaca blog ko mase ko tgh present spesel topik weeheeehee~ pastu aku pun jumpe Atie punye gak. Yeeeey...akhirnye ade member2 aku jadi kaki blogging ~ aku suke suke !!!

Dulu kat sini aku sorang2 je. Takde pun member2 nak wat blog. Pasal tu laa blogger aku ni deserted. Aku aktif kat xanga je skang, sbb ramai netfrens aku kat sane. So best la gak dorang layan fandom fangirling aku ni yg tak berkesudahan je gamaknye. Hahao!!

Anyway...best gak taip BM banyak2 cmni lagi. Ohooo...rindu plak nak aktifkn blogger.

KENAPA AKU BUAT BLOGPOST MACAM NAK DELETE ACCOUNT JE ??? *tutup muka*

Nanti2 laa bile ade mode (lawak profesor Stats) mood aku merapu kat sini lagi. Buibui...


Wednesday, November 26, 2008

HANCOSS.

Ha ahk. Final exam semester 4 aku hancus gyler vaveee. Wheeeeeee!

Kita tunggu dan lihat bagaimana keputusannya nanti yaa....

Serius aku tak tenang pikir pasal result. Aduuuusss @___@

Sunday, July 20, 2008

Semalam.

Smalam ade Majlis Suai Kenal MyTecc.C (btol ke aku eja ni? almaklumla, da x jadi exco XD). Setiap sem kira aku tak penah miss pegi mende alah ni. Tapi sem ni aku pegi sebagai salah sorang penerima AD. Alhamdulillah~ aku dapat gak lagi skali lepas part 1 dulu. Sem 3 memang best sgt sbb lecturer aku semua kachak2 belaka... lebih2 lagi Calculus 1. Aku syukur sgt la Pn Mazura yg ajar kelas aku dulu. Aku dah mula minat minat balik subjek yang aku declare "MUSUH KUAT" aku huhu. Tapi sem ni agak kong-kang lagi la. Aku tak tau pe nak jadi dgn Calculus 2 aku sem ni. Takpe, EDEN TORAI~ 8D

Sem ni budak2 part 1 agak keramaian la jugak. Kira stabil la bilangan dak laki & pompuan nyer. So far aku tengok diorang ok je sumer. Tapi AKU STILL TAK PUAS HATI!!!! Diorang tak wat nickname!! =__= Aku rase lepas2 ni dah tak wujud dah nickname, KIM jadah2 sumer tu utk juniors. Haha...memang batch aku laa yg jadi batch terakhir join KIM x) Rugilaaa korang sumer~~ KIM best giler woooo! 8DD

Petang lak kitorang sume ade program Mentor Mentee. Wahhh Encik Nazri~~ aku suke kalo die yg bagi ceramah!! Smalam rase tak cukup mase je dengar die berceramah. Syiok la wei~ first time die bagi ceramah kat KIM, aku dah cop die penceramah feveret aku kat UiTM Pahang nih huhu... dan smalam gak aku terasa amat ter-motivated. Entah. Gilo kah aku? XD

Aiyak. Rase nak balik la....internet kat sini cam hareeem~ tergendala bisnes aku. Isk!!