skip to main |
skip to sidebar
Aku : (nama1), nanti bg kat (nama2) eh.Nama1 : Kamen Rider ke Mai?Aku : *mengangguk*Nama1 : Hee...tengok Kamen Rider...umor bape skang? *sambil menuding ibu jari ala2 sopan gitu*Aku : 21...eh 20..pakcik.Nama1 : *membebel*(sedutan insiden di dalam kelas malam tadi)Haha. Pelik ke kalo aku tengok citer kamen rider? Citer budak2. Ye la kan. Dah besa2 pun tengok lagi citer cenggini. XD Ala wei, aku tengok ni pun eksidental je la. Sebab aku lagi bminat nak tgk lelaki2 kachaknye yg meng-henshin sane sini wakakakakaka xD Sbenanye la kan, sejak aku kumpul kamen rider ni, aku baru tau ramai lg budak UiTM yg minat tgk ni. Budak lelaki la especially...ade budak BM siap mintak lagi series ni kat aku. Apekah la tu kan :P Budak2 yang aku tak saspek follow kamen rider ni pun sbenanye peminat setia kipas-susah-mati punye. Ok aku kagum dgn kamu semua. ...tapi pendapat aku la kan, guys tengok citer ni pasal jalan cerita die sendri, walhal girls plak tengok pasal lelaki kachak yg ade dalam cite ni kan kan kan? xD Jangan riso, aku pon. NYWAHAHAHAH~ manusia.
Ni lagi satu muvie yg aku tengok baru2 ni. DETROIT METAL CITY. Poster die je dah cun HAHAHAHA. Kisah seorang lelaki yg minat muzik dan mau menjadi ahli muzik yang menghiburkan orang ramai dgn lagu2 bagai sweet2 gitu. Tapi alih2 jadi penyanyi band death metal. DEATH METAL. DEATH METAL. DEATH METAL. Perkataan yg kurang enak didengari dan dibaca, kerana amat berkaitan dengan gejala sosial remaja masa kini. Jangan riso kali kedua...aku memang minat heavy rock. SANGAT SANGAT. Tapi tak le sampai tahap black death metal merapu2 ni...Japanese rock & Visual Kei ish my feveret howkay! Apape pun siyesly la, citer ni mmg best. Lapan ploh lapan thumbs up!Saya Mai, dan saya memang minat Jepon serta heavy guitar rift. Anda pon tau kan? Kekekeke.
Kesengalan Izzat terserlah. Padan muke ko enpon ilang. Wuahahaha aku best.
Aku tak faham kenapa mesti ade pergaduhan antara manusia. Mentaliti kau K.O kah?
Aku tak faham kenapa mesti wujudnya kekerasan kepala yg ekstrem sampai tak mahu membuka ruang untuk berfikir secara logikal dan berhemah.
Aku tak faham.
....dan aku tujukan ini kepada semua makhluk dunia.
Hidup mesti senang kalau aku seorang yg serba tak kisah. Worst thing is, AKU KISAH. Like seriously, WTF IS WRONG WITH THE WORLD??? OTL (ini emoticon org melutut sedih, kalau anda tak dpt nampak)
Banyak bende baru yg aku discover psl diri aku sejak akhir2 ni. 100 THINGS ABOUT ME yg dulu tu, harus di-edit. ~ (banyakla kau punye edit, masa pn takde.) Ekk...nak grad skarang boleh? Cepatlah. Aku dah bosan dgn UiTM Pahang.
Aku tak nak balik Jengka esok, kalaulah boleh.
Wikipedia :
SLEEP PARALYSIS ITU APAKAH??Korang pnah tak kene mende alah sleep paralysis ni? Ckp Melayunye "kene tindih". Haha takut tak takut tak?? xD Aku slalu kene bende ni. Aku tak ingat le plak bile start aku kene...rase2nye tym skolah lg aku da kene. Memula kene tu agak ngeri dan takot la gak aku dibuatnye. Perasaan die cmni tau :
"Korang tgh tido. Tiba2 korang mcm terjaga. Korang leh bukak mata, tapi korang takleh gerakkan anggota badan korang. Korang cubalah sedaya mane pun, badan korang mcm kene ikat, apape pun xleh gerak. Korang try bukak mata, dan korang nampak keadaan sekeliling. Even member sbelah tido tbongkang pun korang leh nampak. Korang try jerit sekuat hati, tapi suara korang lgsung tak keluar. Korang mule la bace ayat2 suci Al-Quran ~ sampaila korang betul2 terjaga...."
Mula2 aku kene bende ni, aku cepat2 je nak bangun. Sebab bile kene bende ni badan aku sakit gilababeng, memang cam rase kene tindih. Tapi skang ni bile aku kene, aku try utk tidak membangunkan diri (ape ayat aku cam shilake ni). Tapi....lagi aku buat camtu lagi sakit ade ar...@__@ Paling ekstrem aku penah kene mase part 4 dulu kot. Aku rase sakit nak mampuih plus bile aku bangun badan aku berpeluh2. Rase horrored sgt. Wheeeeeeeeeee..... tapi sepanjang pengalaman aku kene aku tak penah la nampak bende yg bukan2..bak kate wiki, "small figure sitting on top of the body"? TAKNAK NAMPAK TERIMA KASIH.
Aku dpt tau istilah "sleep paralysis" ni dari soompi forums kot. Rupenyer ramai je lagi yg kene bende ni kt dunia ni...hehehe aku suke. 8DDD Hmm...salah satu punca nye die kate "stress". STRESS KAH AKU??? Tak la kot.
"Keserabutan minda melanda tatkala daku melangkah ke gelanggang ujian pertama QMT161. Cuaca begitu diragui, adakala ianya cerah, adakalanya juga awan mendung kelabu datang menyapa "hai". Namun ku tetap melangkah dengan penuh kejiwa-sasau-an yang melampau. Entah mengapa, hati dan fikiran ku runsing nian dengan pelbagai tanggapan aneh dan pelik tentang ujian yang bakal dihadapi ketika itu.
Tatkala tiba di J2-06, aku semakin tenang. Ketenangan itu berlanjutan sehingga lah kertas ujian disebarkan kepada peserta. Aku meneliti satu-persatu soalan yang tertera di kaca tv helaian yang kuterima. "Oh, agak mudah di situ.... ", tanggapan pertamaku. Lalu daku pun mula mencoret jawapan-jawapan yang relevan untuknya. Ku sangkakan keseronokan menjawab akan berterusan, namun ketibaanku ke soalan ketiga membuatku tersentak. Daku semakin berkecamuk. Hati semakin gundah. Minda tidak keruan. Ku gagahi jua meneruskan usaha. Soalan-soalan berikutnya membuatkan ku tidak tenteram.
"Mengapa? Mengapa daku seolah-olah tidak mempunyai ilmu yang sepatutnya untuk menjawab soalan-soalan ini???"
Aku menjadi semakin bingung. Ku intai jam tanganku yang mengingatkanku bahawa masa tamat semakin menerpa. Tidak semena-mena, seorang jejaka berbaju melayu putih bangun dan menghantar kertas jawapannya kepada profesor. Aku menjadi semakin tidak tentu arah. Pensel yg ku gunakan seakan-akan tidak mencecah kertas lagi. Jari-jemariku menggigil. Tulang belakangku bagaikan retak, lumpuh dan aku menjadi tidak bermaya.
Seorang demi seorang rakan seperjuanganku meninggalkan gelanggang. Tatkala itu jualah aku pasrah dengan nasibku pada waktu itu. Aku menyerah kalah dan menghantar kertas jawapanku dengan hati yang cukup berat. Dalam fikiranku berbagai-bagai kemungkinan negatif muncul.
"Aku pasti gagal ujian kali ini.""Aku pasti mendapat markah yang paling rendah dan teruk."
QMT161, maafkan aku. Aku akan bekerja keras untuk menawan hatimu kelak."
Okey, aku nak jadi pnulis novel pasni. Hahao. Tidaaak ~ hari ni amat sedey T________T Dah. Aku nak wat System skang. Tamau ingat pasal test td lagi!!!!!
P/S : siriyes. aku dah lame x tulis karangan bm @_@ tak sangka susah gak nak mengarang panjang2 ni wooooo~ hehe. dipersilakan untuk menggelakkan diri membaca kisah di atas.

Sori. Aku dah lame meninggalkan blogger ni. Almaklumlah...asik mengerjakan blog english aku kt xanga nu...haha xD Camner aku leh teringin nak masuk blogger balik ni? Walhal nak sign in tadi punyelaa sebal palotak pikir aku gune pe nak sign in dulu haha...akhirnye G-mail aku datang mengetuk pintu otak aku lalu aku pun log in ke sini setelah berzaman2 lamanya.
Berbalik kepada tadi....sebab aku boleh termasuk sini balik pasal malam td la. Sume Seri punye pasal. Haha Seri...aku terbaca blog ko mase ko tgh present spesel topik weeheeehee~ pastu aku pun jumpe Atie punye gak. Yeeeey...akhirnye ade member2 aku jadi kaki blogging ~ aku suke suke !!!
Dulu kat sini aku sorang2 je. Takde pun member2 nak wat blog. Pasal tu laa blogger aku ni deserted. Aku aktif kat xanga je skang, sbb ramai netfrens aku kat sane. So best la gak dorang layan fandom fangirling aku ni yg tak berkesudahan je gamaknye. Hahao!!
Anyway...best gak taip BM banyak2 cmni lagi. Ohooo...rindu plak nak aktifkn blogger.
KENAPA AKU BUAT BLOGPOST MACAM NAK DELETE ACCOUNT JE ??? *tutup muka*
Nanti2 laa bile ade mode (lawak profesor Stats) mood aku merapu kat sini lagi. Buibui...