Thursday, April 30, 2009

Sehari menjadi pensyarah?

Dua ari lepas En. Fizal jemput group Spesel Topik aku datang presentation Web 2.0 yg tarikh kejadiannye ari ni. Nice tamborine laa kitorang takde paper. So pagi ni aku & the geng datang la menyempal (ayat ko Ese, aku suke.) kat Bilik Staf yang baru aku tau die dok dekat2 ko-op Blok Pensyarah yg selama ni asik ade je aktiviti makan2 tuh xD Dah name pon Bilik Staf, segan laa kitorang nak masuk...sume dalam tu cuma lecturer je. Oleh sebab keseganan kitorang lepak la luar sampai En. Fizal panggil masuk (dan kitorang pon jadik kelam kabot sbb waktu tu tgh hot bergosip wahaha~).

Peh. Kami ditatap dengan penuh kepelikan dan tande tanye dari lecturers yang lain. Naseb la lecturer2 CS je pon... aku lupe lagi name event ni. Kolokium jadah2 mende tah. Tapi ade 5 lecturers yang bentang paperwork diorang : En. K.N, En. Fizal, En. Mat Saleh, Pn. Ina & Pn. (x ingat. aiyak!). MC event ni cakap kitorang student praktikal =.=; Nice approach! Menarik gak laa presentation lecturer2 ni. Time En. Fizal nyer turn, kitorang jadi excited + gabra plak. Aku dah dok pikir kang kalo kene soal kang mampuih ar~ aku dah le tak ingat sangat dah topik ni. En. Fizal introduce kitorang sebagai penulis bersama kertas kerja die. Wow~ tak bley bla segan berbaur bangganye. Time sesi Q&A, En. Afendi ade soal pasal RSS Feed. Boleh plak En. Fizal pass soklan tu kat kitorang.

AKU DAH AGAK DAH.

Terkedu gak laa dibuatnye. Masing2 dah sengih kerang baeek punyo. Tapi naseb baek aku ingat ape bende alah nye RSS Feed tu. Aku jawab soklan tu.....bangkrek punye ketaq kepala lutut aku tak hengaaaaaat~~~!!!! *A* Rase macam tengah present Sistem praktikal plak. Doink.

Overall event Kolokium ni not bad la. Aku suke paperwork Pn. Ina pasal "Interactive White Board". Kachak gile teknologi ni. Aku baru tau. Aii...buta IT tol aku ni. Terima kasih banyak2 kat En. Fizal sebab include kitorang dalam kertas kerja ni. Rase tak sia2 wat Spesel Topik nih bersengkang mata 48 jam straight ~

Paper Calculus II semalam, aku rase nak nanges lepas antar paper. Sebab terharu aku bley jawab semua. Alahai poyonye aku. Shadap dah. Harap2 aku lulus kali ni. Oooh maths nyah kau dari hidupkuuu~uuuu!!!! Statistikus plak wat hal. Adeh laaaa~ aku nak praktikal sem depan!

Macam final dah abes je kan aku & geng gi poya2 kat Temerloh petang tadi. HAHA SYOK BAGAN LA WEIII GIE BERJOLA JOLI ~ XDDDD

Tuesday, April 28, 2009

Stadi lah woi.

You Are a Visual Learner
You tend to remember what you see, and you have a good eye for aesthetics.
You excel at art, design, and computer programming.
You would be an excellent film director - or the next Bill Gates!


COMPUTER PROGRAMMING? Pon laa aku tak belek buku Paradigm lagi nih. Sorry sir, sumpah saya akan bukak buku Paradigm lepas Calculus II nanti.

CALCULUS II. Perjuangan aku masih blom selesai. HARI RABU NI, BRING IT ON!!! (acah2 dah ready, padehal btol!!). Tapi aku agak rileks sem ni kalo nak banding sem lepas. Oh. Sem lepas adelah satu kesilapan. Nehi nehi~ (merapu kepunden dah. Shadap Mai.)

Lepas Calaucululuss tinggal System & Paradigm. GOODLUCK LAH AKU. Nak pegi berjeemba kan? YEARGHH SURE. XDD

Monday, April 13, 2009

JIYUU ~

Yes. Akhirnye aku berjaya melalui hari2 sibukku yg melampau tuh. Tengah berseronok kat umah lepas balik dari kampung smalam. Damn seronok. Teramat. Aku malas je rase nak balik Jengka Rabu nih. Tiket bas pon tak beli. Gara2 si pondan jual tiket pegi lunch mase aku baru turun bas. Trimas "kak", anda memberi saya pilihan yg bagus untuk blah sahaja dari stesen itu XD

Alhamdulillah System presentation & test dah lepas. 
Alhamdulillah aku pass Statistic & Calculus test 2.
Alhamdulillah Calculus test 3 selesai...walopun puan kate kami akan fail test tuh. 
Alhamdulillah lepas ni leh fokus kat finals aje. 

Kate lah aku gelojoh ke ape ke..tapi aku dah planning aktiviti cuti sem aku baeeek punyo 8DDD First thing...KARAOKE JEPON DGN HANNAH-CHI KAT PAVILLION !!! Dah lame tak jumpe my netfrens ni. Aku nak gi Comic Fiesta dengan Najwa. Aku nak tengok Guki cosplay. Aku nak jumpe Vinca/Rinka/Arwen/Mitsuo/Ace for once. AKU NAK HANGOUT WITH MY DEAR PISANG CREW ;___;

..dan aku suke tag & survey :P

1. apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?
- xX_tainted.||.w0rld.||.Of.||.MINE =) (nyesal aku gune sticky caps). Mase publish blog ni aku tgh dengar lagu D'espairs Ray tajuk Tainted World, dan berpendapat bahawa tajuk ni seswai dgn jiwe agak ke-emo-an aku waktu tu XDDD 

2. apakah link blog anda dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
-http://taintedworld.blogspot.com ; penerangan di atas. Sila baca semula heehee.

3. apakah method dalam penulisan anda?
-  thoughts. raves & rants.

4. pernah terasa nak hapuskan blog anda?
- penah gak...pasal blog ni agak tak terurus utk setahun. Tapi tak jadi nak delete sebab best le plak kan conteng2 sini kadang2 x)

5. apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
- (2 org tag aku nih). Yg first tu, blog die penuh kata2. Memang suke menaip kot die ni LOL Pastu yg lg sorang tu, lagiiii banyak kata2, plus gambar2. Sungguh rajin, syabas.

6. senaraikan calon yang akan di tag?
- tiada. yeay.

Tuesday, March 31, 2009

BLOG.

Aku : "Weh jap weh aku nak tengok mende sat" *sambil membaca blog netfren*
Rakan : "Blog. Hmmph. Ko mmg suke bende ni...aku tak suka blog. Aku tak suka orang tau pasal aku."
Aku : *terus membaca dan tersenyum*


Insiden yang berlaku beberapa minggu lepas.

Hmm...mungkin korang tertanya2 pekejadah laa manusia2 yg suke blogging ni ~ "naik tak paham aku!" -- salah satu expresi yang aku boleh taakul kan xD Pada aku la..blog ni satu aplikasi web 2.0 (ceywaa mentang2 la mentang spesel topik wat mende ni) yang seronok..sangat. Kenapa?

Aku seorang yang tak pandai mengekspresikan pendapat aku secara lisan. FAIL. SANGAT FAIL. Boleh dikata macam seorang yg reserved kot? Apape yang aku tulis sejak Form 4 sume berdasarkan pengalaman, kisah2 dan pendapat aku pasal seswatu. Kisah tempat keje, kisah kucing2 sayangness aku, kisah aku dan kemarahan, kisah macam2 lagi lah.

"Kenapa ko tak tulis diari je?"

Apalah. Diari tu sumthing yg ditulis dalam buku bunga2 berkunci..paling2 koman pon buku tulis skolah. Dan pastinya diari itu disimpan disorok kat tempat2 yg orang xkan jumpe sebab korang tak nak orang lain baca. Blog lain. Blog dicipta untuk seorang individu itu membebel dan merapu untuk dikongsi bersama rakan2 mahupun kenalan handai (wah pandai2 aku owter ayat). Lagi best kalo dapat feedback yg masyuk. Aku pernah wat satu blogpost pasal "Mom's my dearest" [aku tak dapat carik dah link tu, dayum.] dan aku dpt satu anonymous feedback mengatakan bahawa beliau sgt terharu dan berterima kasih kat aku sebab tulis pasal tu. Ntah2 die baru gado dgn mak die ke pastu terpikir nak derhaka kat mak die tapi tak jadi sebab terbaca post tu. Tengok? Kan best begitu.

"Nanti banyak orang tau pasal life aku. TAK MAHU."

Lah. Tak payah la kau cerita sumer pasal diri kau kat blog. Orang tak mau tau saiz kasut kau mahupun bantal busuk yg kau pelihara sejak kecik lagi. (eh tapi kalau nak post up gambar bantal bacen tu pun mcm menarik jugak XD). Tujuan aku wat blog ni dulu pon saje suka2. Tak tipu laa post2 terawal aku agak budak2 dan sangat cacat. Bace balik memang klaka. Tapi at least keseronokan membaca semula tu ade. Flavor of life, kata Utada Hikaru. Hahaha.

"Alah, blog ni banyak auta je."

Mungkin. Tapi bagi aku blog ni reflects the true me. Macam aku cakap awal2 tadi, aku tak pandai nak kongsi pendapat2 aku secara public speaking (hilang ayat. Maaf.) Aku tak kisah kalo orang pikir aku dalam blog berbeza dengan aku in real life. Sebab aku rase kat mane2 pun aku adelah Maisarah Musni. Mungkin aku kadang2 macam seorang yg bising, kadang2 aku boleh jadi pendiam. Tengok keadaan la kot...

"Bace blog orang lain..eee jage tepi kain orang betol."

Isyh isyh isyh....pedas cili padi api betul kata2 itu. Aku bace blog orang bukan pasal aku nak tau everything pasal life dia. Aku suka baca pendapat orang jugak. Sometimes you can motivate yourself just by reading others' thoughts and opinions. So tak relevan la stetmen "jaga tepi kain" tuh.

Tetiba malam ni aku jadi skema batu dan merojak bahasa. Penangan system kot. Hahahahaa~

P/S : Aku wat tutorial mencipta blog ke ape ke? o.O

Wednesday, March 18, 2009

Linguaphonetologism.

Tengah2 aku nak gi bagi survey spesel topik pagi tadi kat area library tetiba je aku kene tahan dengan kakak2 Linguaphone yg tengah promot2. Dorang kate nak amik masa sikiiiit je nak soal jawab dgn aku.Dengan perasaan terpaksa,tak rela dan tak ikhlasnye aku pon pegila dok kat foyer tu utk diinterview...

Die tanye aku macam2 pasal penggunaan Bahasa Inggeris la, penggunaan harian la blablabla ~ dan akhirnye die wat kesimpulan yang aku dah excellent BI. Aku pon tatau apesal lak die leh kate camtu xDD; Ade la gak muka hampa die pasal tak dapat nak pujuk aku beli produk Linguaphone die tuh. Ekekeke!!! Tapi aku pon terrr-silap gak la..gatai2 pi tanye pasal set Bahasa Arab tu plak. Alih2 die panggil sorang abang yg agak bley tahan ensemnye datang eksplen kat aku. Aku tak amik pusing pon sbenanye ape yang die ckp tu hahaha..sori la kao orang mencopet masa emas ku untuk wat survey tau kah?

Si kakak hampa : "Kenape adik bminat dengan Bahasa Arab? Kenapa nak jadi ustazah ke?"
Aku : *dalam hati berkata WTF?!* "Eheh..tak ah."
Si abang kachak (ke?) : "English is important, dik. Adik tak cakap Arab bile keje nanti. English adik perfect ke skang ni?" *dengan muka yg amat memandang rendah*
Aku : "Hmm ok la kot" *sambil sengih hampeh*
Si abang kachak (ke?) : "Ok introduce yourself in English then".
Aku : "I'm Maisarah and I don't know how I ended up wasting my time here."
Si abang kachak (ke?) : *sengih kerang* "Ok la dik pasal set Bahasa Arab ni..(dan sekian sekian)".

Ye. Ikhlas dan straightforward kata2 ku itu. Padan muka kao.Nak promot pon, janganlah kerek sgt tolong? Aku takleh blah dengan pendapat kakak tu sbenanye. Apsal plak blaja Arab sebab nak jadi ustazah? Minda sempit. Pffttf! Ok la memang English aku bukan perfect. Aku cuma tak konfiden je.Gagap jugak aku bile present apape. Haha! tapi aku percaya bukan aku sorang je yg takde keyakinan diri nak bercakap omputih ni. Whatever. As long as I'm seriously trying my best to build up the confidence now.Ye, aku sedar English itu penting untuk kerjaya, abang Linguaphone.

P/S : Aku suke English. Aku gila dengan lagu2 Jepon. Skola rendah dulu bahasa Arab aku dapat jayyid jidan. (bukan nak berlagak!) Point die - aku suka bidang bahasa. Pekedehal aku amik Sains Komputer??? XDDD Sesungguhnya, bahasa pengaturcaraan itu seronok. DAN AMAT MEMENINGKAN. *muntah*