Wednesday, June 3, 2009

Kerinduan.

Malam tadi aku bermimpi. (haha tiap2 malam pon aku bermimpi, apakah?). Aku termimpi zaman sekolah rendah aku. Zaman yang sangat berwarna-warni. Actually mimpi aku tu not exactly a new fresh dream, tapi die macam rentetan peristiwa yang penah aku lalui masa skolah dulu. Salah satu mimpi tu berkaitan dgn skolah agama. Dan scene darjah 4 Idris dipilih untuk tontonan aku waktu tido ~

Ok aku ngaku, darjah 4 Idris adelah kelas feveret-est aku sejak aku memula masuk skolah agama kt blakang umah ni. Sebab ustaz yang ngajar kelas aku tu best gile~ die lah ustaz paling cool dan pada mase yg same yang paling klaka. Bukan la nak pasan ke ape...tapi aku rase aku dgn table-mate aku adelah student kesayangan beliau 8D (poyo sudah beb!! dush dush!!). Ustaz selalu datang meja aku tanye bende2 yang random. Memang aku dgn membe sbelah je la yang jadi mangsa soal jawab rawak beliau nih.

Ada satu hari tu, tym tengah sebok siapkan latihan Tajwid (kot...xpon Arab) die datang meja aku. Pastu die tanye :

"Maisarah, saya nak tanye sket."
*mendongak pandang muka ustaz*
"(soklan ditanye. tapi aku taknak tulis kat sini.haha)"
"Erkkk." *terdiam*

Soklan die tu tak tau la kebetulan ke ape. Die tanye ala2 macam menurut firasat die je, tapi yang tak bley bla nyer firasat die memang btol2 benda yang benar pasal diri aku. Kasyaf gile wa cakap sama lu~ sejak dari hari die tanye tu aku jadi semakin berhati2 dengan cara berfikir aku waktu blaja dengan die. Silap2 die tangkap aku tengah pikir pasal pakwe ensem kat kelas sbelah mampoih den! XD

Bangon je dari tido, aku macam nak nanges terharu. Sebab aku rindu gile kat ustaz. Last nampak die pon mase Form 4/5 tym balik skolah jalan kaki dgn Ain, nampak kete Tiara hijau die lalu nak ke skolah agama. Ade gak perlakuan bodoh kami mengejar kete ustaz tapi kudrat tak kesampaian dengan tambahan jisim aku yang berlebihan ni~ :P Sampai jatoh eskrem Cornetto 2 hengget aku wuwuwuwu~ Ustaz banyak ajar aku many wonders of life. Tak mustahil kalo aku kate ustaz dah mengubah aku in some point of mind-development.

Mase outing (ayat budak asrama. I like !) dgn budak2 yg tertera gamba mereka di post bawah ni, G-ha ade cakap:

"Aku ingat ustaz cakap dulu, bile kamu dah besar datang jumpe saya kat rumah. Saya nak tengok kamu jadi apa."

Hoho. Yang ni aku tak ingat la plak bile mase ustaz cakap camtu. Maybe hari aku ponteng kot... Hmm. Saye blom bekerjaya lagi ustaz, tapi saye teringiiiiiiiiiiiiin sangat nak jumpe ustaz. Ustaz Kamal, I MISS YOU~!!! Harap2 dapat jumpe ustaz anytime soon!!

Aha...aku rase sebab Facebook aku dapat mimpi skolah rendah malam tadi. I LEBIU FESBUK ^3^

P/S : Macam post sempena Hari Guru je. Consider this as one of that kind lah. Dey tidor laa! Esok mau "kejar" ayam BBQ !

Saturday, May 30, 2009

Hari ini Jumaat,

...dan hari ini kami pergi berjeemba bersama-sama 8DD



1) Times Square

- Aku berhajat nak beli beg baru. Yang lama dah...lama. Jalan-jalan dari tingkat atas sampai bawah. Jumpe satu kedai. Ade beg yg berkenan. Mintak murah sket harga. "Tak boleh la kak..". Pffftt. Jalan lagi. Jumpe kedai same branch tak same. Mintak murah lagi. "Ok lah." YAHOOO~ dapat beg baru. Mereka berdua pula? Beli blaus & aksesori wanita. Mereka kata beg baru aku semangat nak pegi praktikal. Hampeh anda semua. Tengahari makan kt McD. Duduk satu jam. Sambil makan sambil bincang aktiviti BBQ next week sambil contact2 member. Ain makan 2 set McChicken. Kau berselera NAGA. XD

2) Sg. Wang

- Ain cari kasut. "Sakit dowh kaki aku tak tahan dah!". G-ha usha2 blaus lagi. Terserempak dgn kawan sekolah Li Cheng & Oi Wey. BERAMAH MESRA. Jalan-jalan lagi. Ain terpikat dengan satu beg raga. BELI. G-ha terpesona dengan "the art of sanggul-menyanggul". BELI.




Jalan-jalan lagi. Masuk kedai NOSE. Aku sakit kaki. Ain pilih kasut. G-ha sekadar membelek2 beg.


"Cantik tak beg ni?"

"Lawa dowl. Beli ahk!" *setan*

"Kang kene bising....."


"Pembelian sukses."

"Syabbas bettey ~" *setan nak mampos*

"Mane Ain?"

"..........tu kat cashier."

OH DIA DAPAT KASUT!


3) Pavillion

- On the way terserempak Eric junior sekolah dulu. Meroyan sesama sendiri lepas selisih dengan Eric. "WUAAH DIA MASIH KACHAK MACAM DULU!!". Ain nak jumpe member. Tak jumpe. Tak tau nak watpe. Jalan-jalan sambil bangkitkan isu-isu semasa :P. Penat. Lepak kat tepi tingkap.



Bergelak ketawa. Series of photo-snapping. Jalan keluar. Ngade2 lalu dalam Lot10 nak pegi Stesen Monorail BB. Sesak. Tapi dapat duduk, YEAH.

4) KL Sentral

- Sesak terlampau. Miss satu train. Train ke-2, mereka berdua sempat naik. Aku tertinggal. Orang putih punya pasal. Chilake kau! Naik train ke-3. Takde perasaan murah hati. Hentam masuk tren. Telah memisahkan pegangan tangan pasangan suami & isteri ATAU pakwe & makwe (entah tak peduli). Tapi mintak sorry sangat. Haha. Mereka tunggu di Klang. Aku sampai. "MAI PANDANG KAMERA!". Mereka snap gamba orang yang ketinggalan tren. Cis !! Sesi peluk-memeluk. Dan peringatan untuk majlis kenduri kawen member esok. Aha..maaf tak dapat pergi. Urusan keluarga ~ teeettt!!

Aku rindu buat perkara yang oh-so-high-school macam ni. =)

P/S : Aku bukan seorang shop-a-holic. PERCAYALAH. XD

Tuesday, May 26, 2009

Main api, JANGAN!

Tatkala aku tengah syiok diulit mimpi atas katil yg empuk lagi panas (global warming. hoh.), aku terdengar bunyik loceng umah ku ditekan bertubi-tubi. Haduuu...sape la plak yang mengganggu ketenteraman awam ni?? Aku ingat kan orang datang nak mintak daun pisang ke hape ke..so aku just intai dari tirai kamar (ceywah ayat.) dan aku nampak kelibat seorang mamat India yang nampak cam kabot smacam je. Kat tingkap jugak aku nampak asap hitam berkepul macam asap orang bakar plastik..bau pun cam hampeh gak la kan. Aku nak biar je sampai orang tu blah, tapi tak jadi sebab aunty seblah kiri umah aku ni pun kuar umah kelam-kabut terjerit2 dalam bahasa ibunda dorang.

Aku rase len macam je pe'el dorang ni. Dalam hati aku pikir satu je..."tah2 jadi apape tak kat abah??" hoh yang bukan2 aje la aku nak pikirkan. Tak bley jadi. Aku tros turun bawah pehtu keluar umah tengok amende laa yang dorang kaput sgt nih.

"Wo saya ingat tada worang kat rumah la. Adik! Itu rumah terbakar la!!"

OMGWHUT!?


Patot laa bau asap tak semenggah. Umah seblah aku terbakar upenyer. Aku pon cepat2 ar kjot abang aku yg syok lentok kt bilik die. Aku tau die jenis bapak susah nak kjot. Tapi ayat aku nak best je.

"Wan, umah terbakar."

Tros bangun ko! Wuakakak ~ XD Kitorang pon kluar laa join jiran tetangga yang semakin ramai berkumpul depan umah aku. Makcik sorang nih sebok tanye aku ade tak nombo fon umah Cine seblah kanan aku nih. Aku try kol mama tapi apakan daya....kredit abis. Uuuu~ seb baek tuan umah die balik dan2 tu jugak. Panik nak mampos aunty Cine nih. Tapi die beranikan diri gak masuk umah lepas dipaksa oleh jiran2 umah yang weh-tolongla-rilek-sket-weh.






Mamat India yang dok kabot tu berwatak hero la kjap untuk beberapa minit. Aku tak sedar langsung bile tah die dok berdiri kat atap tuh :P~ super stealth power amat. Gud gud.



Bomba pon datang beraksi tak lame pastu. Agak pantas gak dorang, tak sampai bape minit diorang sembur2 air dah setel. Heheh, api kecik je kan?

Abah aku balik umah lepas kawan keje die bagitau umah terbakar. Haha...bukan umah kite pon bah :P Aunty jiran aku ni cite punca ni pasal wayar komputer terbakar (?). Tah aku pon tatau, tapi kire sebab komputer die la. Meletop kah? Abeh satu bilik die itam legam. Huu...tido bilik anak anda yang-selalu-kejar-kucen-aku-cam-budak-spastik la jawabnye malam nih.

Tragedi ni nyer pasal, habeh aku dgn abang aku kene bebel sebab slalu biar PC idop pehtu tinggal. Aiyak. Baeeek pasni tak buat dah. Wuwuwuwu~

Friday, May 22, 2009

Cry! Scream! and Die!


Antara filem2 adaptasi game yang melambak skang, aku paling excited YANG INI. Aku tak tengok lagi pon Street Fighter & Dragonball ... tak minat nak tengok sebab aku kechewa dengan watak Son Goku tu :P Dua sebab aku teruja dengan live action K.O.F yang akan ditayang taun 2010 ni :

1) Sean Faris blakon! HOMAIGOOOD~ SEAN FARIS SIYOD`!!! Satu-satunya mamat omputeh yang aku minat nak mampus 8D Walopun aku rase Kyo Kusanagi patutnye seorang mamat Jepun..tapi kasik kat Sean Faris...GUUUH I APPROVE. XDD (bapak fangirlisme aku ni.)




2) Aku sangat suke game ni. HAHAO.


Aku rase kachak dah Sean jadik Kyo Kusanagi. Tapi yang jadi Iori Yagami .....T_________T WILL YUN LEE APEHAL?? Dah laa Iori Yagami tu fighter aku yang termacho .. Incik Will, tolong laa mengkacakkan watak Iori dalam filem ni nanti ok..

Kalaulah Final Fantasy nak dibuat live action, pasti aku orang yang paling hampa skali di dunia. HAHAHA.

Sean Faris ~~ ♥♥

Mai baik : Sean sana Sean sini....pegi ngaji Quran sane!
Mai lalok : *sengih bodo sambil tunduk malu*

Tuesday, May 19, 2009

Hiburan malam.

( ...AKU DAH PUAS BERGELAK KETAWA. )

Aku takleh terima btol nama-nama korang kat tepi tu pun die bley translate XDD Ese, Put dengan Seri..korang jadi mangsa. Sori :P Bace translation ni pun rase macam bace ayat gedik seorang maknyah "..bangkrek punye ketaq the knee I never hengaaaaaat ~~~!!!!" Aww!! XD

Oh...maafkan diriku ini yang senang terhibur.