Monday, June 15, 2009

ko da sombong la dengan aku.

Apekah definasi "sombong" bagi anda semua?

Slalunye orang akan cakap kita ni sombong bile kita tak bertegur sapa dengan orang yang dikenali, yakni kalo jumpe kat tengah jalan takdenye nak brenti pastu have a short chit chat or something...

ATAU


Kita dah lama tak bagi komen/testi/mesej dalam Friendster, Myspace, Facebook dan lain2 bentuk cyber-communication

ATAU


bile berada dalam satu function macam kenduri ke parti ke kita dok senyap dan diam jutaan bahasa

ATAU


bile online YM takpon MSN kita tak tegur member2 yang tengah online

ATAU


ade yang lain?

So aku nak tanye la kan...ape perasaan korang bile dikatakan sombong? Adekah korang tak kisah lantak bia pi la orang nak kate sombong ke hape ke? Ataupon korang rase tertekan bile dikatakan sombong bertubi2? Slalunye korang dikatakan sombong pasal ape eh?

Kamon pipol, I nak bace you all punye point of view lah XD



By the way, aku jumpe member main masak2 kamceng mase kecik dulu keje kat GSC MidValley semalam. Aku excited sebab die leh cam muka aku & aku leh cam lagi muka dia XD Wow~ die sangat chantek sikalang, tak macam dulu2 selekeh ajer wahahaha jahat nye aku XDD Tak pasal2 dapat beli popcorn staff price. Boleh plak die cubit pipi aku berkali2 sambil berkata "Geramnya aku tengok ko!" T_______T Maak cheq tak bersalah!! Ahukz. I miss her a lot ~ jum maen masak2 lagi?! :P



P/S : Persoalan aku kat atas tu takde kaitan dengan kawan masak2 aku ni ok. Chill~!

Thursday, June 11, 2009

Marah? takde lah. :D


..di mana hakikatnya skang ni aku tengah marah, annoyed, terasa, dan irritated (nak guna "irritasi", tapi cam medical punye pkataan je) gile. Aih. Ni perasaan marah ke ape ke? Aku pun tak tau. More like....

"AKU HARAP KO MENYESAL DENGAN KATA2 KO TADI, SUCKA. KO TENGAH PERIOD KE APE??!"

Sesetengah orang tu kadang2 tak fikir kan apa yang diorang cakap. Bak kata orang la...cakap ikut sedap mulut berbau hang! Haha mat...lu bikin wa hangin la malam ni. Aku rase cam dah tak nak jumpe ko lagi dah. Ko balik sini pun aku cam dah tak mau peduli. Boleh?

....................*lepas 2 minit menaip sambil berfikir*.....................

Tapi aku harap ini tak kan jejaskan apape between you and me, ok? You're having PMS, bro. XD Aku paham ko nyer ideologi sangatlah...HEAVY untuk aku adapt. You just speak true to yourself, tapi kata2 ko tu..sakit la hati aku ni. Lantak ko lah mat. HAHA.

P/S : Post menguji tahap kemarahan aku ni. Haa..feels better. Aku memang tak leh marah lama. Ceh!

Friday, June 5, 2009

Pesta Makan-makan XD

Stelah 2 minggu aku, G-ha dan Tokwan berdiskusi lalu YM serta meeting sulit kat atas bukit Taman Rakyat, akhirnya malam tadi terlaksana jugak lah BBQ Nite berlokasi di umah G-ha yang tersergam indah di Bukit Kuda, Klang (btol? Ke situ Kg Kuantan dah? haha nama je Klangite aku ni). Hari Rabu lepas kitorang shopping sakan beli barang2 BBQ sambil kaco sorang promoter "SHE-MALE" yang begitu "ayu" berdiri kat booth die tu hahaha...ngeng la korang ni. Aku pon terlibat secara tak langsung :P

So smalam aku dok tercongok kat umah G-ha sejak kol 2.30 ptg tolong wat preparation & setup tempat nak membakar2..patotnye aku datang pagi tu tapi atas masalah2 tertentu, lambaaat la aku masuk keje haha ~ time aku datang tu pon dorang da siap kopek sotong dengan udang. Kekeke sowie boss!!




Naseb baek la G-ha gi jemput Mas awal kol 6.30 ptg, dapat la die tolong panggang ayam sampai abes tyme kitorang bermandi-manda dan bersiap2 untuk malam kang. Hallo ~ kami berbau asap ayam hokeey!! Siyod ko Mas sebab mention kereta bau asap semerbak tyme kitorang jemput ko ..chaiit`! XD

Event start kol 8 malam, tapi bese la kan Melayu..yang paling awal datang pon 8 suku. Haa..dah datang awal ni meh le tolong panggang ikan dgn sotong ni abang2 skalian ~ 8D Makin lama makin ramai yang datang, jadik take turn la sape2 yang nak panggang sotong, ikan dengan hot dog. Kami2 yang dah prepare dari siang nih dok goyang kaki je lalala :P



Makan sampai kenyang nak mampos aku malam tadi woohh ~ gilo gilo. Anyway aku tak expect yang aku dapat jumpe kawan2 yang lama sangat aku tak jumpe. Masing-masing punyelah bingit, bising, excited, happening dan sewaktu dengannya bile dapat jumpe balik. Haha..kire cam reunion la kot BBQ Nite ni gamaknye...thanks sangat-sangat for those yang sudi hadir. I lebiu all kuat lah`! Yang tak dapat datang pun ade sampaikan salam diorang malam tadi. Takpe laa tak dapat datang, next time leh buat lagi...maybe yang lagi gempaq gembodeshh bambayya punye in future ~ (Deya la ajar aku pkataan tak snonot ni wakakkaa!!). Dorang sume balik dalam kol 12.30 am camtu...dan kami-kami yang dah berjanji nak jadik bibik full-time kat umah G-ha tolong basoh2 pinggan, mop2 lantai yadayada ~ Deya ngan Elmi pon tolong skali, trimas trimas...Lepas je berlumba kereta dengan Elmi kat jalan Sg. Udang tu (siriyes korang, mmg klaka sangat!! shet XD), maka aku pon sampai umah nak dekat kol 2 pagi. Huhu..hello mama, I dah balik :P


Self-made souvenir yang murah, mudah dan lawaaa gitu ~ hasil tangan aku, G-ha, Ain dan kakak aku sket ahahaha!! Korang leh wat cucuk sanggol ke..sangkut kat topi ke...sila sila jangan malu jangan segan XD

Wednesday, June 3, 2009

Kerinduan.

Malam tadi aku bermimpi. (haha tiap2 malam pon aku bermimpi, apakah?). Aku termimpi zaman sekolah rendah aku. Zaman yang sangat berwarna-warni. Actually mimpi aku tu not exactly a new fresh dream, tapi die macam rentetan peristiwa yang penah aku lalui masa skolah dulu. Salah satu mimpi tu berkaitan dgn skolah agama. Dan scene darjah 4 Idris dipilih untuk tontonan aku waktu tido ~

Ok aku ngaku, darjah 4 Idris adelah kelas feveret-est aku sejak aku memula masuk skolah agama kt blakang umah ni. Sebab ustaz yang ngajar kelas aku tu best gile~ die lah ustaz paling cool dan pada mase yg same yang paling klaka. Bukan la nak pasan ke ape...tapi aku rase aku dgn table-mate aku adelah student kesayangan beliau 8D (poyo sudah beb!! dush dush!!). Ustaz selalu datang meja aku tanye bende2 yang random. Memang aku dgn membe sbelah je la yang jadi mangsa soal jawab rawak beliau nih.

Ada satu hari tu, tym tengah sebok siapkan latihan Tajwid (kot...xpon Arab) die datang meja aku. Pastu die tanye :

"Maisarah, saya nak tanye sket."
*mendongak pandang muka ustaz*
"(soklan ditanye. tapi aku taknak tulis kat sini.haha)"
"Erkkk." *terdiam*

Soklan die tu tak tau la kebetulan ke ape. Die tanye ala2 macam menurut firasat die je, tapi yang tak bley bla nyer firasat die memang btol2 benda yang benar pasal diri aku. Kasyaf gile wa cakap sama lu~ sejak dari hari die tanye tu aku jadi semakin berhati2 dengan cara berfikir aku waktu blaja dengan die. Silap2 die tangkap aku tengah pikir pasal pakwe ensem kat kelas sbelah mampoih den! XD

Bangon je dari tido, aku macam nak nanges terharu. Sebab aku rindu gile kat ustaz. Last nampak die pon mase Form 4/5 tym balik skolah jalan kaki dgn Ain, nampak kete Tiara hijau die lalu nak ke skolah agama. Ade gak perlakuan bodoh kami mengejar kete ustaz tapi kudrat tak kesampaian dengan tambahan jisim aku yang berlebihan ni~ :P Sampai jatoh eskrem Cornetto 2 hengget aku wuwuwuwu~ Ustaz banyak ajar aku many wonders of life. Tak mustahil kalo aku kate ustaz dah mengubah aku in some point of mind-development.

Mase outing (ayat budak asrama. I like !) dgn budak2 yg tertera gamba mereka di post bawah ni, G-ha ade cakap:

"Aku ingat ustaz cakap dulu, bile kamu dah besar datang jumpe saya kat rumah. Saya nak tengok kamu jadi apa."

Hoho. Yang ni aku tak ingat la plak bile mase ustaz cakap camtu. Maybe hari aku ponteng kot... Hmm. Saye blom bekerjaya lagi ustaz, tapi saye teringiiiiiiiiiiiiin sangat nak jumpe ustaz. Ustaz Kamal, I MISS YOU~!!! Harap2 dapat jumpe ustaz anytime soon!!

Aha...aku rase sebab Facebook aku dapat mimpi skolah rendah malam tadi. I LEBIU FESBUK ^3^

P/S : Macam post sempena Hari Guru je. Consider this as one of that kind lah. Dey tidor laa! Esok mau "kejar" ayam BBQ !

Saturday, May 30, 2009

Hari ini Jumaat,

...dan hari ini kami pergi berjeemba bersama-sama 8DD



1) Times Square

- Aku berhajat nak beli beg baru. Yang lama dah...lama. Jalan-jalan dari tingkat atas sampai bawah. Jumpe satu kedai. Ade beg yg berkenan. Mintak murah sket harga. "Tak boleh la kak..". Pffftt. Jalan lagi. Jumpe kedai same branch tak same. Mintak murah lagi. "Ok lah." YAHOOO~ dapat beg baru. Mereka berdua pula? Beli blaus & aksesori wanita. Mereka kata beg baru aku semangat nak pegi praktikal. Hampeh anda semua. Tengahari makan kt McD. Duduk satu jam. Sambil makan sambil bincang aktiviti BBQ next week sambil contact2 member. Ain makan 2 set McChicken. Kau berselera NAGA. XD

2) Sg. Wang

- Ain cari kasut. "Sakit dowh kaki aku tak tahan dah!". G-ha usha2 blaus lagi. Terserempak dgn kawan sekolah Li Cheng & Oi Wey. BERAMAH MESRA. Jalan-jalan lagi. Ain terpikat dengan satu beg raga. BELI. G-ha terpesona dengan "the art of sanggul-menyanggul". BELI.




Jalan-jalan lagi. Masuk kedai NOSE. Aku sakit kaki. Ain pilih kasut. G-ha sekadar membelek2 beg.


"Cantik tak beg ni?"

"Lawa dowl. Beli ahk!" *setan*

"Kang kene bising....."


"Pembelian sukses."

"Syabbas bettey ~" *setan nak mampos*

"Mane Ain?"

"..........tu kat cashier."

OH DIA DAPAT KASUT!


3) Pavillion

- On the way terserempak Eric junior sekolah dulu. Meroyan sesama sendiri lepas selisih dengan Eric. "WUAAH DIA MASIH KACHAK MACAM DULU!!". Ain nak jumpe member. Tak jumpe. Tak tau nak watpe. Jalan-jalan sambil bangkitkan isu-isu semasa :P. Penat. Lepak kat tepi tingkap.



Bergelak ketawa. Series of photo-snapping. Jalan keluar. Ngade2 lalu dalam Lot10 nak pegi Stesen Monorail BB. Sesak. Tapi dapat duduk, YEAH.

4) KL Sentral

- Sesak terlampau. Miss satu train. Train ke-2, mereka berdua sempat naik. Aku tertinggal. Orang putih punya pasal. Chilake kau! Naik train ke-3. Takde perasaan murah hati. Hentam masuk tren. Telah memisahkan pegangan tangan pasangan suami & isteri ATAU pakwe & makwe (entah tak peduli). Tapi mintak sorry sangat. Haha. Mereka tunggu di Klang. Aku sampai. "MAI PANDANG KAMERA!". Mereka snap gamba orang yang ketinggalan tren. Cis !! Sesi peluk-memeluk. Dan peringatan untuk majlis kenduri kawen member esok. Aha..maaf tak dapat pergi. Urusan keluarga ~ teeettt!!

Aku rindu buat perkara yang oh-so-high-school macam ni. =)

P/S : Aku bukan seorang shop-a-holic. PERCAYALAH. XD