Friday, May 21, 2010

Mereng.




Does he like you?

hope

Hope


There may be some Hope for you! He knows of your existence and bothers to talk to you.

However, as his actions are very subtle, it is difficult to assess his feelings towards you.

Therefore, give him some time to know you better and wait to see if feelings develop! He might just be interested in you one day!


HAHAHA. SHEETAL. Aku memang dah takde keje sangat laa kan sampai pergi main kuiz nih. HAHAHA. *mukatapaktangan* Tapi ayat last tu aku suka hahahahh demm you demm you.

Err....esok konvokesyen. Nervous lah. Hehehe. Tak nervous pun, aku malas je lebih ni. Nanti ramai-ramai orang, sesak-sesak. Adei. Semaaak. !!!

Topi empat segi berekor (Ape orang panggil tu? Mortar ke? Lupa ah.) cam kecik je. Kepala aku besar untuknya. Tapi aku bukan lah besar kepala. Hah merepek. Teehee. Hmm...esok yang pergi konvo aku insyaAllah Mama dengan akak aku je. Takpe lah abah tak ikut, kesian je duduk tunggu lama-lama esok. :)

Abang aku jugak sempoi, mase die konvo dulu dia tak kasi mama dengan abah datang. Sebab tak nak biar mama dengan abah penat menunggu. Dah tu lepas konvo je terus merempit balik temankan aku dengan Siti (Roy lah) pergi Lowyat beli laptop. Nasib baik lah tak merempit pakai jubah konvo. Aww baik kan abang saya? Hahahahaktui. :P Lalalalala ~ dia asik cakap aku dah gemuk cuti ni. Lah memang aku gemuk dari kecik pun apehalllll ~?! EWAN NGOKNGEK. HAHAHAHAHA. *dush dush*

Post aku petang ini tunggang terbalik. I loooike ~ !! XD

Chatting. Chichot. Haha.

*aku takde nak citer pasal kucing aku Chichot pun. Ahah!*

BLOG SAYA KINI BERWAJAH BARU :D :D

Berjam-jam edit, padahal ia tak sepatutnya mengambil masa 15 minit pun! Ye lah, sambil edit sambil chatting sambil YouTube sambil Facebook...mana taknye sampai berjam-jam. Hahaha ~ aku suka sangat layout ni. Sekali jumpa terus jatuh cinta. Terima kasih encik mana tah yang create layout ni, simple dan cantik. Kemas. Tak serabut. I loooike ~ !!! 8D

So anyway, topik pepagi buta ni adalah pasal Yahoo! Messenger. Aku yakin rata-rata korang ni mesti guna Y!M kan...aku rasa Malays prefer guna Y!M while non-Malays prefer MSN messenger. Tak pun skang sume dah beralih ke skype. Ke ada yang hardcore Facebook chat? Hahaha FB chat tak best. :P

Masa zaman skolah dulu aku slalu guna MSN Messenger (atau pun skang dah jadi Windows Live Messenger) sebab dulu aku rajin chatting dengan foreigners, dan omputeh-omputeh ni sume stok guna MSN je. Y!M dulu guna untuk chat dengan member-member skolah yang Malay sebab non-Malays sume gune MSN (aik apsal aku rase macam mengulang stetmen? Lantak.). Tak kisah laa apa pun platform chatting aku guna....tapi aku memang ada satu habit yang memang tak pernah la tak buat,

MENYIMPAN ARCHIVE CHATTING CONVERSATION.

Hahaha. Seronok bila baca balik conversation dengan kawan-kawan. Aku memang seorang yang menghargai sentimental value sesuatu benda atau perkara beb! Sebab tu aku tak buang-buang lagi diari koyak rabak aku nih kan. Ahahaha !!!!

By the way, pagi ni aku chatting dengan seseorang yang rajin chat dengan aku masa dulu. Kalau dulu kitorang rancak chatting berjam-jam, tapi skang macam kejap-kejap je. Maybe sebab dah lama kot tak chat. Topik pun dah takde sangat sebab masing-masing dah dewasa (alahai geli aku XD). Tapi yang pasti, style chatting masing-masing tak berubah !! HAHAHA.

And yes, it's the person from my koyak rabak diary tu. Aww ~ teehee ! :P

P/S : Sumpah rasa nak belasah diri sendiri bila baca balik diari koyak rabak tu. askfgdls betul ! XD

Wednesday, May 19, 2010

Kematangan akal fikiran.

Sejak menjak ni aku rajin giler blog hopping tak tentu hala. Dari blog member-member, blog artis sampailah terbabas ke blog maknyahh (auww tak kuasa mak!). Hehe. Dah lame tak buat kegiatan penuh faedah camni di waktu malam buta.

So bile dah melompat-lompat kangaroo ke merata blog tu, aku terjumpa la satu blog ni. Blog kawan kepada kawan kawan aku. Pening? Lantak kau :P Budak ni aku rasa sebaya dengan aku, dan die study course yang lebih kurang sama dengan aku sekarang (software engineering kalau tak silap) tapi kat universiti lain. Aku baca lah rentetan hidup dia (tak de la semua post, tak larat nyaah~) pastu entah camner bila baca blog dia, aku mule berfikir.

Minah tu dah join macam-macam event berkaitan system development, dah lalui segala onak duri memecah otak buat SRS documentation yang-aku-sangat-menyampah-walaupun-baru-tahap-belajar-je-pun, dah jumpa macam-macam client punya perangai yang senonoh dan tak senonoh....kira macam she's already like a successful system analyst. And she loooves software engineering.

Aku skang blajar Information System Engineering. Tapi aku tak macam dia. Aku takde pemikiran seperti seorang system analyst (belum lagi kot?). Aku pergi kuliah, belajar, balik bilik, makan, tidor, wat assignment, submit assignment, siapkan projek, amik test, amik exam, cuti semester. VOILA. Cuti ni aku takde inisiatif nak mendalami ilmu ISE lagi. (Beluuum lagi tuuu....). Padahal sem-sem akan datang memang mencabar keimanan aku bet. Haih, kadang-kadang bila aku fikir benda ni, aku rasa diri aku macam tak matang lagi. Alah baru 22 (21 lah) tahun..rileks beb!

Rileks eh. Kau dah patut fikir pasal masa depan kau kot Mai. Ko nak keje apa dengan kelulusan ko nanti...camner ko nak survive dalam hidup bekerjaya lepas graduate nanti...

HEY MACAM-MACAM LAH KAU KENA FIKIR. Belum lagi kene fikir cari pasangan hidup oh kau sungguh gathaaal.

Sebab tu sometimes aku tak nak jadi dewasa. HAHAHA. Duh.

P/S : Masa wat system prototype tu aku dah pesan kat diri sendiri cuti-cuti ni aku kena belajar guna Netbeans. Tapi macam tak sampai seru lagi nak belajar. Hehe. Lepas konvo nanti lah. HAAA KAU TANGGUH LA LAGI TANGGUH. Pegi laa layan Ray William Johnson punya "EQUALS 3" video tu puas-puas. (Terima kasih kat anda sebab suggest kat aku channel tu, best giler !!! )

Monday, May 10, 2010

GUYS - My type, my style.

Orait benda ni aku dah penah post kat Facebook dulu-dulu, tapi kali ni aku rasa nak cuba buat balik...kot-kot ada jawapan yang dah berubah ke ape ke kaannn...mana tawu? XD Dan kali ni aku nak jawab dalam bahasa ibunda. HAHAHAHA.

1. Do you need him/her to be good looking?
- Normal la manusia suka tengok sesuatu yang lawa cantik hensem kacak sume kan, bagi aku asalkan aku suka pandang dia & dia manis (manis?) okay lahh.

2. Smart?
- Pandai pun nak, smart looking pun nak. Hoyeah!

3. Preferred age?
- Lebih tua sikit daripada aku atau at leaaaaast sebaya. Muda...hm. Memang tak prefer tapi kalau dia muda DAN berfikiran matang serta boleh bimbing aku, KAU KACHAK KAU KACHAK. XD

4. Preferred height?
- Well well, sekarang ni dah ramai lelaki yang AGAK rendah ye...so aku tak kisah sangat la. 165++ pun apa salahnya. Asalkan tinggi daripada aku WALAU sikit pun orait. Kalau tinggi sangat cecah 183cm (macam Katokei waaaah kaki dia panjang cantik waauu~) tuu....alemak tinggi sangat. Kerdilnya ku rasakan diri ini ~ wuhuuuu.

5. How about sense of humor?
- Aku memang suka gelak. So kalau dia ade sense of humor tu, memang such a bonus. 8D

6. How about piercings?
- HINGIN PULAK AKU NAK KAU ADA TINDIK-TINDIK. NO NO NO.

7. Accepts you for who you are?
- Eh wajibul ghunnah lah. Kalau tak terima buat apa hubungan itu terjalin ~ wah ayat.

8. Pink hair?
- Walaupun hakikatnya aku suka J-Rock dan Visual Kei, aku tak prefer bakal laki aku tu berambut kaler-kaler. Aku lagi suka lelaki berambut hitam ~ hitam itu menawan, nama saya Rain ~

9. Mushy or no?
- Errr....boleh la jugak. Bayangkan if luaran dia macho gilababai, tapi dengan aku dia mushy-mushy gitu...Auwww so chomel. HAHAHA *hentam diri sendiri*

10. Thin or fat?
- TOUGH. HAHAHA XD

11. Black, Brown or White (skin color)?
- Brownish white okay kot. Putih jambu laaa ~ I suka lelaki mancho. Kahkahkah bodow.

12. Long hair or short hair?
- Pendek ah. Panjang macam serabai. Lain laa kalau rambut lurus licin kalah rambut aku. Heheh.

13. Plastic or metal?
- Ape ni barang kitar semula ka? Bukan plastik. Aku tak nak plastik plastik.

14. Smells good?
- MESTI LAAAAH. Burberry perfume sedap bau dia, I looooike. (tetiba)

15. Smoker?
- Ohhhh tidaaaaak.....aku tak boleh laa dengan smoker. Benci asap rokok, bau rokok.

16. Drinker?
- Ahh nak mabuk mabuk pulak. BLAH KAU.

17. Girl/Boy-next-door type?
- Macam mana jenis makhluk begitu? Macam cerita omputeh tu ke? Kalau ye..ahha!

18. Muscular?
- Hahaha. Saya suka orang yang TOUGH. Tengok kau buat aku ulang lagi statement ni. Demm.

19. Plays piano?
- Woohooo ~ suka suka suka!

20. Plays bass and/or acoustic guitar?
- WOOOHOOO ~!!! SUKA SUKA SUKA GILA SUKA.

21. Plays violin?
- Err...boleh lah. Haha ~ (tapi aku still stick dengan pemikiran girls with violin lagi handsome. Apakah!)

22. Sings very good?
- OH MEMANG SUCH A BONUS LAH KALAU MACAM TU 8D Malam-malam mendendangkan lagu tidor ~ Hahaha kan dah berangan watdehelenyap!

23. Vain?
- Tak mau tak mau.

24. With glasses?
- Siapa-siapa yang kenal aku, diorang memang tau aku suka lelaki berkacamata. HAHAHA. Tapi sebenarnya tak kisah pun. Tapi kalau ada glasses, lagi tertarik lah aku. Hehehe. Eh tapi betul tak kisah ~ *bongok*

25. With braces?
- naaaah.

26. Shy type?
- Hmm....kalau memula malu-malu tu aku faham laah. Tapi kalau memanjang je cenggitu... kthxbye. (tapi malu-malu banyak senyum I loiiike ! Hahah apakan.)

27. Rebel or good boy/girl?
- Budak baik please.

28. Active or passive?
- Aktif lah tolong. Aku nampak je pasif, tapi sebenarnya aku suka berfoya-foya. HAHAHA DEMM.

29. Tight or bomb?
- LALALALALA?!

30. Singer or dancer?
- dua-dua nak jugak. HAHAHA.

31. stunner?
- naah.

32. Hiphop?
- eh tak mahu laaaaah. Macam apa jer baju gelebeh-gelebeh.

33. Earrings?
- LAAAAH KAU aku tak suka tindik-tindik kau nak pakai earrings pulak. NEHIII!!!

34. Mr/Ms. count-my-ex-girlfriends-until-you-drop?
- EH siapa lah yang nak jenis manusia begini kan? Tak nak haku.

35. Dimples?
- Kalau chomel, apa lah salahnya. Hoho~ (bila senyum nampak lesung pipit dalam, WAAHHH GITU!)

36. Bookworm?
- sikit2 sudahlaa....rosak mata baca banyak-banyak. Kehkeh!

37. Mr/Ms. love letter?
- HAHAHA OKAAAAY SANGAT COMEL. XD Nak nak nak!

38. Playful?
- Jangan playful yang menjengkelkan sudah lah.

39. Flirt?
- Dengan aku je. Peeh!

40. Poem writer?
- Not necessary, sebab aku pun bukan lah puitis pujangga sangat. Heheh!

41. Serious?
- Aku memaaaang suka lelaki bermuka serius dan garang. Tapi aku tak suka lelaki garang!

42. Campus crush?
- OK FIIIIINE. Aku jawab survey ni mostly based on him. So you got the image? 8D

43. Painter?
- Hmm...boleh la jugak. Bleyh kasi lawa dinding rumah. Ahaha tetiba.

44. Religious?
- WAJIB WAJIB WAJIBUL GHUNNAH.

45. Someone who likes to tease people?
- Just jangan annoying sangat, tu je.

46. Computer games geek? Or internet freak?
- Kalau terpaksa pilih, aku pilih internet freak. Ehhh tapi jangan laa freak sangat...bawak la I jalan-jalan ~~~ wahahahahh!!!

47. Speaks 20 languages?
- Asalkan good in English, yang lain tu aku tak kisah.

48. Loyal or faithful?
- BOTH BOTH BOTH

49. good kisser?
- :D :D :D *amboi gila gatai siyooooll !! dush dush*

50. loves children??
- harus, DAN KUCING JUGA !!! :P

Oh hey. Takde laaa beza sangat jawapan aku dulu dan sekarang. Ekekeekeke!!! Jawapan aku sungguh amat gadisnya. WAHAHAHA !!!!

Hah. Komen la kalau kau berani ~ XD

Dah habis.

Dah habis semester 3 kat Shah Alam. So nak citer la pengalaman dok UiTM Shalam ni cemaner kan...okay walopun skolah dekat nak mampos dengan rumah, aku takde laa balik rumah every week pon. Kehidupan busy nyer memang tak hengaat ~ (hak alah nak hiperbola ajer) XD So satu sem dok Shalam ni, aku rase okay la. Sebab first time masuk duduk kolej, takde laa rase tercekik sangat kot. Next sem maybe perception will change....mungkin. Duduk rumah sewa, duit banyak nak guna, PTPTN aku takde. Oh oh ~ miskin aku miskin !!!

Final exam hari tu macam gampangan jugak adanya, aku rase 3 paper aku macam sampah. Haiyooo~ takot aku nak cek result nanti. Nak repeat subjek2 tu adoihaaaaaaiiiiii....LECEH GILA LA BOI ~! Lantak kau lah exam. Hish.

Ape yang aku blaja bile dok Shalam? HAHAHA. Cara-cara nak bungkus nasi. Ehhh sini tak pakai polistrin, sume pakai bungkus-bungkus kertas. So aku dengan secara tak sengaja dah develop skill membungkus nasi dengan kachaknye, sape-sape ade bisnes nasi lemak boley hire aku keje okay. XD Disebabkan Shalam ni TERLALU LAH GABAN GABAKNYER....aku takde kesempatan nak usha-usha makhluk fakulti lain. BOORIIIIIIIING ~ pusing sana sini asyik budak fakulti sains komputer je. Oh bosan bosan. Memang ini dilema yang diutarakan masa presentation praktikal dulu bersama Pipah (sila rujuk post lama-lama lah kalau rajin). HAHAHA. Adoi saye ~ mana Encik Fahimi engineer berkacamata? 8D

Next sem subjek macam agak susah jugak kot, bile di analisis daripada kekusutan dan kemerengan senior-senior. Err....kalau aku mereng jugak korang jangan laa tak nak kawan dengan aku lagi. Weeahoo~ anyhow, next sem aku duduk rumah sewa. Akan bermula lah babak-babak drama terkejar bas, jalan kaki ke kedai-kedai whatnot....nak bawak Beeba Oren, tapi nampaknye belum sampai seru lagi nak pakai sebab abang aku konker bawak pegi keje kat Putrajaya sane adohaiii...ber-bas sajelahh kau gayahh...

Ni system prototype ape citer? Hok aloh...nak present hari Rabu. XD Blah.

P/S : Tarikh konvo saya dan dia sangat jauh beza. Tak dapat nak jumpa. :( Blah lagi.