Saturday, June 26, 2010

Saya menang motoooor ~




Terima kasih Kak Zira senior ku yang paling cool di atas penganugerahan glam ini. Yaww ! XD



Dan soalan-soalannya berbunyi :


1) Kenapa anda suka blogging ?

- sebab saya suka menaip sesuatu secara tiba-tiba. Hahaha !!! Sebenarnya dulu saya baca blog orang je, pastu tetiba cam rasa best pulak kan. Blog pertama saya berplatformkan blogdrive.com, tapi dah lama dah rest in peace. Kat sana dulu macam-macam saya letak; music player, gambar2 blablabla...tapi sekarang saya lebih prefer blog yang ringkas dan simple macam blog sekarang ni. Ceywah !


2) Adakah anda bahagia dengan kehidupan sekarang ?

- BAHAGIIIIAA SANGAT. Syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaNya ini. Fuh ~ !! *lagi2 baru balik dari hangout bersama family tersayang kan. Ahah!*


3) Apakah impian anda 5 tahun akan datang ?

- Oh. Anda boleh refer di sebelah kanan anda. Saya ada senaraikan tu. Hahaha ! *dasar pemalas kau nih kan!*. Tapi yang utama utama utama sekali impian ke-5 dan ke-6 tu. Weee ~


4) Siapakah orang yang anda mahu sentiasa berada di sisi anda ?

- Kalau boleh memang nak selalu lah bersama keluarga kaan ~ tapi dah kalau pergi belajar tu tak dapat lah gayah oii...*aku bukan anak manja lah ngeng!*. Kesimpulannya, saya mahu keluarga dan kawan-kawan tersayang sentiasa berada di sisi saya :)


5) Sila beri award ini kepada 5 orang yang anda suka (baca blognya yaa ayat ni aku tambah sendiri yaak taknak lah cheesy wedges begitu segan I XD) :

- Sari
- Suri
- A-za
- Sewhee
- Irwan
*saya nak bagi award ni kat Kak Zira jugak! Hahahha~*


6) Beri pendapat kamu tentang award ini

- Terima kasih. First award ni. HAHAHHHA !!! *tak menepati kriteria soalan betul! XD*

Tuesday, June 22, 2010

XTVT.

Bila aku flashback balik aktiviti2 harian aku masa cuti nih :

1) Bangun, gosok gigi, basuh muka, mandi bile rase nak mandi siang2.
2) Makan kalau rasa lapar dan tengok lauk best ke tak best. Kalau takde lauk dan rase lapar, masak lah.
3) Sapu + mop rumah sambil pasang radio kuat2. Kalau ade baju banyak nak basuh, mesin basuh on sekali.
4) Lipat baju kalau ada, sambil tengok tv / dvd. (dvd lah selalu, tv boring)
5) online, download, chatting, apape aktiviti cyber.
6) mandi, solat, etc etc

Kadang tuh ade aktiviti tambahan :

* melepak merayau kat shopping mall
* pergi bayar segala bil
* bagi makan kucing kalau abah balik lambat
* mandikan kucing kucing hyperaktif
* siram pokok bunga petang petang
* marah dua makhluk pelik yang panjat pagar rumah
* masak (cey, berlatih benar gua nih ahahaa!)

Kesimpulannya :

1) Lantai rumah aku berkilat shining kalah iklan. Okay bola hyper di situ~
2) Tiada longgokan baju baju tak berbasuh.
3) Dah khatam baper banyak dvd dah.
4) Banyak sangat file dalam HD tak ter-burn. Kejap lagi merah la kau.
5) Aku rasa macam surirumah yang handsome. HAHAHAH.

Tinggal kurang lagi dua minggu je nak buat aktiviti2 seumpama ini. Duhh....malas siot nak setup rumah sewa ~ perabot segala ape pun tak beli lagi. Cey perabot bagai ~ blah kau. XD

Aku nak mengamuk.

Macam mana laa aku tak racist gemar sangat dengan spesis makhluk ni. Malam-malam selalu menyemak melepak depan rumah aku buat bising. Abah sediakan tempat duduk kat taman depan umah aku ni untuk kitorang sekeluarga bersantai waktu petang, tapi kerusi-kerusi tu dah kena invade kaw-kaw dengan diorang bila malam menjelma.

Eh kau kalau buat bising je aku tak kisah sangat (oh tak. Aku kisah sangat sebenarnya), tapi kalau dah sampai mabuk mabuk minum arak pastu pecah pecahkan botol merata-rata kat kawasan depan rumah aku ni SIAPA YANG BLEH TAHAN BAI? Dah laa bukak lagu yang entah hape hape tu .... tekanan perasaan betul !

Sekarang ni diorang tengah "berpesta" depan rumah aku. AHHHH TERENCAT AKAL SEMUA TU. Geram betul aku ~

Dah baper kali aku mencarut carut nih. Aduh.

Friday, June 11, 2010

Cuba lagi sem depan. :D

Dah. Aku dah check result. Tahniah Mai. First time kau TAK cecah 3 pointer. Yey! I hetchu very de strong Mr. Math Logic. Thank goodness kita dah takkan berjumpa lagi sem depan. WE BROKE UP FOR GOOD !! :p Memang nasib aku laa...pointer mesti sipi-sipi je nak sampai target. Dulu CGPA diploma sipi-sipi nak dua bintang...kali ni sipi-sipi nak ke 3 pointer. Adoi saya ~ lantak kau. Asalkan tak perlu repeat, AKU PUAS HATI. Muahahah !!!

"Tu la ma...adik dah cakap awal-awal. Pekse aritu susah gila. Carry mark cukup-cukup makan je semua. Shah Alam tak best la nak wat tempat blaja. Ma antar adik stadi kat Jengka yeh?"

Boleh la teks ucapan aku camni ? XD Rileks ah. Mama takkan marah punya, tapi aku dah dapat agak la ayat pertama yang akan keluar dari mama : "Hek eleh ~". Bersedia lah aku dengan senyuman kambing paling lahabau nak bagitau result bila mama balik keje jap lagi.

*menari disko menari disko*

SIAP KAU SEM 4. AKU NAK BALAS DENDAM !!!!!

P/S : Wangi giler bau shampoo Herbal Essence baru ni. I liiiiiike !!! *pintal pintal rambut cam bangang*

Wednesday, June 9, 2010

Kisah dua makhluk.

Ada dua orang makhluk. Tak tau berasal dari mana. Selalu merayau-rayau berlegar-legar sekitar kawasan perumahan saya. Pada suatu hari, saya nampak mereka bermain-main berdekatan dengan ayah saya yang pada waktu itu sedang memberi makanan kepada burung. Saya biarkan saja.

Hari-hari mereka bermain sekitar rumah saya pada waktu petang. Satu hari, saya sedang menonton TV. Tiba-tiba terdengar suara anak kecil memanggil kucing saya. Sungguh dekat suara itu. Saya memandang ke luar. Terlihat dua orang manusia itu sudah memasuki halaman rumah saya. Eh, tanpa memberi salam pun mereka itu. Saya biarkan saja.

Beberapa hari lepas itu, mereka sudah berani memasuki rumah saya tanpa rasa takut dan bersalah. Oleh kerana pagar selalu tidak berkunci, maka mereka masuk sesuka hati tanpa memberi salam. Mereka seperti buat rumah ini rumah mereka pula. Selalu masuk ke dapur semasa ayah sibuk menyiapkan makanan untuk kucing-kucing. Walaupun ayah pernah menegur mereka supaya jangan masuk dan mengganggu, nampaknya mereka tak faham. Mungkin perlu berbahasa tagalog dengan mereka kot. Bila si kecil itu nampak saya yang sedang duduk di ruang tamu, dia sekadar memandang dan terus blah. Saya biarkan saja.

Petang semalam, pagar saya berkunci. Seperti biasa pada waktu petang mereka bertandang ke rumah saya. Melihatkan pagar berkunci, si kecil mula menjerit menyuruh ayah saya membuka pintu. Bila ayah saya buat taktau, si kecil menjerit tidak puas hati. Akhirnya si kakak MULA MEMANJAT PAGAR RUMAH SAYA. Si adik pun sama.



Tengoklah. Sungguh berani dan tak ada rasa bersalah langsung menceroboh kawasan kediaman saya ni kan? Ayah sudah tak larat mahu menegur mereka. Saya pula...... "heyy memang aku nak maki je bebudak ni semalam wehhh!!!" tapi tak macho la marah budak depan ayah saya. Saya biarkan saja.

Bukannya apa, saya tak kisah mereka nak bermain-main sekitar rumah saya. Tapi mereka ni harus lah tau nak hormat orang lain. Mungkin mereka masih muda dan mentah, tapi kecik2 macam ni la mesti belajar hormat kepada orang. Bukan sesuka hati "pecah masuk" rumah orang lain, mengganggu ketenteraman orang malah MENGEJAR KUCING-KUCING SAYA !!! Argghh. Saya harus memaki menegur mereka satu hari nanti. Kalau tak berubah jugak, SIAP KORANG AKU JUMPA MAK AYAH KORANG ! MUAHAHAHAHA ~


Tak ajar "biadab"? WAKAKAKKAK. Gelak guling guling lah saya. Apa punyer subtitle lah siapa yang buat ni?!!! XD

P/S : GACKT hensem gila siot dalam felem MOON CHILD nih !! Woot woot 8D