Tuesday, December 7, 2010

The Ruler.

Hari tu excited gile kot aku nak berblogging pasal topik kali ni, tapi entah apesal tiga hari selepas kejadian jugaaaak lah aku ade inisiatif nak hapdet. MUAHHAHAHA ! Macek, ko mesti tunggu lama kan. Hahaha, sori sayang. XD

Okay okaaay. Sabtu lepas aku pergi The Actor's Studio Lot 10. Hah kejadah apa aku buat kat sana? Taaak...aku tak berlakon apape. Aku tengok orang berlakon je. Hahaha ! So hari tu adalah hari kedua terakhir musical pantomime show yang bertajuk THE RULER !

Secara amnya, aku boleh definisikan benda ni macam teater lah jugak kan. Tapi teater kecil kecilan je, bukan tahap Puteri Gunung Ledang mahupun Natrah yang buat kat Istana Budaya tu. Peh, sejak bila pulak la aku terjebak dengan hobi berseni macam ni ? HAHAHA. Sebenarnya ni kali kedua aku pegi show seumpama ni. First dulu aku pegi tengok Mamak Mee-Ah! kat tempat yang sama jugak.

Macam mana aku boleh terjebak? Ya, perhatikan dua dua poster ni dan korang akan nampak satu nama : Johan Yusof. Yaaa. Dia lah dalangnya yang menjebakkan aku ke dunia teater ini. XD Johan ni member aku kat Fesbuk. Aku kenal dia dekat setahun jugak la. Let's just say music interest brought us together. Memula aku memang tak expect pun dia ni "artis". Ingat orang biasa biasa je. Tapi rupanya die aktif jugak dalam dunia teater. Pon laa pernah jugak dia keluar TV2 masa muzikal krismas. Mak dia, Farah Sulaiman adalah choreographer tersohor (yang tengok 'Sehati Berdansa' tu kenal lah kot. Tak, aku tak tengok rancangan itu. Aku takde ASTRO derrr). Ayah sedara dia salah seorang pelakon terkenal drama Melayu kat TV (cuba teka cuba teka! XD). Kiranya die ni berdarah selebriti. Oh, hebat.

The Ruler ni jalan cerita dia simple. Tapi memang seronok habes laa. Kelakar pun kelakar, dah tu masing masing suara sedap bila menyanyi. Yang uniknya, dia selitkan unsur crossdressing. Contoh macam Prince Magnoom Shah Magnoom tu sebenarnya wanita bernama June Low, dan Johan pulak jadi Princess Heavenly Haruma Hirani Ha-Ha. Kachak betul. Tapi kan, kalau nak banding, aku rasa Mamak Mee-Ah! lagi kelakar. HAHAHA !! Ada Radhi Khalid koooot, mesti laa kelakar. XD

Sempat la jugak snap beberapa gambar masa stageplay ni :



Pehh. BONDA BENDAHARA cayalaaahh !! XD


Sesi photoshoot dengan para pelakon. Korang mesti penah nampak uncle botak tu kat TV kan? Hahaha. Sham Sunder Binwani nama dia. Btw aku boleh je menyempal atas stage tu ambik gamba skali, tapi I malu. Pftt!

Dengan Alvin Looi a.k.a Morgan / Morgiana *bile dia crossdress pakai tocang putih* (ke Morginia? Lupe lak). Dia ni lawak. Hahaha!


Dan akhirnya aku hanya bergambar dengan Johan Yusof a.k.a MARUJO a.k.a Princess Heavenly Haruma Hirani Ha-Ha weh bapak panjang nama. XD *gambar terang ada, saje nak letak yang gelap ni. Kehkeh!*

Yang buat aku dengan akak aku cam tersentap tuh, masa diorang nak break 15 minit tu, si Johan boleh pulak lari skipping sambil nyanyi lagu EXILE "I Wish For You". Amendeerr!?


Aku : "Wei what's with that I Wish For You just now huh?"
Johan : "I didn't know you guys are coming, then I saw both of you. So I thought I must do something. Haha!"

Very thoughtful of you MARUJO. XD

Hmm. Best jugak tau pegi tengok teater ni. Next time aku nak try pulak kat Istana Budaya. Ceywah!

P/S : Lupa nak mention. Both Mamak Mee-Ah! and The Ruler are in English. Teehee! Dan aku TAK SEMPAT nak bergambar solo dengan BONDA BENDAHARA !!! Waaaaa ~

3 comments:

Anonymous said...

tengah2 play tu dia nyanyi ? alahai. suweetnya JY :D

MAI'demoiselle. said...

before diorang pegi break 15 minit tu diorang interact kejap dgn audience. then bila nak pegi ke blakang tu tetiba die nyanyi. HAHA

suara JY dah makin sedap nox. woot woot!

Ciao Annin said...

Nox??? Baru aku tau kau ber-henshin di dunia blog! Kellas nyaaaah ~ Mwahahah!!!!

p/s: Nak pinjam dialog kau nanti. AHAHAH!