Apa kau ingat aku tengah jadi hos rancangan kanak-kanak ke -_-
Anyway, hello lah korang. Lama bebenau aku tak menghapdet menatang ni. Apakah yang telah terjadi sepanjang 3 bulan lepas? Well, takde mende. Tapi sebenarnya ada la jugak weh. Malam lepas aku update pos yang sebelum ni (yang aku emo tak tentu pasal tu), aku jatuh sakit. PEH JATUH SAKIT OKEY BAHASA MELAYU PERKASA.
Betul ni, aku sakit tetiba. Malam tu aku rasa sejuk tak memasal, pastu rasa badan lemah
Disebabkan tu jugak aku terpaksa tak pergi kelas Data Mining (nak taip ponteng macam tak kachak je). Bayangkan la, lepas Subuh aku tidur bangun pukul 12. Lepas mandi tak makan tak apa aku sambung balik terbaring layu kat atas tilam sampai petang. Petang tu abang aku ambik balik Klang (heh biasalah hujung minggu katanya).
Masa nak pegi ke kereta abang aku tu pun aku jalan cam orang mabuk. Before tu aku pegi kedai runcit feveret ramai si Convee tu beli roti + air. Beb, wa tak makan mender pun satu hari wehh! Taim nak masuk kereta tu ade pulak mamat sorang ni kacau aku konon nak sikit roti aku lah hape lah...memang dapat jelingan maut aje lah kau kan. BAHAHAHAH.
Sampai sampai umah aku salam mama salam abah apa segala pastu terus naik masuk bilik dan landing kat katil. Apahal tak larat sangat entah. Mama pun naik jugak bawak obat obatan bagi aku~ I lebiu mama. So esoknya aku pegi klinik. Aku pun sebenarnya tak tau nak cakap apa dengan doktor. So aku cakap je la aku rasa lemah tak bermaya blablabla~ doktor cakap badan aku agak panas. Pastu dia tanya :
Doktor : "Takut jarum tak?"
Aku : "Tak." (dalam hati : OMG mampuih laa kene cucuk satgi ni....)
Doktor : "Kalau macam tu saya bagi injection je lah, cepat sikit baik."
Aku : "Okay boleh je~"
Doktor : "Injection kat punggung ya."
Aku : "...................."
DAMN. MAKA SELAMAT LAH BETA KENA INJECTION KAT BAHAGIAN ITU BUAT PERTAMA KALINYA DALAM HIDUP !!! orz
Itu kejadian hari Sabtu. Hari Isnin nya pulak, aku still rasa lemah longlai. Tak berkesan langsung ubat doktor -_- Isnin tu pulak aku ada test AI. Memula aku memang tak nak sangat pegi test, siap call miss lagi tapi miss tak angkat uwaaa derita ~ nak tak nak pegi jugak laaa. Tah mender aku jawab masa tu, otak dah weng macam cendol (memang layak la dapat markah 14/50 HAHAHAMBEK KAU). Lepas je test aku terus pegi Pusat Kesihatan atau nama glemer PK. First time weh first time, batak sikit dengan prosedur die yang macam spital kerajaan betul dah hahaha! Doktor cek lagi, dia kata suhu badan aku normal. Tapi aku berkeras gak yang aku rasa lemah2 badan. So dia pun bagi la ubat ~ aku pun makan la ubat tuuuu.
Esok malamnya tu aku rasa tapak2 tangan dengan betis2 aku gatal gila2! Gatal sampai tak boleh tido. Mengapakah.......(T_T) Terpaksa lagi tak pegi kelas dan jumpa doktor PK~ kali ni aku kata gatal2 pulak. Doktor cakap maybe aku allergic dengan pil antibiotik tu. Deng ~ first time aku dikatakan allergic terhadap sesuatu benda. Dibaginya lagi ubat sapu pulak. Nah ~ ko bayang sendiri la berapa banyak ubat gua. HAHAHA
Dua minggu aku lemah longlai. Dua minggu tu jugak boleh kata minggu kritikal bagi aku. Due date submit proposal, software UAT testing, test melambak2. Memang mencabar la baiii ~ sampai last class tu, Cik Wan tanya aku,
Cik Wan : "Awak okay ke? Pucat betul muka"
Aku : "Aaa...sakit sikit la miss. Hehe.." (ewah kau sempat nak sengih bagai)
Cik Wan : "Rest tau, exam dah nak dekat ni."
Aku : "Wokeh miss, dun weri. Balik ni saya tido dua hari."
Alhamdulillah, before start final exam aku pulih dan sihat seperti sedia kala. HOYEAH ! Bila fikir2 balik...cemana aku boleh sakit 2 minggu tu eh? Adakah penangan proposal FYP? HAHAHA. Apapepun, aku nak ucapkan terima kasih kat kawan kawan yang banyak tolong aku masa aku sakit tu. Groupmate ITS670, thanks sangat2 sebab memahami keadaan saya taim tu. Ye laa ~ aku macam tak berapa nak contribute sangat before UAT testing tu, datang umah Kak Ai tapi tido pulak sebab tak larat. Hihihi.
Alhamdulillah jugak, result final exam pun okay. Yang penting proposal FYP aku lepas ! WOOHOO !!!
Sekarang ni nak tunggu result intersesi pulak. First time buat shortcourse weh! Excited mak. Bila result ah? 27 Julai eh? Harap2 memberangsangkan la result intersesi. Nak kasi naik CGPA......isk!
P/S : Budak umah sewa cakap, bila aku sakit diorang takut nak cakap dengan aku. Tapi bila aku sehat, aku banyak cakap sangat. :P Masa aku tengah buat proposal FYP pun diorang takut cakap dengan aku sebab aku garang bila buat FYP. HAHAHAH ~

0 comments:
Post a Comment