Tuesday, May 25, 2010

I love you UiTM Pahang !

Baper hari lepas ade la aku post kat Facebook mengatakan aku rindu sangat-sangat kat Jengka kan? Well, sumpah aku tak tipu, aku memang rase rindu gilebabun kat tempat tu. Aku rindu suasana dia, orang-orang sekeliling dia, cafe dia, van kuning dok bawak student ke bandar Jengka, semua lahh. Tapi ada satu lagi perkara yang buat aku sayang gile koooot dengan UiTM Jengka nih.

Al-kisah diceritakan masa raya tahun 2007. Masa tu aku baru part 2. Aku tengah dalam perjalanan nak balik Jengka dengan parents aku, so dalam kereta ade la benda yang diborakkan. Tetiba abah aku macam ketawa.

"Kenapa bah?"
"Tau tak abah yang bina UiTM Jengka tempat adik belajar tu?"
"Haaa!?"

Untuk pengetahuan korang, abah aku dulu kerja buruh buat-buat bangunan semua tu. Abah cerita yang dia dengan arwah pakcik aku pernah kerja buat bangunan kat Jengka. Memula abah ingatkan diorang nak bina kolej ape tah, tapi last-last dapat tau bangunan yang diorang nak buat tu sebenarnya satu lagi cawangan UiTM yang nak dibukak kat sane. Abah cakap dia ada borak dengan arwah pakcik aku macam ni (lebih kurang lahhh!) :

Abah : "Rupanya bangunan yang kita nak buat ni universiti"
Arwah Pakcik : "Ye lah."
Abah : "Entah-entah satu hari nanti anak-anak kita pulak yang belajar kat universiti ni. "
Arwah Pakcik : "Ye mudah-mudahan... "

WAHLAUEH. Aku macam tak terkata pun ada jugak. WOW, GILA WOW. Masin mulut abah. Akhirnya aku lahh anak abah yang berjaya masuk UiTM Pahang cawangan Jengka, universiti yang abah bina. TERHARU SIUT !! Sampai-sampai je kat pintu masuk UiTM tu, abah tunjuk la bangunan HEA tu bangunan memula sekali yang abah "piling". Abah cakap gak masa tu Jengka memang tak ramai orang sangat, memang hutan kiri kanan. Sekarang ni dah maju, ade kilang bagai ~ rasanya masa aku daftar masuk tu lah kali pertama abah jejak Jengka lepas bangunan UiTM tu siap dibina.

Sepanjang aku study kat Jengka, kalau aku rasa macam demotivated nak belajar ke apa, aku mesti ingatkan diri sendiri "Abah yang buat universiti ni untuk aku. Dah tu jangan nak malas-malas!"- ok macam ayat poyo. Eh lantak la aku yang nak motivate diri sendiri. HAHAHA!

Sekarang ni aku dah pun jadi alumni UiTM Jengka. Aku taktau laa bile lagi agaknya aku akan jejak tempat tu...... :(

Jengkarians sekalian, cepat ucap terima kasih kat abah aku. AHAHAHA :P

P/S : Tajuk post ni adalah ayat yang aku selalu sebut spanjang minggu MMS berlangsung masa part 1 dulu. Tantan dengan Zuma lah yang selalu dengar aku sebut tuh. Kehkehkeh!

Sunday, May 23, 2010

Istiadat Konvokesyen ke-72

Hensem kan saya? HAHAHA !

22 Mei 2010 , tarikh keramat aku dan rakan-rakan CS yang lain menerima penganugerahan berupa skrol DIPLOMA SAINS KOMPUTER. Yes bebeh ! After 3 years of bittersweet stories, finally we've made it ! TAHNIAH AKU ! TAHNIAH KORANG SEMUA !!


Sesi konvokesyen kitorang waktu petang, agak tak strategik (eh betul ke penggunaan bahasa ni?) lah timing nyer begitu. Aku dah datang kol 11.30 pagi lagi, SEMANGAT NYAH. Heh bukan la. Aku datang awal sebab dapat khabar angin kene berkumpul pukul 11 kat dewan, alih-alih aku datang takde sape pon geng yang datang lagi. Haiyoyo ~ aku pun dok lah lepak kat khemah luar dewan tu sambil menonton sesi konvokesyen belah pagi. Demm aku nampak member skolah aku si Fareez melambai-lambai kat kamera, sungguh tak malu dia tuh. Kehkeh. Aku study lah cara-cara nak amik skrol tu, maklomlaa masing-masing tak pergi raptai, otai la kan katenye. Wahaha!


Pastu pukul 12 semua dah dipanggil beratur kat HEP. Ade kumpulan A dengan B. Dan-dan je nombor giliran aku starting untuk group B. Daaah aku kena duduk depan sekali dalam barisan pastu dibawak jalan gerak ke dewan Sri Budiman. Semua orang tengok. I FEEL SO SPECIAL, MACAM ARTIS. HAHAHA BLAH KAU! Dah nak pukul 1.30 tu semua graduan diarak masuk ke dewan. Wah, masuk TV masuk TV. Jakun siut tengok muka sendiri dalam TV. Bongok. Hahah.


Event betul-betul start dalam pukul 2.20 macam tu la. Jenuh wehh nak tunggu 1000+ nama siap disebut. Masa penyampaian skrol master aku rase mata kiri macam gatal gile. Pastu rase cam sepet. Aku tanye Yat, Yat cakap mata aku bengkak merah sikit. WATDEHELEN serangga tak sekolah mana yang sengat mata aku ini haduuiii...tapi nasib baik la tak bengkak sangat.


Kalau tak silap aku ada 4 sesi penerimaan skrol tu. Awal-awal aku dah siap sms akak aku nama aku lepas nama sape, ye laahh nak suruh dia, mama & abah get ready menonton aku yang kachak berjalan. Heheh. Masa nama dah sampai huruf L, aku dah nervous gile. Ye ye je nervous sebab bile nama yang start huruf L dah habis panggil, sekali boleh pulak dia break kejap nyanyi dua lagu. HAK ADHOI. Pastu akak tu panggil barisan aku gerak gi tepi pentas.


HOI. KATA LAA AKU ORANG FIRST UNTUK NEXT SESSION !?!! O_O


Ya, emangnye gwe orang yang first donkeyyy!! Daamn berdebar sungguh hati beta ~ isk. Staf yang jaga protokol tu ajar la aku cara-cara camner nak jalan. Tangan tak sah kalo tak sentuh bahu aku. PAKCIK WEI TANGAN JAGA SIKIT. Hahaha...apelah. Pastu nama aku pun kene sebut... aku pun jalan dengan kachaknye (Seri cakap) amik skrol tu. Ceyy....beria aku senyum masa nak turun pentas tu, KATA MASUK TV BESAR KAN. XD Tapi kakak aku cakap masa aku start jalan tu main camera belum tukar angle lagi, so sempat tengok aku masa dah terima skrol pastu jalan turun. HALAA CAMERAMAN CAMNI LA KAU...diskriminasi terhadap aku T_T Sungguh tak best betul jadi orang first.


Masa nama yang paling last dipanggil, satu dewan bersorak sorai gumbira ~ tak pasal-pasal mamat tu jadi highlight of the day. Nampak dia malu-malu kat atas pentas tu cam haper. HAHAHA! Penat koooot menunggu nak dekat 3 jam. Aiiih petang-petang pro-canselor nak berucap panjang-panjang.....letih ! Tapi masa NC isytiharkan kitorang sebagai alumni UiTM, ada gak laa rasa terharu, nak nangis, gembira, bangga, ok sudah-sudah lah ekspresi dramatis kau ni.


Keluar dewan masa tu dah dekat 5.30 petang. Semua rushing nak pulang jubah la balik la. So takde laa kesempatan sangat aku nak bergambar dengan budak-budak ni semua. OH SEDIH SAYA. Mana-mana yang aku terserempak dalam perjalanan nak pulangkan jubah tu aku snap la. Heheh.

SETELAH DIPERKENANKAN OLEH MOHOR BESAR RAJA-RAJA, DENGAN INI DIISYTIHARKAN, SAYA DAH ADA DIPLOMA SAINS KOMPUTER DALAM TANGAN !!!

:D :D :D


P/S : Tetiba abah ikut pulak pegi konvokesyen aku. Heehee. :)


NEXT UP : Cerita best UiTM Jengka !

Friday, May 21, 2010

Mereng.




Does he like you?

hope

Hope


There may be some Hope for you! He knows of your existence and bothers to talk to you.

However, as his actions are very subtle, it is difficult to assess his feelings towards you.

Therefore, give him some time to know you better and wait to see if feelings develop! He might just be interested in you one day!


HAHAHA. SHEETAL. Aku memang dah takde keje sangat laa kan sampai pergi main kuiz nih. HAHAHA. *mukatapaktangan* Tapi ayat last tu aku suka hahahahh demm you demm you.

Err....esok konvokesyen. Nervous lah. Hehehe. Tak nervous pun, aku malas je lebih ni. Nanti ramai-ramai orang, sesak-sesak. Adei. Semaaak. !!!

Topi empat segi berekor (Ape orang panggil tu? Mortar ke? Lupa ah.) cam kecik je. Kepala aku besar untuknya. Tapi aku bukan lah besar kepala. Hah merepek. Teehee. Hmm...esok yang pergi konvo aku insyaAllah Mama dengan akak aku je. Takpe lah abah tak ikut, kesian je duduk tunggu lama-lama esok. :)

Abang aku jugak sempoi, mase die konvo dulu dia tak kasi mama dengan abah datang. Sebab tak nak biar mama dengan abah penat menunggu. Dah tu lepas konvo je terus merempit balik temankan aku dengan Siti (Roy lah) pergi Lowyat beli laptop. Nasib baik lah tak merempit pakai jubah konvo. Aww baik kan abang saya? Hahahahaktui. :P Lalalalala ~ dia asik cakap aku dah gemuk cuti ni. Lah memang aku gemuk dari kecik pun apehalllll ~?! EWAN NGOKNGEK. HAHAHAHAHA. *dush dush*

Post aku petang ini tunggang terbalik. I loooike ~ !! XD

Chatting. Chichot. Haha.

*aku takde nak citer pasal kucing aku Chichot pun. Ahah!*

BLOG SAYA KINI BERWAJAH BARU :D :D

Berjam-jam edit, padahal ia tak sepatutnya mengambil masa 15 minit pun! Ye lah, sambil edit sambil chatting sambil YouTube sambil Facebook...mana taknye sampai berjam-jam. Hahaha ~ aku suka sangat layout ni. Sekali jumpa terus jatuh cinta. Terima kasih encik mana tah yang create layout ni, simple dan cantik. Kemas. Tak serabut. I loooike ~ !!! 8D

So anyway, topik pepagi buta ni adalah pasal Yahoo! Messenger. Aku yakin rata-rata korang ni mesti guna Y!M kan...aku rasa Malays prefer guna Y!M while non-Malays prefer MSN messenger. Tak pun skang sume dah beralih ke skype. Ke ada yang hardcore Facebook chat? Hahaha FB chat tak best. :P

Masa zaman skolah dulu aku slalu guna MSN Messenger (atau pun skang dah jadi Windows Live Messenger) sebab dulu aku rajin chatting dengan foreigners, dan omputeh-omputeh ni sume stok guna MSN je. Y!M dulu guna untuk chat dengan member-member skolah yang Malay sebab non-Malays sume gune MSN (aik apsal aku rase macam mengulang stetmen? Lantak.). Tak kisah laa apa pun platform chatting aku guna....tapi aku memang ada satu habit yang memang tak pernah la tak buat,

MENYIMPAN ARCHIVE CHATTING CONVERSATION.

Hahaha. Seronok bila baca balik conversation dengan kawan-kawan. Aku memang seorang yang menghargai sentimental value sesuatu benda atau perkara beb! Sebab tu aku tak buang-buang lagi diari koyak rabak aku nih kan. Ahahaha !!!!

By the way, pagi ni aku chatting dengan seseorang yang rajin chat dengan aku masa dulu. Kalau dulu kitorang rancak chatting berjam-jam, tapi skang macam kejap-kejap je. Maybe sebab dah lama kot tak chat. Topik pun dah takde sangat sebab masing-masing dah dewasa (alahai geli aku XD). Tapi yang pasti, style chatting masing-masing tak berubah !! HAHAHA.

And yes, it's the person from my koyak rabak diary tu. Aww ~ teehee ! :P

P/S : Sumpah rasa nak belasah diri sendiri bila baca balik diari koyak rabak tu. askfgdls betul ! XD

Wednesday, May 19, 2010

Kematangan akal fikiran.

Sejak menjak ni aku rajin giler blog hopping tak tentu hala. Dari blog member-member, blog artis sampailah terbabas ke blog maknyahh (auww tak kuasa mak!). Hehe. Dah lame tak buat kegiatan penuh faedah camni di waktu malam buta.

So bile dah melompat-lompat kangaroo ke merata blog tu, aku terjumpa la satu blog ni. Blog kawan kepada kawan kawan aku. Pening? Lantak kau :P Budak ni aku rasa sebaya dengan aku, dan die study course yang lebih kurang sama dengan aku sekarang (software engineering kalau tak silap) tapi kat universiti lain. Aku baca lah rentetan hidup dia (tak de la semua post, tak larat nyaah~) pastu entah camner bila baca blog dia, aku mule berfikir.

Minah tu dah join macam-macam event berkaitan system development, dah lalui segala onak duri memecah otak buat SRS documentation yang-aku-sangat-menyampah-walaupun-baru-tahap-belajar-je-pun, dah jumpa macam-macam client punya perangai yang senonoh dan tak senonoh....kira macam she's already like a successful system analyst. And she loooves software engineering.

Aku skang blajar Information System Engineering. Tapi aku tak macam dia. Aku takde pemikiran seperti seorang system analyst (belum lagi kot?). Aku pergi kuliah, belajar, balik bilik, makan, tidor, wat assignment, submit assignment, siapkan projek, amik test, amik exam, cuti semester. VOILA. Cuti ni aku takde inisiatif nak mendalami ilmu ISE lagi. (Beluuum lagi tuuu....). Padahal sem-sem akan datang memang mencabar keimanan aku bet. Haih, kadang-kadang bila aku fikir benda ni, aku rasa diri aku macam tak matang lagi. Alah baru 22 (21 lah) tahun..rileks beb!

Rileks eh. Kau dah patut fikir pasal masa depan kau kot Mai. Ko nak keje apa dengan kelulusan ko nanti...camner ko nak survive dalam hidup bekerjaya lepas graduate nanti...

HEY MACAM-MACAM LAH KAU KENA FIKIR. Belum lagi kene fikir cari pasangan hidup oh kau sungguh gathaaal.

Sebab tu sometimes aku tak nak jadi dewasa. HAHAHA. Duh.

P/S : Masa wat system prototype tu aku dah pesan kat diri sendiri cuti-cuti ni aku kena belajar guna Netbeans. Tapi macam tak sampai seru lagi nak belajar. Hehe. Lepas konvo nanti lah. HAAA KAU TANGGUH LA LAGI TANGGUH. Pegi laa layan Ray William Johnson punya "EQUALS 3" video tu puas-puas. (Terima kasih kat anda sebab suggest kat aku channel tu, best giler !!! )