Tuesday, December 7, 2010

The Ruler.

Hari tu excited gile kot aku nak berblogging pasal topik kali ni, tapi entah apesal tiga hari selepas kejadian jugaaaak lah aku ade inisiatif nak hapdet. MUAHHAHAHA ! Macek, ko mesti tunggu lama kan. Hahaha, sori sayang. XD

Okay okaaay. Sabtu lepas aku pergi The Actor's Studio Lot 10. Hah kejadah apa aku buat kat sana? Taaak...aku tak berlakon apape. Aku tengok orang berlakon je. Hahaha ! So hari tu adalah hari kedua terakhir musical pantomime show yang bertajuk THE RULER !

Secara amnya, aku boleh definisikan benda ni macam teater lah jugak kan. Tapi teater kecil kecilan je, bukan tahap Puteri Gunung Ledang mahupun Natrah yang buat kat Istana Budaya tu. Peh, sejak bila pulak la aku terjebak dengan hobi berseni macam ni ? HAHAHA. Sebenarnya ni kali kedua aku pegi show seumpama ni. First dulu aku pegi tengok Mamak Mee-Ah! kat tempat yang sama jugak.

Macam mana aku boleh terjebak? Ya, perhatikan dua dua poster ni dan korang akan nampak satu nama : Johan Yusof. Yaaa. Dia lah dalangnya yang menjebakkan aku ke dunia teater ini. XD Johan ni member aku kat Fesbuk. Aku kenal dia dekat setahun jugak la. Let's just say music interest brought us together. Memula aku memang tak expect pun dia ni "artis". Ingat orang biasa biasa je. Tapi rupanya die aktif jugak dalam dunia teater. Pon laa pernah jugak dia keluar TV2 masa muzikal krismas. Mak dia, Farah Sulaiman adalah choreographer tersohor (yang tengok 'Sehati Berdansa' tu kenal lah kot. Tak, aku tak tengok rancangan itu. Aku takde ASTRO derrr). Ayah sedara dia salah seorang pelakon terkenal drama Melayu kat TV (cuba teka cuba teka! XD). Kiranya die ni berdarah selebriti. Oh, hebat.

The Ruler ni jalan cerita dia simple. Tapi memang seronok habes laa. Kelakar pun kelakar, dah tu masing masing suara sedap bila menyanyi. Yang uniknya, dia selitkan unsur crossdressing. Contoh macam Prince Magnoom Shah Magnoom tu sebenarnya wanita bernama June Low, dan Johan pulak jadi Princess Heavenly Haruma Hirani Ha-Ha. Kachak betul. Tapi kan, kalau nak banding, aku rasa Mamak Mee-Ah! lagi kelakar. HAHAHA !! Ada Radhi Khalid koooot, mesti laa kelakar. XD

Sempat la jugak snap beberapa gambar masa stageplay ni :



Pehh. BONDA BENDAHARA cayalaaahh !! XD


Sesi photoshoot dengan para pelakon. Korang mesti penah nampak uncle botak tu kat TV kan? Hahaha. Sham Sunder Binwani nama dia. Btw aku boleh je menyempal atas stage tu ambik gamba skali, tapi I malu. Pftt!

Dengan Alvin Looi a.k.a Morgan / Morgiana *bile dia crossdress pakai tocang putih* (ke Morginia? Lupe lak). Dia ni lawak. Hahaha!


Dan akhirnya aku hanya bergambar dengan Johan Yusof a.k.a MARUJO a.k.a Princess Heavenly Haruma Hirani Ha-Ha weh bapak panjang nama. XD *gambar terang ada, saje nak letak yang gelap ni. Kehkeh!*

Yang buat aku dengan akak aku cam tersentap tuh, masa diorang nak break 15 minit tu, si Johan boleh pulak lari skipping sambil nyanyi lagu EXILE "I Wish For You". Amendeerr!?


Aku : "Wei what's with that I Wish For You just now huh?"
Johan : "I didn't know you guys are coming, then I saw both of you. So I thought I must do something. Haha!"

Very thoughtful of you MARUJO. XD

Hmm. Best jugak tau pegi tengok teater ni. Next time aku nak try pulak kat Istana Budaya. Ceywah!

P/S : Lupa nak mention. Both Mamak Mee-Ah! and The Ruler are in English. Teehee! Dan aku TAK SEMPAT nak bergambar solo dengan BONDA BENDAHARA !!! Waaaaa ~

Monday, November 29, 2010

Masakan cooking.

Malam tadi aku sampai rumah dalam pukul 10 macam tu lepas 12 jam berjeemba shopping sakan kat KL dengan makhluk Badang Saiban (kakak aku lah). Dah balik tu penat la kann, lepak kejap kat ruang tamu. Time tu pulak mak aku tengah tengok TV citer 'Dalil Cinta' (kudos to Dira sebab bagitau tajuk ni HAHAHA) yang Fahrin Ahmad dengan Sharifah Amani tu berlakon. Tak tau laa korang dah penah tengok ke tak, tapi aku memang first time tengok citer tuh.

Okay bagi yang taktau, citer die pasal isteri ni pemalas nak mampus, taktau masak dan suke enjoy macam orang bujang padehal die tuh dah kawen, dah ade suami macho shyall fahrin ahmad! dan ade tanggungjawab sebagai seorang isteri. So pendekkan citer, Fahrin dengan Amani konon2 berpisah, Amani belajar masak dengan mak mertua die, then diorang berdua berbaik semula. The end. *serius macam sampah drama review aku hahahhaa lantak kan situ*

Sambil tengok tuh, mak aku ade sound sound sikit "Haa tengok tu! Mama slalu kat dapor masak, adik duduk dalam bilik je pot pet pot pet sekian" ~ OKAY I'VE ALREADY SAW THAT COMING PUN. Terlambat nak melarikan diri dari situasi itu. XD Takpe, aku kan kebal. HAHAHHA.

Petang tadi pulak, mama balik balik je dari keje, nampak aku tengah tengok tv.

"Dik, masak nasi 3 pot."

Okaay. Biase laa tu masak nasi kan. Aku pun lala lili lulu pegi masak nasik kat dapor. Lepas tuh mula lah drama aku pulak bila mama start cakap :


"Potong bawang dengan halia tu. Ambik kobis dengan cendawan. Pot pet pot pet *arahan untuk memasak*"

DAMN. NI MESTI DRAMA MALAM TADI PUNYA PASAL.

Hahaha tak pasal pasal dah aku jadi macam Amani dalam citer tuh! Tapi aku ok lagi, tak kena marah marah ke ape masa masak tu. I nampak expert lah ! Mak aku pun macam kagum jugak tengok. Hmmpphh hmmphhh! Tapi ade la jugak mama guide aku macam berapa sukatan garam ke air ke nak dicampak dalam kuali tuh semua.

Mama : "Haa potong semua tu. Kang nanti jadi macam cerita smalam tak reti apape. Tadi kat ofis semua dok borak pasal cerita malam tadi. Semua pun gelak gelak je" *sambil ketawa bila cerita kat aku*

Aku : "Alaa rilekkkks. Adik masak la kat rumah sewa."

Abah
: "Tadi adik masak nasik goreng sorang sorang kat dapor. Tapi tak sempat nampak apa rupanya." *sambil sengih sengih*

Memang pun. Abah nampak aku dok hiris bawang lah cili lah ape segala tengah hari tu. Aiseh, I was busted siot. XD Baru je tak nak meninggalkan kesan masakan aku. Cett. Ok aku memang ada habit ni dah lama. Aku masak, tapi untuk aku sorang makan. Tak konfiden lagi laaa nak masak untuk the whole family. Aku mengaku laaa.....skill memasak aku bapak huduh tahap gampang punya aku tak tipu. Tapi at least rasa sedap okeyyh ! Well, aku sorang laa rase sedap kan. HAAHAHAH.

Tapi untuk dinner malam ni, SEMUA LAUK PAUK AKU MASAK. YA. AKU YANG MASAK. SATU FAMILY MAKAN. OHHH BAHAGIA KU RASA !!!! *padehal lauk simple je eh kau jangan nak berlagak sangat!*

Simple tak simple, yang penting aku yang masak. MUAHAHAHA. Biar simple, asal cukup rasa. Kaaaaaaaaan ! :p Okay geng rumah sewa gua sekaliyan, sem depan kita main masak masak sampai tunggang terbalik dapor tu okayh!

Kepada bakal suami saya, saya tau saya tak pandai memasak. Sekarang ni pun saya belajar masak dengan mama (ade jugak laa google sikit sikit resepi online). Nanti bila awak rasa masakan saya tak berapa nak sedap dan lazat, jangan condemn sangat tau. Cuba bagi kata kata semangat. InsyaAllah lama lama awak akan dapat rasa masakan ala ala hotel gitu ~ weeeeeeeeee !

Sila tampar muka awak laju laju lepas baca ayat ayat cinta di atas. HAHAHAHA.

Oh ye.




Ramai yang tanya macam mana mama buat kerepek pisang yang sedap gila nak mampuih tu. Bagi yang nak tau *terutamanya Cik Sewhee*, silakan klik sini. :D

Aku tengah makan kerepek pisang yang hebat ni. OM NOM NOM NOM.

Thursday, November 25, 2010

Another one year older.

Serious laa kan aku delay nak blogging sejak beberapa hari lepas. Konon masa birthday aku nak la post something tapi kemalasan tuh bermaharajalela. Sorry adik abang kakak makcik pakcik atok nenek sekalian. HAHAHAHA. Okeh ini dia hapdet ambik kau ambik !

21 November lepas adelah hari kekachakan aku. Terima kasih kepada 98+ kawan yang wish besday aku kat Fesbuk sana. Hahaha, time besday je la kan nak merasa wall kau penuh semacam. Sebelum tu 20 November, aku pegi berjeemba habis dengan akak aku ke KL berkarok dan berwayang menonton latest Harry Potter movie (malas ah nak tulih tajuk) ~ 2 jam lebeh muvie dah macam Hindustan plak, sakit tengkuk + pinggang aku duduk lama. Cerita dia -- malas nak review sebab boleh boleh saje laaaah.


Then masa besday aku, siang tuh aku duduk umah je. Mama buat kek (tapi aku tak sempat tolong sebab bangun lambat heyyy anak dara niii *pot pet pot pet*). Petang tu pegi JJ Bukit Tinggi sebab mama nak tukar kasut. Mama suruh aku pilih je apape kasut aku nak. OH LUPA. Hadiah birthday I lah kannn 8D So aku pun merembat satu sandal. Pehh harga dia kalah kasut mama. Hahaha! Then balik beli KFC bucket dan makan makan di rumah. Selebret lah tuu !


Kelmarin pulak aku ada update status FB berbunyi : "Jom la ajak aku keluar. HAHAHA." Dan akibat daripada status itu, semalam kami pergi berfoya fuiyo ke Sunway Pyramid. Kat sana pegi bantai tengok movie "UNSTOPPABLE". AKU SUKA ITU FILEM. Best dowh !! Tak rugi ikut idea si Fareez. Ingatkan nak tengok citer 2 ALAM.....*ok kau menipu sangat*


Pastu pegi melepak makan makan kat Murni Discovery SS13 (entah aku main bantai je SS brape tuh haha!). Ada makluk bising kenapa tak snap snap gamba masa kat Pyramid tadi. ALAH MAK LUPA NYAAAH. Maka snap snap gamba kat Murni pun jadi lah kannn. HAHAHA *cover cover*


Ini taiko dan mafia mafianya : Fareez , Jijul, Awie


Abang kacak dan gadis ayu : Rad , Qila


Suri makan besar. Sila tumpu caption kat dalam gambar ini terima kasih. :D


Ke'otai'an Jijul parking separa kotak.

Si bintang kuning ini adelah hadiah pemberian Suri dan Qila kepada saya ~ bantal berbijik bijik bijirin ! HAHAHA. Tenkiu so much sayangs, I LEBIUU SO SHTRONGEST ! Dan yang sebelah tu adelah kipas laptop. Bila aku balik tetiba ada atas katil aku. Rupa rupanya abang aku belikan yang baru sebab hari tu aku membebel kat dia yang kipas aku dah rosak dan tercabut. HOHOHOHO. Dapat hadiah lagi ! :D


Rad : "Best betul Mai, besday ko je mesti selebret. Dulu selebret pegi Genting" .

HAHAHAH. Alahai, alang alang berjeemba sama, selebret skali ape lah salahnya kann. *selebret lah sangat pun* :P So itu lah dia rentetan peristiwa besday dan aktiviti foya fuiyo dengan member pertama sejak cuti sem bermula. I iz happy !

Ok dah, I nak rileks wat facial kejap. Esok malam I ADA DINNER KAT HOTEL LAH UOLS !!! XD


*macam iklan kosmetik tak? HAHAHEUWWW*

By the way, something awesome to share :


HEH HEH HEH. 8D Siapa nak jadi boyfriend saya? XD <-- aku tak serius. Serius ni aku tak serius.

Tuesday, November 16, 2010

Malaysian University English Test #2

Ini sequel kepada MUET #1 hari tuh. HAHAHA.

So 13 November lepas aku ada MUET untuk listening, reading dengan writing pulak. Before tuh korang tau je la, berderet presentension aku dan dan abeh final exam 10hb arituh. Mak tak tido 2 hari straight nyaaah ~ sume presentension nyer pasal. Harapan lah kan aku sempat nak study untuk MUET ni pulak. Malam before MUET tuh aku balik rumah Klang, ingat nak nuetralize balik mental dan fizikal yang oh-so-penat-you sebelum amik pekse yang penghabisan nih.

Mocik Tasaya penah bagi aku buku teks MUET dia dulu. Aku pun konon buat la exercise guna buku tu. Mendapatlah kau listening exercise sepatah hape pun aku tak dapat tangkap O_O; Tapi lantak la situ. Lagipun buku teks die tu format outdated kooot.

Pagi pagi pukul 7.15 esoknya aku dah gerak gi skolah Shahbandaraya abah hantar. Eh eh, rasa macam memori abah hantar aku pegi sekolah dulu dulu aje. HAHAHA. Sampai sana geng geng qaqaq belom sampai lagi, so aku tunggu je la sensorang kat sana. Tetiba Candidate A team speaking aku aritu sampai, so aku pun follow dia lepak bawah tangga sane dengan adik Candidate C. Tak lama pastu qaqaq and geng pun sampai. Bile adik adik aku tu naik, aku pun ikotla naik. Sekali aku naik, semua yang tunggu kat bawah tu pun naik. HAHAHA FOLLOW ME ESP ALEX !

First paper reading. Wei sumpah wei, aku rasa bangang sangat nak jawab paper tu. Sebab dah lama kan tak buat. Text dia punye la panjang, dah tu aku pulak mamai mamai ngantuk sebab penat 2 hari tak tido tu tak abeh lagi. Tambahan pula supporting details dari bawah bangunan tuh makhluk mana tah melalak karok lagu rock kapak errghhh hilang konsentrasi I. Paper writing pastu pun sama. Macam bodo je karangan aku. TAPI PERLU LAA TAJUK ESSAY PASAL ARRANGED MARRIAGE KAN. Haih, sampai ke MUET pun cerita pasal jodoh kawen jodoh kawen yadayadayayaya. Time listening pulak alhamdulillah, takde laa teruk sangat macam aku wat exercise malam tuh sampai langsung tak dapat tangkap mender2. Advantage jugak kot sebab radio duduk depan aku selang satu meja je. HEHEHE.

Overall, MUET aku sucks. Aku taktau la Band 3 ni boleh dapat ke tak. WUAAA. Btw, hari last exam tu semua budak yang aku jumpe mase speaking test hari tu tegur aku, which means diorang tak sombong / wat donno dengan aku ~ auww baik budi pekerti nya lah hai adik adik ini x) Yang tak bley blah nyer tu, aku boleh terjumpe pulak si Candidate D kat Redbox SOGO keesokan harinya, dalam washroom pulak tu kan!

"Macam kenal je, kakak MUET eh?"

Aku jadi kakak MUET pulak la? HAHAHAAHA !!!

Letih laa aku nak speaking speaking nih. Nape tak semua orang boleh cakap Melayu macam diorang ni? EHEHEHEHE.




Aku paling suka si Joey blakang tu cakap "takdeeeee..." XDD



"Saya tak pandai cakap orang putih la!" ROFLMAO!


P/S : Cuti semester 4 aku dah start. Sem depan dah proposal FYP. DODOL!

Tuesday, November 9, 2010

Last paper aku esok woi.


Kalau dulu time study week aku boleh study dengan happy.


Kalau dulu time study week aku kene konsentret untuk final exam je.


Kalau dulu study exam gap rapat rapat pun aku cool je.


Kalau dulu tengok carry mark aku dah boleh lega sebab konfem pass paper.


Kalau dulu lepas exam boleh menjerit dari blok ke blok sambil berlari keliling padang kompleks.



Sekarang kau kata lawan kan semua ni.




Aku rasa aku tak kuat macam kat Jengka dulu. Shah Alam memang menggugat integriti aku. Ye, tak patut aku mengalah macam ni kan. Tapi bak kata Aaron bukan nama sebenar,



"Cool secool mana pun, bila time to emo kene emo jugak.."



P/S : Eh kenapa aku tak kurus bila aku stress? Tantan boleh je. HAHAHAHA.