Saturday, March 12, 2011

Allah Maha Besar #2.

Jumaat pagi aku hepi hepi dengan tweeples dok excited pasal EXILE punya performance pukul 8 malam nanti. Tapi disebabkan aku online guna henfon, memang tak dan lah kan aku nak cek timeline aku sokmo.

Dan seperti biasa untuk sem ni, aku balik Klang setiap minggu. Serabut la weh duduk Shalam! Haha. Dah tu timing memang tengah kachak gila la sebab abang aku off duty, so tengahari dalam pukul 1 tu aku dah boleh balik rumah.

Macam biasa, bila dah sampai rumah (dalam pukul 1.45 nak dekat pukul 2) mula lah aku start online start tweetdeck bagai bagai. Sekali aku tengok timeline aku lain macam sikit. Member member Jopun aku sume macam tak tentu arah, panik, tak keruan segala apa sinonim kau boleh fikirkan.

MANA AKU TAU MASA TU KAT JEPUN TENGAH GEMPA BUMI BERSKALA 8.9 MAG KAN! 5TH LARGEST EARTHQUAKE SINCE 1900!

Dengan aku aku sekali jadi panik. Macam aku pulak yang tengah in real-time disaster seumpama itu. Serius weh, aku rasa takut gila. First person I was concerned of, semestinyalah rakan masa kecik aku si Vincent yang tengah study kat Jepun tu. Aku terus pegi wallpost dia kat FB. Nasib baik dia respon dalam masa beberapa minit je. Vince nyer lokasi jauh sikit dari gempa bumi tu so dia selamat. Thank God!

Next person I was worried of is my beloved Nihonjin friend, Nana-chan. Aku tak nampak dia tweet langsung! Segala macam cara aku guna nak contact dia. Tapi dia tak balas balas jugak. Aku dah risau babeng ah kan. Tapi 3 jam lepas tu, dia balas e-mail aku. HOI AKU NAK MENANGIS KEGEMBIRAAN BOLEH TAK!? Apparently hometown dia kena gak gempa bumi, tapi dia okay. YOKATTA NE ~ nak gugur jantung mak noxx!

Dah gempa bumi, mesti lah disusuli dengan tsunami pulak kan. Adhoi saye. Lagi la aku jadi seram bila Filipina pun ada gempa bumi 6.0+ MAG sejam dua lepas tu. Tsunami pulak dah sampai Hawaii. Warning issues of tsunami-chain pun keluar tak lama pastu. Wahlau, Malaysia pun ada gak in list. Pulau Labuan katanya ada gelombang besar. Wehh aku seram!

Mananya tak seram, korang ingat tak cerita aku yang ni? (+_+)

Tapi Alhamdulillah, setakat hari ini Malaysia selamat. Semoga selamat sentiasa. Amin!


Rakaman real-time earthquake disaster semalam. Isk! (source: Youtube)

P/S : Disebabkan gempa bumi tu, sistem komunikasi telefon diorang down untuk beberapa jam. Nasib baik ada Twitter. Diorang boleh share info & hotline kat Twitter. Beb, Twitter awesome kot! Cepat follow aku cepat :p

P/S 2 : .....dan of course lah performance EXILE malam tadi dibatalkan. Sistem broacasting TV Asahi rosak hey!

Tuesday, February 15, 2011

Senyuman.

Smiley ?

Tau tak apa tu smiley?

Smiley tu contohnya macam ni --> :D, :), :p, :-D, XD <-- ini smiley versi standard keyboard/ Western 1 byte.

Contoh smiley versi Jopun 2 bytes -->
(*≧▽≦), ..._〆(・∀・@), \(^∀^)メ(^∀^)ノ

Smiley versi ejaan --> "Haha", "LOL!", "Hehe", "Huhu", "Hoho", "Vavava" dan sebagainya.

Okay.

Tau tak aku sangat suka smiley?

Tau tak kenapa aku rasa smiley tu penting bila chatting ke, tulis surat ke, blogging ke...apa ke?

1) Smiley buat conversation tu ada friendly effects.
2) Smiley tu buat orang tak rasa environment tu terlampau serius. Bila serius orang takut nak cakap dengan kau.
3) Smiley tu comel. Okay boleh abaikan yang ini.
4) Smiley tu boleh lega kan hati kau walaupun kau sebenarnya kena marah kaw-kaw. Macam ni :


Ye, itu contoh sebenar, contoh yang ada kat paper aku. Ada beza kalau baca tu dengan smiley dan tanpa smiley. Cuba kau cuba. Kan kan kan? Kalau takde smiley, aku boleh jadi hypertension. (X_X)

Jadi, marilah kita sentiasa gunakan smiley (^_^)v

P/S : Sumpah macam cheesy gila tajuk aku kali ni. (aku menaip nada serius, so tak guna smiley)

P/S lagi : Salam Maulidurrasul 1432H :)

Sunday, December 26, 2010

Tweet tweet !


Cuti cuti ni aku tengok beberapa drama Jepun, seperti biasa. Salah satu drama yang aku tengok adalah ini : Sunao Ni Narenakute ~ Hard to Say I Love You~. Punca utama aku terpikat nak tengok citer ni, selain kerana pelakon pelakon handalan kegemaran aku, adalah kerana drama ni berkias tentang friendship yang wujud melalui social networking terkemuka : TWITTER. Disebabkan aku malas nak review, korang boleh baca kat sini sebab author ni dah tulis segala pendapat aku pasal drama ni. Ehehehe !!! Lagi satu, drama ni menang award Best Drama of The Year Spring 2010. (konon boleh convinced korang la kan betapa bestnya drama ni. HEH!). Sesiapa yang berminat boleh copy dari aku semester depan. MUHAHAHA !!!!

Twitter. Dulu aku tak paham macam mana nak guna. Tapi aku buat jugak la kan bende alah ni beberapa bulan yang lepas. Pengaruh rakan sebaya betul. HAHAHA. Memula ada account tu aku macam blur blur amender aku nak buat kat sini. Followers takde pon beb. HAHA loser betul.

Tapi lama lama tu aku macam dah faham. Dan aku rasa seronok bertweet tweet dengan orang ramai. APETAH LAGI BILA BALAS BALAS TWEET DENGAN ARTIS JOPUN I LOIIIKE. HAHAHA *excited lebih* Tak dapat jumpa depan mata, interact online pun okayyyy. Tapi EXILE macam takde Twitter je. Busy sangat nak handle twitter. HAIIH.


contoh aku tweeting dengan selebriti Jopun.


Ngehehehe. Siap ajak dating datang Jepun lagi noxx. WAOO! XD Okay my Twitter followers, ini account I yang lagi satu, account yang public. Khas untuk menggila dengan artis. Walaupun begitu aku blurkan jugak nickname sebab entah. HAHAHASENGAL. Yang korang follow tuh account private. Muhahahah!!!

Tuesday, December 14, 2010

Failure is just a noun.

I didn't want to write anything about my result but somehow right now I just want to. Normally when the result is coming out I'd have dreams (or perhaps, more like NIGHTMARES) regarding it, but oddly enough for this semester I didn't have any. Well, I guess because I forced myself not to think about it so freaking much. Hooray, it worked !

So I actually got to know about my own result long before the actual official result came out. Thanks to someone-who-does-not-need-to-be-told. Voila, it was just as expected. No, not really though. I expect to fail two papers but luck was there. I only screwed up one, the one I've already foresee the failure even before I sit for the exam. LOL. That's why I'm not depressed at all.

This is my second phailing experience. I failed once during diploma. But I don't know why, I didn't feel frustrated. I set my mind that I should expect everything the worst. Eventhough I have confidence in the subject, I'll prepare myself for the worst case scenario. By doing so, even if the worse happens, I won't be OTL for long. AND the best thing about it is when you achieve better than you've expected, you'll feel the sense of victory like no other ! :D

I'm lookin forward to how Semester 5 will treat me. Since I'm starting the final year in a brand new year 2011, I hope everything's gonna be alright. FINAL YEAR PROJECT GODDAMMIT.

"I FAILED in some subjects in exam, but my friend PASSED in all.
Now he is
an engineer in Microsoft
and I am the owner of Microsoft."
- Bill Gates

Don't let failure get the better of you ! :)

P/S : It's a mock self-coaxing post. Afterall, I myself have to be strong and motivate self before negativity strikes. And I just have to mention this : ISE is one of the toughest field to deal with !

Tuesday, December 7, 2010

The Ruler.

Hari tu excited gile kot aku nak berblogging pasal topik kali ni, tapi entah apesal tiga hari selepas kejadian jugaaaak lah aku ade inisiatif nak hapdet. MUAHHAHAHA ! Macek, ko mesti tunggu lama kan. Hahaha, sori sayang. XD

Okay okaaay. Sabtu lepas aku pergi The Actor's Studio Lot 10. Hah kejadah apa aku buat kat sana? Taaak...aku tak berlakon apape. Aku tengok orang berlakon je. Hahaha ! So hari tu adalah hari kedua terakhir musical pantomime show yang bertajuk THE RULER !

Secara amnya, aku boleh definisikan benda ni macam teater lah jugak kan. Tapi teater kecil kecilan je, bukan tahap Puteri Gunung Ledang mahupun Natrah yang buat kat Istana Budaya tu. Peh, sejak bila pulak la aku terjebak dengan hobi berseni macam ni ? HAHAHA. Sebenarnya ni kali kedua aku pegi show seumpama ni. First dulu aku pegi tengok Mamak Mee-Ah! kat tempat yang sama jugak.

Macam mana aku boleh terjebak? Ya, perhatikan dua dua poster ni dan korang akan nampak satu nama : Johan Yusof. Yaaa. Dia lah dalangnya yang menjebakkan aku ke dunia teater ini. XD Johan ni member aku kat Fesbuk. Aku kenal dia dekat setahun jugak la. Let's just say music interest brought us together. Memula aku memang tak expect pun dia ni "artis". Ingat orang biasa biasa je. Tapi rupanya die aktif jugak dalam dunia teater. Pon laa pernah jugak dia keluar TV2 masa muzikal krismas. Mak dia, Farah Sulaiman adalah choreographer tersohor (yang tengok 'Sehati Berdansa' tu kenal lah kot. Tak, aku tak tengok rancangan itu. Aku takde ASTRO derrr). Ayah sedara dia salah seorang pelakon terkenal drama Melayu kat TV (cuba teka cuba teka! XD). Kiranya die ni berdarah selebriti. Oh, hebat.

The Ruler ni jalan cerita dia simple. Tapi memang seronok habes laa. Kelakar pun kelakar, dah tu masing masing suara sedap bila menyanyi. Yang uniknya, dia selitkan unsur crossdressing. Contoh macam Prince Magnoom Shah Magnoom tu sebenarnya wanita bernama June Low, dan Johan pulak jadi Princess Heavenly Haruma Hirani Ha-Ha. Kachak betul. Tapi kan, kalau nak banding, aku rasa Mamak Mee-Ah! lagi kelakar. HAHAHA !! Ada Radhi Khalid koooot, mesti laa kelakar. XD

Sempat la jugak snap beberapa gambar masa stageplay ni :



Pehh. BONDA BENDAHARA cayalaaahh !! XD


Sesi photoshoot dengan para pelakon. Korang mesti penah nampak uncle botak tu kat TV kan? Hahaha. Sham Sunder Binwani nama dia. Btw aku boleh je menyempal atas stage tu ambik gamba skali, tapi I malu. Pftt!

Dengan Alvin Looi a.k.a Morgan / Morgiana *bile dia crossdress pakai tocang putih* (ke Morginia? Lupe lak). Dia ni lawak. Hahaha!


Dan akhirnya aku hanya bergambar dengan Johan Yusof a.k.a MARUJO a.k.a Princess Heavenly Haruma Hirani Ha-Ha weh bapak panjang nama. XD *gambar terang ada, saje nak letak yang gelap ni. Kehkeh!*

Yang buat aku dengan akak aku cam tersentap tuh, masa diorang nak break 15 minit tu, si Johan boleh pulak lari skipping sambil nyanyi lagu EXILE "I Wish For You". Amendeerr!?


Aku : "Wei what's with that I Wish For You just now huh?"
Johan : "I didn't know you guys are coming, then I saw both of you. So I thought I must do something. Haha!"

Very thoughtful of you MARUJO. XD

Hmm. Best jugak tau pegi tengok teater ni. Next time aku nak try pulak kat Istana Budaya. Ceywah!

P/S : Lupa nak mention. Both Mamak Mee-Ah! and The Ruler are in English. Teehee! Dan aku TAK SEMPAT nak bergambar solo dengan BONDA BENDAHARA !!! Waaaaa ~